Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Tuan Mustafa Robani yang merupakan pemilik Edaran Emas Trading (EET)

Pada 26 Ogos 2015, Dell berpeluang bertemu dengan Tuan Mustafa Robani yang merupakan pemilik Edaran Emas Trading (EET). Pertemuan ini diaturkan oleh Pn. Atie dari Syarikat Legacy Publisher. 

DelÅ‚ diminta menjadi penulis bersama (co-writer) untuk buku berbentuk motivasi/bisnes di bawah syarikat penerbitan ini. 

Banyak yang Dell belajar mengenai jual beli emas melalui tuan Mustafa ini. Merasalah juga memegang sendiri duit emas tulen, habuk emas (selepas didulang sebelum dilebur) dan buntilan emas selepas dilebur. 

Apa yang menarik, beliau tidak pernah mempercayai dunia FOREX walaupun beliau mempunyai pengalaman dalam pelaburan emas.

Insya-Allah buku ini akan mendedahkan rahsia penjualan beli emas yang betul. 


Gembira dapat pegang antologi Beautifool ini.

Alhamdulillah pada malam 26 Ogos 2015, Dell dapat mengenggam sendiri buku Antologi Beautifool setelah dicetak. Akhirnya komplot 19 penulis dalam projek Beautifool yang memakan masa sebulan ini telah berjaya diterbitkan dengan jayanya.

Cepat-cepat turunkan autograf.

Semalam Dell berpeluang juga berpeluang berbual-bual secara santai dengan penerbit buku ini. Banyak juga ilmu penerbitan dan dunia buku yang Dell pelajari melalui beliau.

Perkhabaran daripada penerbit bahawa sudah ada pengedar buku yang hendak mengambil sebanyak 500 buah buku ini, sangat menggembirakan hati para pengkomplot.


Alhamdulillah, Dell telah berjaya menjual sendiri buku ini sebanyak 30 buah. Selebihnya, buku ini berada di kedai-kedai buku.