Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Apabila Epal dicecah Kuah Rojak



By  Kakdell     Isnin, Februari 04, 2013    Labels: 
Sebenarnya Dell ni pemalas betul nak makan buah. Apatah lagi jika nak mengupas kulitnya. Masa kecil-kecil dulu rajin, dah besar pula jadi malas. Hehe. Tetapi, bila Dell cuba makan epal dan jambu madu yang dipotong oleh saudara cecah dengan kuah rojak yang tersedia tempoh hari ketika kami semua bermalam di Homestay Air Manis, Sabak Bernam dua minggu lepas, membuatkan Dell teringat-ingat selama beberapa hari. Sedap pula rupa-rupanya. Kuah Rojak tu memang Dell beli di sana. Sudah beberapa hari, Dell dok makan epal cecah kuah rojak ni je. Kuah rojak tu ada sedikit rasa pedas, jadi Dell takkan cecah banyak-banyak, sekadar ada rasa di epal tu. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah malas makan buah-buahan macam Dell, cuba makan buah dengan kuah rojak. Mesti nak lagi! Cubalah!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

3 ulasan:

  1. mmg sedap buah jambu x pun epal cecah smbal rojak..dye ade rase manis2 pdas skit..haha..nyum2

    BalasPadam
  2. Ya betul! Dah rasa nak lagi! :)

    BalasPadam
  3. Saya juga pernah makan betik cecah rojak. Rasanya manis manis pedas. Sedap. Kalau epal dan jambu, baik kak jangan buang kulitnya kerana di situlah terletak khasiat buah. Isinya hanyalah untuk pelawas semasa kita hendak ehem ehem di awal pagi.

    Selalunya epal, saya potong empat dan makan sambil menikmati lagu~

    BalasPadam