Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bersyukurlah...



By  nurdilla zaini     Ahad, Oktober 28, 2012    Labels: 
Ramai di antara kita agak sukar untuk bersyukur dengan apa yang mereka dapat atau peroleh kerana beranggapan ianya kecil tidak seperti yang mereka harapkan. Malah ada yang suka perli (menghakimi) orang-orang sekeliling kerana pada mereka orang itu tidak suka bersedekah atas alasan mereka jarang 'belanja' mereka makan atau sebagainya. Sedangkan sedekah ini maknanya luas bukan sekadar hanya menghulurkan wang atau barangan. Ianya juga boleh berbentuk doa, tenaga, masa, idea, ilmu dan lain-lain. Inilah antara orang-orang tidak bersyukur dengan apa yang ada, hanya nampak keduniaan dan harta benda semata-mata.

Kita sibuk menghakimi orang lain sedemikian, sedangkan malaikat sibuk mencatat amal kebaikan seseorang itu dilangit kerana sedekah atau amalannya yang tidak diketahui orang lain yang dilakukannya secara senyap-senyap. Yalah, kita bukannya boleh memantau seseorang itu 24 jam, sudah tentu kita tidak tahu amal kebaikannya.

Jika orang hanya beri kita hanya sepotong roti, syukurlah kerana itu rezeki kita daripada kita hanya mendapat tangan kosong. Kadang-kala, Allah sengaja menguji kita sejauh mana kita bersyukur dengan perkara-perkara kecil... setelah berjaya ujian itu, barulah Allah memberi kita sesuatu yang besar dari sumber yang tidak disangka-sangka.

NOTA : 
Mengikut sunnah nabi bukan hanya terletak pada cara makanan dan pakaian semata-mata tetapi yang lebih utama ialah penjagaan mata, telinga, mulut dan hati.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan