Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Soupaholic



By  nurdilla zaini     Jumaat, Oktober 05, 2012    Labels: 
Sejak menjadi siswazah sepenuh masa yang hanya duduk goyang kaki di rumah membuatkan Dell malas hendak keluar dari rumah jika tiada apa-apa tujuan. Seronok berhibernasi di dalam rumah. Kebiasaannya, Dell akan berhibernasi ketika hendak menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Waktu itu, memang tumpu habis. Maklumlah ilham selalu datang pada saat-saat akhir.

Pecah rekod, Dell beli 4 kotak Sup Campbell's perisa Cendawan Liar, Krim Cendawan, Cendawan keju dengan Crouton dan Ayam dengan mi pasta. Dapatlah cawan Campbell's ni, comel tak?

Dell beli juga beberapa stok makanan seperti biskut, coklat, potatoes chips, minuman 3 in 1, nestum dan lain-lain yang mudah disimpan dan senang dimasak atau dimakan. Kalau Dell tidak berhibernasi pun, apabila waktu tengah malam mesti terasa lapar. Malas hendak keluar. Makanlah apa yang ada di rumah.

~Rindu masakan mama di kampung~

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan