Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Enjin dah panas!



By  nurdilla zaini     Sabtu, Oktober 06, 2012    Labels:, 
Setelah hampir sebulan Dell sudah mula pengajian, semangat untuk belajar semakin berkobar-kobar! Terutamanya jika masuk ke dalam kuliah Penelitian Kualitatif Kajian Bahasa Melayu.  Suka dengan cara Prof. Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah menyampaikan kuliah. Suka mendengar dia bercerita. Perasaan hendak menjalankan penyelidikan semakin bersemangat!

Semangat hendak menyiapkan tugasan yang besar pun dah mula ada. Jika tidak, asyik fokus tugasan mingguan sahaja. Dulu masa bekerja, terasa masa terlalu singkat... la ni dah tiada alasan lagi. 

Nota :
  1. Semangat sahaja berkobar-kobar tapi mood masih santai.
  2. Menunggu keajaiban yang satu lagi (apa dia? rahsia... hihi...)
  3. Tengok orang lain lulus viva, sendiri pula terasa tak sabar-sabar nak habiskan pengajian.
  4. Minggu depan majlis konvo. Meraikan sepupu dapat skrol Ijazah dalam bidang Teknologi Makanan. Tengah fikir hendak beri hadiah apa.
  5. Lihat orang bergambar dengan jubah, sendiri pula rasa macam nak lambung topi.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan