Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kimmy ketika dalam perjalanan ke kampung



By  Kakdell     Rabu, Februari 20, 2013    Labels: 
Mula-mula, ketika hendak masukkan Kimmy ni dalam carry cage dia, punyalah payah! Agaknya dia ingat Dell nak bawa dia jumpa Dr. Vet agaknya. Setelah perjalanan telah melepasi tol, barulah dia nampak tenang dan dia tahulah tu, kami nak pulang ke kampung.


Tengoklah gaya dia tu bila dah sampai sempadan Johor. Terjengok- jengok di tingkap. Hidung pula terkembang-kempis. Kimmy tak berapa berani jengok tingkap ketika waktu siang sebab dia takut dengan kenderaan besar yang lalu. Malam dia ok. Bila sampai je rumah di kampung, nampak sangat dia suka. Tergolek sana tergolek sini. Itulah dia si Kimmy!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Teringat pula saya kucing yang baru saya lihat di perkarangan Masjid UPM. Terdapat dua ekor kucing bunting. Comel. Terasa sahaja ingin bawa balik bela, tetapi apakan daya, rumah bukan dikuasa saya.

    (bagi saya, bela kucing macam ada teman wanita pula. Payah. hehehe)

    BalasPadam
  2. Benar, bukan mudah untuk membela kucing ni. Kena ada komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kebajikannya tu. jika salah jaga, kita juga yang dapat dosa nanti. Huhu...

    BalasPadam