Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Fobia



By  nurdilla zaini     Selasa, Oktober 02, 2012    Labels: 
Sejak kejadian dilanggar dari arah belakang ketika balik berhari raya baru-baru ini, Dell jadi fobia dengan kereta yang dipandu agak laju dari arah belakang. Yalah, sejak memandu kereta pada tahun 2005, Dell belum pernah melanggar kereta orang lain. Kemalangan yang berlaku adalah berpunca orang yang melanggar Dell. Kalau kereta Dell jenis yang bodynya keras, mungkin tiada masalah. Ini, setakat kancil je. Langgar sedikit pun bunyinya pun dah menakutkan! 

Ahad baru-baru ni pun, Dell nyaris-nyaris dilanggar oleh kereta yang dipandu terlalu laju dari arah tepi di lampu isyarat depan Fakulti Kejuruteraan UPM. Lampu isyarat ketika itu rosak (selalu sangat rosak). Mujur dia sempat brek (dengan sound effect brek yang sangat kuat!) dan dia sempat ke bahu jalan. Masa Dell hendak melintas (bersaing dengan kereta-kereta lain di trak yang sama), memang Dell dah tengok tiada kereta, ntah macam mana tiba-tiba kereta dia tu boleh muncul. Maknanya, kereta itu dipandu terlalu laju! Lagipun, keretanya besar. Faham-faham je la kelajuannya bagaimana. Dell harap kejadian itu akan memberi pengajaran kepada pemandu itu supaya jangan pandu kereta terlalu laju di lampu isyarat yang sedang rosak!

P/S : Sebelum pandu kereta, dinasihatkan mengucap kalimah syahadah dahulu kemudian banyakkan selawat. Seandainya nyawa tercabut ketika itu, kita sudah sempat mengucap...

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan