Kadang-kala Dell tergelak melihat telatah anak-anak murid Dell ni. Macam-macam perangai. Sampai sekarang Dell tersenyum jika teringat kes petang tadi.
"Cikgu, saya nak minta izin, nak kentut kat dapur ya.'' katanya sambil tersengih-sengih.
Terus Dell berhenti tanda buku dan pandang ke arahnya dengan keadaan terkejut. "Ok." balasku dengan muka separa tersengih.
Selepas beberapa saat kemudian dia duduk semula di kerusinya setelah ke dapur. Terus kakaknya menegur, "Apalah adik ni, tak payahlah cakap nak kentut. Cakap jelah nak ke dapur sekejap, sudah."
Dell tak marah pun anak murid ni sebab dia jujur. Umur pun baru 8 tahun. Setiap kali berbuat sesuatu memang dia meminta izin kepada Dell walaupun untuk minum air. Kalau sepanjang kelas tu 5 kali dia hendak minum air, 5 kali dia akan minta izin. Cuma dia tak tahu bagaimana hendak meminta izin untuk sesuatu. Dell terangkan kepada dia bagaimana hendak meminta izin untuk perkara-perkara yang agak 'rahsia' sikit.
NOTA :
Jika berdepan dengan kes sebegini, jangan terus marah mereka. Terangkan serba sedikit adab Melayu. Sebab mereka tidak tahu. Elok-elok mereka seorang yang jujur, jika dimarah terus akan menyebabkan mereka belajar menipu sebab takut kena marah. :)
Saya yang tidak pernah mengajar budak baru mendapat pengalaman ini pagi tadi ketika mengajar anak-anak Dr. Akmar. Semua apa yang mereka nak buat mesti minta izin cikgu. Hatta nak pergi makan dan minum. Teringat pula zaman saya sekolah rendah dahulu.
BalasPadamCuma, amalan ini terus luput apabila masuk matrikulasi. Hmmm.
Ketika saya mengajar di Pusat Tuisyen tempoh hari, masih ada beberapa orang pelajar yang masih meminta izin walaupun hendak minum air yang dibawanya di dalam kelas ketika saya mengajar. Saya beranggapan ini terhasil dengan didikan para ibu bapa pelajar terbabit.
BalasPadam