Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Raja KETUBEK



By  nurdilla zaini     Isnin, Oktober 01, 2012    Labels: 

Dah malam-malam begini, biasalah kadang-kala kita akan terkenang akan kenangan lama. Dell teringat pula ada satu kenangan yang agak manis berlaku ketika bekerja di Research Management Centre (RMC), UPM dulu. Dell bekerja di sini tidak lama, adalah selama setahun lebih kerana ditawarkan jawatan yang lebih tinggi di tempat lain.

Kenangan ini berlaku pada tahun 2007, waktu itu pejabat Dell menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya. Hari itu, merupakan hari yang bertuah untuk Dell, bak kata Prof. Kaida, "Wah, hari ini HARI BERTUAH Dilla!'

~Miss that moments... sob..sob..sob..~


Majlis Sambutan Raya pada tahun itu sangat meriah! Ada pelbagai aktiviti yang disediakan. Antaranya Pertandingan Raja Ketupat, Raja Ketubek, Ratu dan Putera Baju Raya dan lain-lain.


Apa tu 'RAJA KETUBEK'?

Hehehe... kalau 'RAJA KETUPAT' untuk mereka yang paling cepat menganyam daun kelapa menjadi sarung ketupat... 'RAJA KETUBEK' pula untuk orang yang paling cepat meleraikan sarung ketupat (yang telah dianyam seketat yang mungkin) tanpa sebarang kesan koyak pada daun tersebut!

Dan PEMENANG untuk 'RAJA KETUBEK' pada tahun itu ialah Dell!!!

Hamper disampaikan oleh Prof. Zulkifli Idrus, Pengarah RMC

Dan Dell turut mendapat hamper dalam cabutan bertuah!!!

Hamper disampaikan oleh TNCPI, Prof. Dato' Dr. Abu Bakar Salleh

Bertuahkan, Dell??! Sebulan selepas majlis itu dianjurkan, Dell telah berpindah kerja ke pejabat lain.

P/S : Maaf ler kerana gambar-gambar tu kecil sangat. Ambil kat laman web pejabat lama dulu (masa tu Dell tak berapa reti sangat nak copy-copy ni... huhu). Kalau agak-agak tak nampak, Dell mengalu-alukan kamu semua guna teropong atau kanta pembesar... ;)

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan