Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV



By  Kakdell     Khamis, Oktober 11, 2012    Labels: 

Dell terasa bertuah kerana dipelawa oleh Dr. Fazilah Husin untuk mengikuti bengkel sebegini ketika bekerja di FBMK dulu. Dell membantu Dr. F memastikan pelajar-pelajar komunikasi (penyiaran) yang terlibat semuanya berkumpul di hadapan fakulti selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi. Ikut perancangan, kami perlu perlu bertolak dari fakulti ke FINAS selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi untuk mengelakkan lewat sampai ke destinasi. 

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami bertolak agak lambat pagi itu... kira-kira dalam pukul 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan fakulti. Dalam pukul 9.15 pagi, kami sampai di FINAS.

Inilah ia bengkel yang kami semua ikuti... Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Kami semua agak teruja mengikuti bengkel ini kerana bukan senang hendak mendapat peluang ini, tambahan pula kami semua dipelawa oleh FDAM mewakili UPM untuk ke bengkel ini.

Ada tiga orang pengarah filem yang terkenal memberi ceramah dalam bengkel ini iaitu En. Othman Hafsham, En. Aziz M. Osman dan En. Ahmad Ibrahim (Presiden FDAM).

Banyak yang kami pelajari daripada pengalaman pengarah-pengarah filem nie. Tapi kebanyakan isu yang diutarakan oleh En. Othman Hafsham, Dell dapat kaitkan dengan pengalaman Dell ketika berada di set pengambaran Drama 'Iftitah' dulu. Ini memudahkan Dell memahami apa yang dikatakan oleh beliau.

Memandangkan ada ramai peserta bengkel adalah warga asing semua ceramah disampaikan di dalam bahasa Inggeris. Di antara ketiga-tiga penceramah, Dell lebih tertarik dengan perkongsian maklumat dari En. Othman Hafsham walaupun kelakar tetapi berisi.

Antara tips-tips beliau untuk berjaya ialah disiplin, komitmen dan tepati masa, yang paling penting mesti rasa gembira dengan kerja yang kita buat supaya kita ada rasa ghairah dan semangat untuk meneruskan kerja itu.

Akhirnya, berjaya juga Dell mendapatkan sijil sebegini dalam hidup... huhuhu...

Berpeluang bergambar dengan pengarah-pengarah terkenal tersebut ketika berkongsi ilmu... dari kiri; En. Ahmad Ibrahim dikenali juga sebagai Mat London (Presiden FDAM), En. Aziz M. Osman dan En. Othman Hafsham.


**********

Ketika makan tengahari, kami berpeluang makan di cafe FINAS... cantik sungguh hiasan di dalamnya! Dell dan beberapa staf UPM tak join makan dengan mereka semua kerana tak sanggup beratur panjang, lagipun nak kejar masa. Antara hiasan-hiasan yang terdapat di cafe FINAS boleh dilihat dalam gambar-gambar di bawah.

Dalam pukul 3.30 petang, bengkel tersebut pun berakhir. Dell sangat gembira dengan perkongsian ilmu tersebut. Apa-apa pun, yang penting kita 'enjoy!'

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan