Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kontrak... Apa akan jadi selepas 6 bulan?



By  Kakdell     Isnin, Januari 14, 2013    Labels: 
Dua minggu sebelum bulan Disember 2012 berakhir, Dell mendengar banyak keluhan daripada kawan-kawan yang masih menantikan surat penyambungan kontrak kerja mereka di UPM. Bimbang sekiranya tiba-tiba kontrak mereka tidak diluluskan. Sebab sudah ada kawan Dell yang sudah bekerja lebih 5 tahun tetapi kontraknya tidak diluluskan untuk tahun seterusnya. 

Walaupun mereka bersyukur kerana akhirnya beberapa hari sebelum akhir Disember 2012, mereka sudah menerima surat kontrak tersebut... namun mereka tetap bimbang apa akan jadi selepas 6 bulan kemudian. Ini kerana kontrak mereka hanya sehingga bulan 6 tahun 2013 dan Dato CUEPEC pun hanya kata bersyukur kerajaan memberi peluang renew kontrak sehingga bulan enam. Maknanya tiada jaminan selepas itu.

Kebanyakan daripada mereka mengatakan Dell beruntung kerana tidak perlu memikirkan tentang kerja dalam masa dua tahun setengah ini kerana Dell sudah ditanggung biasiswa dan elaun sara hidup yang Dell dapat melebihi nilai gaji Dell bekerja sebelum ini. Ya, Dell tidak menafikannya... Dell tidak berasa gusar menunggu surat renew kontrak seperti sebelum ini. Malah, Dell tidak berasa stress kerja seperti sebelum ini.

NOTA :
Dell pernah dijanjikan untuk diserapkan ke jawatan tetap sebelum ini tetapi janji tinggal janji. Surat KIV untuk jawatan tetap akhirnya tamat begitu sahaja walaupun ada pihak pengurusan mengatakan bahawa jawatan Dell itu penting. Disebabkan kecewa hal demikian berlaku... secara senyap-senyap, Dell sudah berusaha untuk mencari kerja lain sejak tahun 2010 lagi. Tetapi belum ada rezeki. Akhirnya pada 2012, baru Dell ditawarkan biasiswa dan tajaan penyelidikan untuk PhD Dell. Apa-apa pun, Dell rasa dihargai kerana Dell dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2011 sebelum Dell melepaskan jawatan pada tahun 2012.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

6 ulasan:

  1. Mungkin rezeki buat kak. Saya ni master menunggu GRF pula. Harap kemasukan bulan 2 ini dapatlah elaun.

    Berkenaan tatabahasa BM, apa yang menjadi rujukan utama? Kawan saya kata buku Tatabahasa Dewan karangan Nik Safiah et al.

    Buat masa sekarang, saya cuma tak tahu nak mengkategorikan tatabahasa BM. Mungkin kak ada ideanya? Dari morfologi hinggalah sintaksis.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... saya bermula kerja dari bawah selepas bergraduat BA pada 2005. Pembantu Penyelidik di FPSK (2005-2006), kerani di RMC (2006-2008)dan Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Penyelidikan dan Inovasi di FBMK (2008-2012).

    Sebelum ni, saya bekerja sambil belajar. Selang dua tahun selepas tamat BA dan MA, saya sambung belajar. Itupun selepas membuat sedikit tabungan untuk yuran pengajian.

    Kalau hendak mengajar pelajar peringkat sekolah memang kita perlu merujuk Buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan kerana silibus pembelajaran mereka dikawal oleh DBP.

    Tetapi bagi seseorang yang bergraduat dalam bidang bahasa, mereka mengikut mazhab masing-masing. Saya lebih suka guna buku Asmah Hj Omar. Ada satu buku tulisan daripada Asmah Hj Omar yang digunakan untuk pelajar STPM juga sesuai untuk dibuat rujukan. Saya guna buku ini ketika menjadi tutor sambilan dulu di institut swasta untuk mengajar subjek wajib universiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdasarkan kisah yang kak nukilkan di blog ini saya dapat agak, perjalanan hidup kak mula mematangkan pemikiran. Sama seperti saya. Bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan.

      Saya rasa untuk permulaan, projekWiki Tatabahasa, saya ikut apa yang DBP keluarkan.

      Saya tahu mazhab tatabahasa ni banyak, tapi kalau nak masukkan semua di Wikipedia BM, takut nanti mengelirukan saya pula.

      Di sini saya nak minta tolong kak Dell tolong semak gambar rajah templat tatabahasa BM yang saya cipta (seperti pautan yang saya letakkan di blog saya)

      Tatabahasa BM
      >Morfologi
      **Bentuk kata
      **Golongan kata
      >Sintaksis
      **Jenis ayat
      ** (tak tahu)

      Jika ada salah, boleh inform. Saya akan betulkan di WBM. Besar harapan saya untuk pengguna BM mudah akses maklumat betul penggunaan tatabahasa BM melalui WBM dengan rujukan sekali. Saya lihat DBP kurang pro-aktif di dunia Internet.

      Harap kak boleh membantu kami (editor WBM).

      Padam
    2. Boleh kak tolong rujuk ini artikel ini. Mungkin kak boleh terangkan mazhab-mazhab yang digunakan sebagai sejarah tatabahasa Melayu.

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu

      Padam
  4. InsyaAllah saya akan semak dan beri maklumat yang saya tahu untuk perkongsian :)

    BalasPadam