Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Islamic Kitchen



By  nurdilla zaini     Ahad, Oktober 07, 2012    Labels: 
Segmen 'Jalan-jalan Cari Makan' kali ini ialah di Islamic Kitchen, Bandar Baru Bangi. Sudah lama ingin menjengok restoren ini, baru hari ini dapat peluang. Menu di sini memang banyak.  Masakan Barat, Jepun, Melayu... semua ada. Naik rambang mata Dell untuk memilih mahu makan yang mana satu. Walaupun, badan tidak sihat, selera makan.. masya-Allah! **licin tu...  ;)

Seperti biasa, Dell memilih untuk merasa spagetti atau pasta. Kali ni Dell memilih Spagetti Aglio Olio Seafood. Rasanya memang kena dengan citarasa Dell, ada rasa pedas dan herba. Kali pertama Dell makan spagetti yang mempunyai campuran potongan terung namun kehadirannya tidak mencacatkan rasa. Udang-udang dan sotong-sotong yang besar, membuatkan Dell rasa puas makan. 

Marilah mencuba menu-menu di restoren ini. Pasti tidak mengecewakan. Alamatnya seperti di dalam gambar tisu di atas. :)

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan