Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bersama Datuk A. Samad Said



By  nurdilla zaini     Khamis, Oktober 11, 2012    Labels: 

Selepas menghadiri Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV di FINAS, Dell mengikut Husna dan kawan-kawannya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Kami pergi ke sana selepas waktu pejabat. Suasana agak lengang sedikit, mungkin kerana hari sudah petang... tambahan pula hari bekerja. Jadi, Dell menggunakan peluang ini untuk mencari buku-buku yang dikehendaki sesuai dengan bidang penyelidikan yang Dell hendak lakukan.

Sedang Dell dok mencari buku... tiba-tiba ternampak pula Datuk A. Samad Said sedang melancarkan buku beliau di suatu sudut terbitan PTS. Jadi, ketika beliau sedang membaca sedikit isi kandungan buku tersebut... dapatlah Dell bergambar dengan beliau.

Bersama Datuk A. Samad Said

Kami terserempak juga dengan budak genius matematik, Adi Putra di sana tetapi kami malas nak bergambar dengannya memandangkan hari sudah malam dan kami semua keletihan dan kelaparan, dalam minda cuma hendak pulang segera.

Kami semua tidak sempat hendak melewati kesemua booth yang ada. Tapi, Dell agak gembira kerana sekurang-kurangnya Dell jumpa sebuah buku yang benar-benar memenuhi citarasa Dell. Ilmu di dalam buku itu benar-benar akan membantu penyelidikan Dell nanti. Walaupun buku itu adalah terbitan lama pada tahun 2007, dengan warna muka suratnya yang lusuh dan kulit bukunya ada kerosakan sedikit... Dell tidak kisah. Yang penting adalah ilmu di dalamnya dan alhamdulillah pengedarnya telah menelefon Dell malam itu dan bersetuju memberi diskaun lagi sebanyak 50% memandangkan Dell seorang sahaja yang berminat hendak membeli buku tersebut. Dari RM84 dikurangkan lagi harganya ke RM42... syukur...

Hari Ahad depannya pula, Dell ke sana lagi untuk mengambil buku tersebut dan mencari buku-buku yang lain pula.

Jauh perjalanan kami pada hari itu... dari pagi sehingga petang di FINAS selepas tu ke PWTC pula dari UPM selepas waktu bekerja.

Apa-apa pun, kami semua sangat gembira kerana dapat membeli buku-buku yang diidamkan masing-masing.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan