Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Nanny McPhea



By  nurdilla zaini     Selasa, Oktober 02, 2012    Labels: 


Pernah tengok cerita Nanny McPhea…?

Ceritanya mengenai seorang lelaki duda yang berumur 41 tahun mempunyai anak seramai 7 orang! Anak-anaknya sangat nakal and licik. Sudah hampir 7 orang nanny telah melarikan diri kerana tak tahan melayan kerenah anak-anaknya. Tengoklah muka bebudak ni… Nampak menakutkan, kan?
Bapa bebudak ni sudah hampir putus asa. Sehinggalah pada suatu hari, ada suara yang meminta agar dia mencari seorang nanny bernama Nanny McPhea.

Apabila Nanny McPhea ni datang, bebudak ni semua sudah memikirkan cara-cara bagaimana nak menghalau nanny ni keluar dari rumah. Mereka sungguh yakin kerana idea mereka selama ini semuanya berjaya. Tetapi mereka dah silap… nanny mereka pada kali ni bukan nanny biasa tetapi…

Apa macam... cun tak? Hehehe... 

Sebenarnya, Dell bukan hendak bercerita mengenai filem ni… tetapi Dell suka akan kata-kata Nanny McPhea…

“There is something you should understand about the way I work.”
“When you need me but do not want me, then I must stay.”
“When you want me but no longer need me, then I have to go.”

Watak Nanny McPhea ni, adalah seorang yang tegas dengan kerjanya tetapi tetap juga menjaga kebajikan semua pihak. Macam biasalah, apabila kita merupakan orang seperti Nanny McPhea ni… kita tidak akan disukai oleh semua pihak. Tetapi apa yang dilakukan ada kebaikan cuma ‘mereka-mereka’ itu tidak nampak.

‘Mereka-mereka’ itu akan merasai apa yang dilakukan oleh orang seperti Nanny McPhea ni betul setelah orang itu tidak berada di situ lagi. Itulah lumrah kehidupan. Betul tak?

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan