Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Pemanggang Ajaib



By  nurdilla zaini     Isnin, Februari 04, 2013    Labels:, 
Haa... tu dia pemanggang ajaib Dell dah sampai! Dah banyak kali dok baca ramai menggunakan pemanggang ajaib ni malah pernah juga melihatnya di TV beberapa bulan lepas. Memang dah lama Dell nak beli tempat pemanggang sebab Dell memang teringin nak masak gril setelah menonton rancangan di saluran 707 TLC dan 703 AFC. Secara kebetulan, salah seorang kawan Dell (ibu kepada anak-anak murid tuisyen Dell tu) menjual pemanggang ni, apalagi Dell grab la satu!


Sejak dah tak kerja ni, jika tiada apa-apa urusan di luar rumah... Dell malas nak keluar rumah untuk membeli makanan. Jadi Dell akan masak apa yang ada di dalam peti ais untuk mengenyangkan perut. Dell suka pemanggang ajaib ni kerana ianya jenis boleh ditutup.  Lagipun, pemanggang ni pun jenis yang multitasking. Senang nak masak. Harganya RM129 (ala... potong dari duit upah tuisyen je.. hehehe...). 

NOTA : 
Baru cuba goreng ayam dan bebola ayam tadi dengan menggunakan pemanggang ni. Bagus sebab dah takde minyak yang terpercik kerana boleh ditutup. Masak pun sekejap je sebab suhu panas terjaga. Lepas ni, lagi banyaklah makanan basah dalam peti ais tu nanti! Woha!

~Sudah terbayang nak memanggang daging, ikan dori, ayam, sotong dan lain-lain dah ni, buat sendiri jimat bajet. Hehehe...~

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

1 ulasan:

  1. saya beli happycall jumbo grill melalui qoo10.my free shipping from korea.payment by local transfer.dorang delivered by ems a week dah smpai to msia. skrg dorang offer silicon tool spatula/ spoon / brush rm12.40. ceramic pot set offer from rm220++. jom beli jimat cost free shipping. brg ori pulak tu direct dr korea

    BalasPadam