Rezeki Dell rasanya pergi ke DownTown Mines semalam. Ada pameran buku di situ walaupun cuma ada beberapa buah booth untuk gerai buku je. Maklumlah Dell tak berkesempatan pergi ke Pameran Buku Malaysia di PWTC tu.
Orang pergi di sana beli pakaian dan kasut, tapi Dell borong buku. Hehe. Dell beli kelima-lima buku ni hanya RM50 sahaja! Terbitan Casa Delima Tahun 2010. Buku-buku baru ya bukan second hand book tau! Buku-buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Dell senaraikan judul buku dengan harga sebenar buku tersebut ya sebagai perbandingan :
- Hargai Setiap Detik Kehidupan : Inspirasi dan Motivasi untuk Santapan Jiwa oleh Aruan Pradiansyah - RM19.90
- 100 Ayat yang Mampu Mengubah Hidup Anda oleh Eidi Mahendra - RM20.50
- Cahaya Hidayah oleh Ari Wulandari - RM18.50
- Visualisasi Minda Ke Arah Merangsang Pemikiran Kreatif oleh Tut Sayogya - RM17.50
- Potensi SQ, EQ dan IQ di sebalik Ayat-ayat Al-Fatihah oleh Mustamir S. Ked - RM19.50
Bayangkan, Dell dapat jimat RM45.90! Dell sudah baca sepintas lalu buku-buku ini sebelum beli. Isi kandungannya bagus. Terutama ilmu didalamnya. Ada juga beberapa buah buku tulisan pensyarah dari UPM.
Cubalah jengok sekejap di Downtown Mines ni untuk membeli buku dengan harga yang murah. Gerai Karangkraf pun ada tau! Tapi Dell tak tahu sampai bila pameran buku ni ada di situ.
P/S : Sekali sekala borong buku di DownTown apa salahnya, kan?
Sudah tamat. Saya ikuti juga pesta buku ini di Facebook. Teringin sangat nak beli buku-buku yang dijual di sana...
BalasPadamNamun, kocek saya sudah menjerit. Terpaksa saya simpan hasrat saya. Semurah mana buku itu, tidak mampu menampung perut yang perlu diisi...
Tidak mengapa. Saya juga pernah mengalami situasi sebegitu dulu. Ada rezeki nanti, adalah peluang untuk membeli kemudian hari.
BalasPadam