Sejak Dell meninggalkan alam pekerjaan dan bergelar sebagai siswazah sepenuh masa, Dell telah meninggalkan salah satu daripada rutin harian Dell iaitu membaca surat khabar. Entahlah, tidak tahu mengapa. Kalau nak tahu isu semasa pun, Dell hanya mendengar berita (itu pun tak sepenuhnya), membaca blog atau pun melalui status kawan-kawan di FB.
Baru-baru ini ketika berada di kampung, Dell rajin jugalah membelek sehelai demi sehelai helaian surat khabar Utusan Malaysia yang dibeli oleh mama. Mama Dell memang membeli surat khabar setiap hari kerana atok Dell suka membaca.
Hendak dijadikan cerita, ketika membelek surat khabar tersebut, Dell terbaca berita mengenai KUIS. Berita yang mendukacitakan mengenai penutupan Fakulti Bahasa Moden di sana kerana ada masalah pengurusan. Apa kena mengena dengan Dell tentang kisah ni?
Sebenarnya selepas Dell konvo MA pada tahun 2010, Dell telah cuba memohon jawatan pensyarah bahasa Melayu di fakulti tersebut. Dell memohon di situ atas nasihat bapa saudara Dell. Dan beliau sendiri menyerahkan resume Dell kepada kawannya yang merupakan Pendaftar di sana. Mungkin ditakdirkan bukan rezeki Dell di situ, permohonan tersebut tidak diproses dan tertangguh.
Tidak dinafikan, Dell terasa sedikit kecewa kerana tiada panggilan temuduga oleh pihak di sana. Apabila kami bertanyakan status permohonan, mereka mengatakan masih dalam proses. Kawan kepada bapa saudara Dell (Pendaftar tersebut), menasihatkan supaya Dell sambung PhD.
Akhirnya, Dell bertekad untuk sambung belajar lagi. Mungkin perjalanannya agak sedikit lewat berbanding rakan lain kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan sebelum Dell sambung pengajian. Alhamdulillah, Dell berjaya sambung pengajian dengan tajaan biasiswa penuh KPT dan turut mendapat pembiayaan penyelidikan dari geran penyelidikan UPM melalui supervisor Dell.
NOTA :
1. Apa yang berlaku pasti ada hikmah. Ianya rahsia Allah. Cuba bayangkan sekiranya Dell sudah bekerja di situ, tiba-tiba hilang pekerjaan.
2. Cepat atau lambat, kita kena yakin dengan rezeki dari Allah.
3. Usaha tangga kejayaan. Kena kerja keras untuk memperolehinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan