Masih ingatkah Dell pernah menyatakan bahawa Dell akan mengubah suai salah satu bilik tidur yang paling kecil di dalam rumah sebagai pejabat kecil? Baca di sini : Pejabat kecil. Dell bertuah kerana tadi ada sesorang memberi Dell sekotak fail-fail terpakai yang masih elok dan bersih dengan pelbagai saiz. Mula-mula sewaktu dia offer nak beri fail-fail terpakai setelah mendengar Dell beritahu nak jadikan bilik kecil di belakang tu pejabat kecil, ingatkan sikit je tapi tak sangka satu kotak! Elok-elok pula tu. Jimat duit. Semoga pemberi ni dilapangkan pintu rezekinya.
NOTA :
Masih belum berkesempatan untuk mengemas bilik tersebut. Baru letak meja dan sedang fikir bagaimana hendak menyusun barang-barang yang berada di dalam kotak dan barang-barang yang harus dibuang (kalaulah boleh buat garage sale seperti di luar negara, kan senang). Sekarang ni Dell sedang sibuk uruskan perkara-perkara berkaitan dengan penyelidikan Dell. Harap selepas ni, ada masa untuk sambung semula mengemas bilik tersebut.
Waahh! Tahniah!
BalasPadamSaya dahulu bukanlah orang yang suka simpan kertas dalam fail. Suka sumbat dalam plastik atau kotak. Lama-kelamaan menimbun kertas-kertas saya. Jadi serabut pula saya lihat.
Terus, saya fikir kebaikan menggunakan sistem fail. Sekarang semua nota-nota saya dahulu saya kepilkan dalam fail-fail masing-masing. Kemas saya lihat rak dan kotak yang menyimpannya.
Tak apa kak. Buat sikit-sikit, kerna lama-lama jadi bukit.
Akak sudah terbiasa meletakkan dokumen-dokumen mengikut bahagian tertentu dalam fail berbeza ketika bekerja dulu. Mudah untuk mencari. Sementelah sekiranya kamu sambung belajar MA atau PhD dengan tesis, kamu memerlukan fail-fail berbeza untuk jurnal, nota, laporan kemajuan pelajar (SGS dan Mybrain), nota untuk setiap objektif supaya mudah dirujuk jika tertinggal, bil-bil kewangan peribadi, laporan kemajuan untuk penyelidikan, geran penyelidikan yang kamu bersama dan lain-lain. Ini akan membuatkan kamu lebih teratur dan bersemangat nak buat kerja kerana melihat semua fail tersusun di depan mata seolah-olah kita inii seorang pegawai eksekutif (motivasi tu).
BalasPadamNasihat berguna. Terima kasih kak!
Padam