Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Renjis-renjis dipilis



By  nurdilla zaini     Isnin, Oktober 01, 2012    Labels: 
Malam-malam buta begini, Dell saja menggodek-godek gambar-gambar lama. Terjumpa pula gambar-gambar perkahwinan salah seorang saudara Dell sebelah atuk lelaki belah mama. Waktu itu, Dell dilantik sebagai JURUGAMBAR yang tak bertauliah pada hari persandingan tersebut. Gambar hanya ditangkap menggunakan camera digital Sony. 

Tanggal 16 Januari 2011, Ahad... maka bersandinglah seorang anak raja bersama dengan putri kekasih hatinya di Kg Jenjarom.

Mendungnya awan, menandakan langit seolah-olah ingin menyejukkan wajah bumi dari kepanasan mentari dan menenangkan perasaan hati pengantin yang gundah gulana...


Berjalanlah pasangan pengantin bersama kaum kerabat dan sahabat handai yang ingin menyerikan majlis...
Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari
Di renjis renjis di pilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar
Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Salam bersalam keliling
Sambil mata menjeling
Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Sampai ke anak cucu

P/S : Amacam? Ok tak, shoot-shoot yang Dell ambil? Ada sesiapa yang nak hire Dell menjadi photographer? ;)
************
Bersama my little cousin, Ain...
Sedang menunggu bunyi kompang... hehehe...
***Adalah perkara biasa, photographer tiada siapa yang hendak ambil gambar dia... terpaksalah snap sendiri... hukhukhuk...


Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan