Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Raya Aidil Adha



By  nurdilla zaini     Sabtu, Oktober 27, 2012    Labels: 
Diam tak diam, bertemu semula Hari Raya Korban ni. Raya ni, Dell pulang ke kampung agak lewat kerana ada hal penting harus diuruskan pada hari Khamis. Hajat dihati hendak pulang ke kampung selepas waktu maghrib, tetapi hujan lebat berterusan sehingga pukul 9.00 lebih malam. Jadi, Dell buat keputusan untuk bergerak pulang selepas subuh keesokkan harinya. Alhamdulillah, highway sungguh lengang! Seronok memandu tanpa kesesakan dengan keadaan santai.

Kali ini, keluarga Dell ada membuat korban atas 3 nama. Tapi Dell tak pergi pun ke masjid, hanya mama, atok dan adik yang pergi selepas selesai solat Jumaat. Dell ambil kesempatan untuk berehat saja di rumah.

Raya korban kali ini, tidak semeriah seperti sebelum ini kerana secara kebetulan kebanyakan saudara mara sibuk dengan urusan korban masing-masing memandangkan masa yang terhad  kerana korban dilakukan selepas solat Jumaat. Tahun ini, kebanyakan masjid mengorbankan banyak lembu berbanding tahun sebelum ini. Tambahan pula, pakcik sekeluarga tidak dapat pulang ke kampung raya kali ini kerana anaknya demam dan akan menduduki peperiksaan pada hari Isnin depan. 

Menu hari raya pertama, mama cuma masak nasi impit, rendang daging, ayam kurma, sambal kacang dan sambal jawa, sebagai tambahan mama hanya membeli ketupat sedikit. Menu hari raya kedua pula Dell minta mama masak sup tulang sebab nak makan dengan mihun (kira ala-ala makan soto). Dimakan dengan sambal kicap. Pergh, berulang-ulang Dell makan! 

Sepanjang hari di kampung, Dell menghabiskan masa di rumah sambil menonton drama-drama di TV. Teruja melihat penggambaran telemovie di Mekah. Insya-Allah, jika ada rezeki Dell teringin untuk ke sana. Amin... :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha... semoga kita akan lebih memahami makna korban dengan lebih mendalam.

NOTA :
Janganlah kita tertangguh-tangguh untuk ke tanah suci sekiranya kewangan dan tenaga sudah mencukupi. Jika ada duit lebih, jangan terasa sayang untuk pergi beribadat di rumah Allah. Ramai mengatakan mereka tidak cukup simpanan tetapi setiap bulan sanggup berbelanja untuk barang-barang kecantikan mahupun baju-baju mahal. Jangan takut duit habis untuk berbelanja pergi ke umrah atau haji kerana rezeki di tangan Allah. Jika benar amalan kita, insya-Allah rezeki kita akan bertambah dengan tidak disangka-sangka.

Ustaz Dato' Hasan Din Al-Hafiz di 'Tanyalah Ustaz' mengatakan bahawa mengerjakan haji dan umrah itu hukumnya wajib. Ini sudah tertera di dalam al-Quran. 

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan