Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Mak ai mahalnya Print!



By  nurdilla zaini     Rabu, Oktober 10, 2012    Labels:, 
Sejak sudah menjadi pelajar sepenuh masa ni, hendak print dokumen kenalah pergi ke Cyber Cafe (CC). Kali pertama (setelah sekian lama), Dell pergilah ke CC berdekatan dengan rumah.

Dell : Assalammualaikum, dik. Tumpang tanya, berapa harga print satu keping kat sini, ya?

Penjaga CC : Waalaikummussalam, kak. Harganya ada tertulis di katalog ini. Minimum sekeping 50 sen, itupun kalau akak print tak penuh. (sambil menunjukkan jenis-jenis kertas yang diprint)

Dell : Oh, ye ke? Takpelah kalau gitu, akak cuma hendak survey harga dulu. Terima kasih ek.

Pergh, mahalnya harga print kat situ! Terkejut dibuatnya. Mana taknya, Dell sudah lama tidak pergi ke CC, bertahun lamanya sejak sudah ada broadband. Akhirnya, Dell buat keputusan print dokumen di CC berdekatan dengan UPM (dah alang-alang ada urusan di situ). Sepuluh sen sahaja satu keping. Semuanya berharga RM10. Cuba bayangkan kalau Dell print dokumen di CC pertama tadi, maunya harga hendak dekat RM100!!!

Nota : Ish, takdenya aku hendak pergi ke CC yang berdekatan dengan rumahku tu lagi! Serik dengan harga. 

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan