Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Ragam anak murid



By  Kakdell     Jumaat, Januari 18, 2013    Labels: 
Mula-mula mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah ni kalau tak kuat iman, maunya Dell rasa macam nak marah atau merajuk je dengan karenah-karenah mereka ni. Yang bisingnya lain, yang suka mengarut atau pun bermulut celupar. Tapi, memang kena tabahkan hati. Dell seboleh-bolehnya menahan diri dari menyumpah walaupun marah kerana cikgu Dell pernah berkata sumpah ibu dan guru selalunya makbul... takut nanti tak menjadi mereka nanti. Itu yang Dell pegang sehingga kini. Alhamdulillah setelah Dell bersabar selama dua minggu, mereka memberi respon yang sangat positif dan nak Dell mengajar dengan menambah jam mengajar. Kadang-kala, Dell tergelak juga dengan karenah mereka ni. 

1. Kenapa cikgu tak jadi artis?
Terkejut pula tadi tiba-tiba salah seorang anak murid berkata, "Nape cikgu tak jadi artis? Suara cikgu sedap la masa nyanyi lagu tu..." (gara-gara Dell menyanyi lagu Tanya sama Pokok  dan Jong-jong Inai pada minggu lepas). Dell tersenyum je mendengar soalan tu. Dan hari ini, Dell menyanyi lagu Burung Kenek-kenek dan Timang Tinggi-tinggi pula. Alhamdulillah, mereka semakin ingat perbezaan Dua Suku Kata dan Tiga Suku Kata.

2. Kenapa cikgu selalu pakai tudung yang sama?
La... rupa-rupanya mereka ni alert dengan pemakaian Dell. Sampai pakai tudung yang sama pun boleh ditegurnya. Maka, berkatalah salah satu murid, "Saya suka tengok cara cikgu pakai tudung pink tu, tengok saya pun pakai pin macam cikgu pakai sebab cantik!" katanya sambil menunjuk ke arah pin yang dipakainya di belakang tudung. Sekali lagi Dell tersengih. Dalam hati, 'Nampak gayanya aku terpaksa jangok la datang ke pusat tuisyen selepas ni...'

3. TONY BUZAN
"Cikgu, saya tak sempat lagilah nak cari tentang Tony Buzan tu kat internet." Terkejut juga Dell. Tak sangka budak ni masih ingat nama ni sedangkan dia ni nampak macam kurang berminat je nak belajar pada peringkat awalnya sebab BM ni senang katanya. Dia antara murid yang seolah-olah tak suka teknik Dell mengajar dengan cara PETA MINDA pada awal kelas dulu. 

Akhir sekali keempat-empat kelas pada minggu ini, kebanyakan anak murid bertanya... "Cikgu, nape kelas ni cepat sangat habis?". Dell tersenyum dengan penuh makna... :)





Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Apa kata cuba guna teknik puji Nabi? Saya lihat perkembangannya bagus berdasarkan post-post puan Ainon Mohd. di akaun facebooknya. kunci utama teknik itu, sabar, samalah macam saya baca apa kak buat ini.

    BalasPadam
  2. Hehehe... saya pernah terbaca teknik puji nabi tu... ada juga saya puji-puji budak-budak tu dengan cara yang betul supaya mereka bermotivasi sikit... :)

    BalasPadam