Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bunting dan Poster Bengkel SPSS



By  nurdilla zaini     Selasa, Oktober 09, 2012    Labels: 
Alhamdulillah... selesai juga beberapa perkara walaupun ad-hoc, tambahan kena pula selsema dan batuk sedikit. Mujur ada bekalan ubat selsema dan panadol di rumah. Tak pasal-pasal kena penyakit selepas buat medical check-up di Pusat Kesihatan, UPM minggu lepas. Dinihari tadi, Dell sempat menyiapkan bunting dan poster untuk Bengkel SPSS yang akan diadakan pada 19 Oktober 2012. Dell bukanlah seorang pereka design yang pandai, setakat biasa-biasa tu lepaslah... Dell pun tak berapa pandai memilih kombinasi warna supaya nampak cantik.

Bunting berdiri untuk bengkel pada minggu hadapan

Ini poster simple untuk diiklankan (asalnya untuk buku program). 
~Menunggu maklumat penuh untuk buku program nanti~

Dah selesai bahagian ini, dapatlah Dell menumpukan perhatian terhadap dua tugasan untuk dibentangkan pada hari Jumaat ini serta tugasan yang perlu dihantar selepas Raya Haji nanti.

Chaiyok-chaiyok!

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan