Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

The Treats - Malaysian Delight



By  Kakdell     Khamis, Januari 10, 2013    Labels: 
Hari ini, Dell berkesempatan makan petang di KL Sentral. Almaklumlah ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Sebelum buat apa-apa, Dell dan sepupu singgah makan di sini dulu.
Banyak sangat restoren di sini, akhirnya kami memilih The Treats. Kebetulan Dell teringin nak makan nasi lemak sebab dah berbulan tak makan nasi lemak ni. Huhu... Ini menu yang dipilih oleh Dell. 
Nasi Lemak bersama Ayam Rendang. Rasa boleh tahan cuma terasa sedikit muak kerana berminyak. Silap. Patutnya Dell minta ayam goreng bukan ayam rendang. Huhu...
Ini pilihan sepupu Dell, Ipoh Lam Mee. Katanya, makan tak puas kerana kombinasi sambal yang diberi tidak kena dengan rasa sup mee tu. Elok sambal kicap katanya. Apa-apa pun, selamat menjamu selera! :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Setiap kali pergi ke KL Sentral untuk balik kampung naik bas, hanya KFC menjadi tumpuan saya. McD semestinya saya boikot.

    Restauran lain pula saya tidak singgah kerana khuatir harganya. Al-maklumlah saya ini pelajar sahaja. Tahu-tahu sahajalah, kan.

    Lalu, berapa harganya kak? Kalau dalam lingkungan mampu, boleh la saya mencuba.

    BalasPadam
  2. Hehehe... saya pun masih belajar lagi... :)
    Kebiasaannya, sebelum duduk di mana-mana restauran... saya akan melihat menu dan harga mereka. Jangan bimbang, mereka (pelayan) tidak marah atau menghalau kita. Kalau mereka datang ketika melihat menu, saya selamba kata nak tengok dulu ya sambil senyum...
    Di The Treats ni harganya berpatutan, menu yang saya pilih bersama air Coke dalam lingkungan harga RM16...

    BalasPadam
  3. Akak , the treats buka jam berapa kak ? Craving gila nak makan the treats . Selalu makan sana mesti selepas 2 petang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak sudah lupa Atikah kerana artikel ini ditulis pada bulan Januari tahun 2013. Lama dulu. Akak pun sudah lama tidak ke KL Sentral. :)

      Padam