Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Raja Ayam Goreng Malaysia (Kelantan Freid Chicklen)



By  Kakdell     Sabtu, Februari 09, 2013    Labels: 
Hari ini baru Dell bersempatan membeli ayam goreng di Raja Ayam Goreng Malaysia (Kelantan Freid Chicklen) berdekatan dengan rumah Dell. 

Dulu ayam goreng ini dijual hanya menggunakan lori serba guna tetapi setelah maju, empunya ayam goreng ini menyewa kedai berhadapan tempat beliau selalu berniaga dulu. Memang tidak dinafikan ayam gorengnya sedap. Sebelum restoren ini dibuka, Dell pernah beli ayam goreng ini di lori sebanyak dua kali. Tak sangka Jalan-jalan cari makan TV3 singgah di sini dua minggu lepas. Selepas itu, tempat ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Dell bernasib baik kerana ketika Dell datang ke sini, tiada pelanggan lagi (maklumlah baru pukul 4.15 petang). Jadi, tidaklah menunggu lama. Kali ni, Dell mencuba Rangka Ayam Goreng bersama Wedges.

Rangka Ayam Goreng + Wedges = RM5

Dell makan rangka ni sewaktu makan malam bersama nasi goreng. Masih ranggup dan rasanya sedap walaupun tanpa cecah sos. Kira berbaloi. Dell juga membeli Ice Blended Mocha (saiz kecil) berharga RM2, rasanya sedap juga. Cubalah ayam goreng di sini. Ada pelbagai menu ayam disediakan dengan pelbagai bahagian ayam. Restoren ini terletak di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.

NOTA :
Ramai yang menegur adakah ejaan nama restoren ini salah, 'Kelantan Freid Chicklen'? Salah seorang sahabat Dell pernah menegur empunya kedai ini mengenai ejaan ini (semasa mula-mula restoren ini dibuka), empunya kedai itu kata memang sengaja dieja sebegitu untuk menunjukkan kelainan. 

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Saya pun rasa namanya salah eja. Memang kalau kata pemilik begitu untuk mendapatkan kelainan, tapi kata pakar pemasaran, ini menunjukkan sikap tidak profesional sesuatu kedai itu.

    Yang pasti kalau sudah keluar di JJCM, kedai ini mendapat promosi yang hebat.

    BalasPadam
  2. Saya memang tak setuju sikap pengusaha restoren yang memandang enteng tentang ejaan tersebut. Ianya merosakkan bahasa. Semua pamplet dan bena menggunakan ejaan yang dikatakan sengaja dieja salah itu.

    BalasPadam
  3. dh tutup la pergi semalam tengok2 dh jadi kedai dobi
    hancus harapan nk makan makanan murah :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Baru tutup restoren tu. Tapi mereka ada jual seperti biasa guna lori mcm dulu2 di depan kedai tu... Di seberang jalan, deret2 org berniaga di gerai tepi jalan tu...

      Padam