Ada yang bertanya kepada Dell mengenai bagaimana kerja-kerja penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini. Sebenarnya, Dell banyak belajar sendiri. Yang paling penting, kena rajin baca prosedur dan garis panduan yang diberi, fahamkan dan hafal. Jika dah keliru sangat baru Dell bertanya dengan orang-orang yang berkaitan. Kerja yang Dell terima selalunya berubah-ubah mengikut data yang dikehendaki oleh pihak-pihak berkaitan. Formatnya pun selalu berubah-ubah mengikut siapa peminta data... adakah dari RMC, MOSTI, KPT, Marcomm dan lain-lain.
Pendapat yang selalu Dell beri berkaitan dengan geran penyelidikan atau yang lain adalah merujuk pengalaman-pengalaman Dell bersama dengan penyelidik-penyelidik dari pelbagai bidang ketika Dell bekerja di RMC dulu. Pelbagai perkara yang mereka kongsikan terutamanya berkaitan dengan penyelidikan mereka. Apa yang releven dengan penyelidikan di fakulti Dell, Dell kongsikan.
Lagipun, pengalaman Dell bekerja dengan mereka di dalam bidang sains tulen menyebabkan pemikiran Dell tentang sesuatu bertambah detail. Sudah terbiasa dengan permintaan mereka yang terlalu critical thinking terhadap sesuatu perkara. Kiranya Dell sudah terlatih sebegitu.
Sejak dulu lagi, ex-bos Dell suka tanya atau meminta sesuatu yang melebihi laporan hanya nampak diluaran sahaja. Kalau boleh yang tersirat pun dia mahukan tindakan. Satu lagi, ex-bos selalu meminta Plan A, Plan B atau Plan C jika ada sesuatu perancangan tak jadi seperti yang dibincangkan. Kami selalu kena bertindak cepat jika terjadi kes-kes yang dianggap kes khas.
Waktu itu staf tak ramai dan kami banyak tugasan ad-hoc. Itu yang Dell belajar ketika bekerja di RMC dulu. Kami terpaksa cekap menggunakan segala sumber yang ada disekeliling dan banyak kena belajar sendiri. Kami terpaksa buka sendiri fail-fail lama yang ditinggalkan staf yang sudah berhenti atau berpindah (jika ada) sebagai rujukan. Selalu juga tertekan, tetapi kena bertindak cepat kerana sudah tugas.
NOTA:
Kesimpulannya, banyak perkara kena belajar sendiri dulu. Jangan salahkan orang lain jika tak tahu melainkan kita sendiri wajib belajar. Tambahan pula, sekarang ni kebanyakan orang yang pindah atau berhenti kerja perlu memberi NOTA SERAHAN TUGAS.
Bahasa MUDAH :
Jika staf tu meninggal dunia secara tiba-tiba, takkan nak salahkan dia sebab tak sempat ajar kita tugas-tugas yang ditinggalkan? Takkan nak pi ketuk kubur dia kot untuk bertanya (selalu kena brainwash macam ini dulu-dulu, tu yang kena survive sendiri).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan