Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bila kau mohon?



By  nurdilla zaini     Isnin, Oktober 01, 2012    Labels: 
Meletakkan jawatan merupakan salah satu keputusan besar dalam hidup. Ianya merupakan salah satu tindakan yang TEPAT sekiranya kita mempunyai pilihan yang lebih baik dari sebelum ini. Ramai sahabat dan staf di tempat kerja lama Dell TERKEJUT dengan peletakan jawatan Dell secara tiba-tiba pada akhir Julai tempohari untuk notis sebulan. Dalam diam-diam, Dell sudah merancang untuk mendapatkan biasiswa ini setelah selesai beberapa perkara. Perancangan bermula ketika Dell memohon untuk melanjutkan PhD iaitu pada tahun 2011. Lagipun, Dell hanyalah staf kontrak. Bukan mudah untuk diserapkan ke jawatan tetap.

Sebelum memohon melanjutkan pengajian PhD, Dell sudah mencari pensyarah mana yang sudi dan percaya dengan Dell untuk dijadikan sebagai supervisor. Kajian akan berfokus kepada bidang apa dan lain-lain, semuanya sudah dibincangkan sejak tahun 2011. Hal ini memang Dell tidak memberitahu sesiapa pun melainkan sahabat-sahabat akrab Dell di luar. Alhamdulillah, mereka banyak membantu.

Kenapa Dell tidak memberitahu perancangan itu kepada sesiapa?

Lagipun bukan semua orang akan berfikiran seperti kita...
Ada yang mengenali Dell (dalam masa yang singkat), beranggapan Dell lebih suka berada di tahap yang sama sampai bila-bila. Itu silap! Disebabkan itulah, Dell hendak sambung belajar lagi sehingga ke peringkat terakhir. 

Lagipun, masih ada beberapa lagi perancangan meliputi 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Apa-apa pun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kita boleh berusaha, tawakal dan redha akan ketentuannya. Semoga dipermudahkan. 

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan