Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya


Keluarga C
Hari Khamis lepas, setelah tugas Dell di Inti University, Nilai selesai... Dell bergegas ke rumah Fatin untuk mengajarnya pula. Memang tiada rehat langsung. Sampai sahaja di rumahnya, Dell terus solat maghrib. 

Dell perasan Fatin dengan cerianya menjemput Dell masuk ke dalam rumah. Nampak juga dia terkejut Dell datang dengan berpakaian baju kurung (maklumlah berpakaian formal kerana bertugas di Inti University). Masuk sahaja ke dalam bilik, terus dia pelawa Dell makan biskut. Dalam hati, mesti dia nak pujuk Dell ni kerana Dell merajuk Isnin lepas.

Selepas solat, dia terus tanya nak belajar apa. Kali ni, Dell suruh dia belajar Sains. Dia memang suka bahagian haiwan kerana dia bercita-cita nak jadi Doktor Haiwan. Tapi payah juga sebab subjek Sains ni merangkumi semua aspek kehidupan, dia seperti tidak berminat bahagian lain. 

Dell dah perasan. Fatini hanya boleh tumpu terhadap pelajaran hanya satu jam sahaja. mungkin kerana keletihan di sekolah. Dell masih mencari cara yang sesuai untuk mengajar Fatin ni. Budaknya memang cerdik. Cuma kena bertahan dengan karenahnya. Aduhai... memang mencabar sungguh mengajar dia ni!


Selepas Dell menghadiri Bengkel Sistem GMJ-ME pagi tadi, Dell singgah di salah sebuah bilik pensyarah yang merupakan admin kedua GMJ-ME ini. Sebenarnya Dell hendak berjumpa dengan supervisor Dell hari ini setelah membuat temu janji pada Jumaat minggu lepas, tapi kemungkinan beliau ada hal menyebabkan sms Dell tidak dibalas. Ketika lepak sebentar di bilik pensyarah ini, Dell membaca tesis PhD beliau sebagai rujukan Dell (beliau baru sahaja habis pengajian PhD tahun lepas). Banyak juga beliau bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang pengajiannya itu. Dan sewaktu itulah Dell ternampak buku ini. Setelah Dell belek-belek buku ini, Dell meminta izin untuk pinjam buku ini untuk dibaca sebagai motivasi. Semoga pengalaman yang terkandung di dalam buku ini memberi motivasi kepada Dell.
Ini merupakan kali kedua Dell menjejakkan kaki di The Garden Cafe Mines. Kali ini bersama dengan sahabat Dell, As. Dell teringin nak makan Chicken Chop waktu itu. Dan rezeki Dell kerana restoren ini membuat promosi untuk beberapa menu dengan harga RM10.90 satu set bersama dessert dan air. 

Inilah menu Chicken Chop yang Dell pilih. Memang sedap! Tak rugi mencuba. Besar pula tu. Kuah black peppernya pun sedap. 

Manakala, As pula memilih Spagetti Aglio Olio. 

Set menu yang kami pilih dihidangkan Pumpkin Soup dan Ice Lemon Tea percuma. 

Kami berdua terasa sangat puas hati dengan pilihan menu masing-masing. Sedap dan menepati citarasa kami. Harga pun murah dengan promosi satu set menu ini berharga hanya RM10.90 untuk makan tengah hari bermula 12 tengah hari sehingga 3 petang sahaja. Dell tak pasti sama ada promosi ini masih ada lagi ataupun tidak. Apa-apa pun menu di sini memang sedap dan suasananya pun damai.


Keluarga B
Ain menyatakan kebimbangannya tidak mendapat A untuk subjek Sains dan kelemahannya dalam membuat ringkasan bahasa Melayu pada Jumaat lepas. Jadi, Dell mencari buku rujukan yang sesuai untuk Ain. Gembira sungguh dia dengan buku rujukan tersebut kerana buku tersebut mudah untuk dirujuk yakni ringkas dan padat. Untuk menerangkan Sains, Dell selalu buka beberapa laman web dan tunjukkan kepada mereka agar mereka nampak gambaran yang sebenar melalui gambar-gambar yang Dell tunjuk. Selebihnya, Dell minta mereka mencari video yang sesuai berkaitan dengan apa yang mereka tanya.

Ibunya meminta Dell hanya mengajar anak-anaknya selama 2 jam sahaja kerana mereka tidak dapat tumpu sepenuhnya (tidak fokus ketika belajar terutama Fir dan Sya, Ain dan Han sahaja yang seronok belajar lama) dek jumlah jam tuisyen yang lama iaitu 4 jam. Dell bersetuju. Bayaran tidak berubah cuma jumlah jam dipendekkan. 

Dell risaukan di Sya sahaja kerana dia akan menghadapi UPSR pada tahun ini. Kelihatan dia sangat over confident setelah mendapat markah yang tinggi di dalam ujian tempoh hari. Akhirnya, Dell menegur sikapnya itu dan memberi peringatan bahawa jangan leka, hanya tinggal dua bulan lagi untuk menghadapi peperiksaan percubaan UPSR! Terkulat-kulat wajahnya. Mungkin dia tak perasan masa sangat cepat berlalu.


Keluarga C
Kali ini, Fatin benar-benar menguji kesabaran Dell. Dia sudah buat perangai balik tidak mahu belajar. Alasannya seperti biasa, bosan belajar sorang-sorang dan meminta Dell mengajar pusat tuisyen supaya dia dapat bersama dengan kawan-kawannya. Dia asyik kata kenapa abangnya tidak belajar sekali. Aduhai, si anak kecil ini!

Fatin ini terlalu manja. Bayangkan dia boleh baring di atas peha Dell. Suka memberontak dengan mimik muka dan kelakuannya. Pening kepala Dell dengan tingkah lakunya. Tambahan sejak kedua-dua hamsternya mati minggu lepas. Dia tidak mahu belajar bahasa Melayu dan Sains. Dia nakkan subjek lain. Puas dipujuk!

Akhirnya tadi Dell buat keputusan setelah penat pujuk Fatin agar buat latihan. Pelbagai nasihat diberikan. Dell tanya Fatin jika dia tidak mahu Dell mengajarnya lagi, Dell akan berhenti mengajarnya bermula bulan depan. Dia diam je.

Dia bersuara, "Mengapa teacher tak pernah marah saya macam cikgu kat sekolah?"

"Fatin suka cikgu marah Fatin ke? Buat apa cikgu nak marah Fatin. Lagipun cikgu bukan jenis yang suka marah-marah. Fatin suka cikgu yang garang ke?"

"Kalau teacher tak marah, bagaimana Fatin nak ikut? Teacher tak pernah marah apa yang Fatin buat."

Setelah banyak Dell membebel untuk memujuknya, akhirnya Dell berkata, "Cikgu merajuklah macam ni. Oklah lepas ni cikgu tak akan datang mengajar lagi. Nanti cikgu bagitau mama Fatin"

Setelah dia membatukan diri selama hampir 20 minit, dia bersuara, "Yelah, teacher nak Fatin buat latihan yang mana?"

Terasa macam nak nangis pun ada melayan karenah dia ni. Sabar jelah.







Beberapa hari lepas, Dell sudah kehabisan idea hendak makan di mana berdekatan dengan rumah Dell ini. Jemu asyik makan makanan barat dan makanan mamak. Akhirnya, Dell memberanikan diri untuk mencuba makanan di gerai tepi jalan berdekatan dengan rumah Dell. 


Dell tertarik dengan menu di salah sebuah gerai makanan berhadapan dengan Restoren Sofea Taman Equine. Dell mencuba Kuetiaw Celop. Dell makan di situ sahaja malas nak beli bungkus. Sungguh tak sangka, dengan sekali suap kuah sup ini... tersangatlah sedap! Cukup rasa perencahnya. Memang licin Dell makan. Keesokkan harinya, Dell makan lagi menu yang sama dengan meminta kuetiaw lebih sedikit dari semalamnya dan bersetuju untuk membayar lebih harganya. 

Segan rasanya kerana makcik tersebut benar-benar menambah bahan-bahan di dalam menu tersebut (banyak pula tu) tetapi tetap meminta harga asal iaitu RM5 sahaja. Semoga rezeki makcik ini dilapangkan.

Hari ini, Dell mencuba pula Nasi Kerabunya. Rasanya boleh tahan. Harga sepinggan seperti yang Dell ambil berharga RM5 sahaja. Bahan-bahan seperti sayur dan kelapa tu memang makcik tu letak banyak. Tak seperti nasi kerabu di kedai lain. 


NOTA :
Makcik ini peramah tambahan apabila mengetahui yang Dell ini masih belajar lagi. Lagi satu, Dell respect makcik ini sebab dia solat walaupun sibuk berniaga (dia minta izin pergi solat ketika Dell sedang makan di gerainya). Gerainya hanya dibantu oleh seorang anaknya. Dia perkenalkan Dell dengan kawan-kawannya yang datang ke gerainya ketika Dell sedang makan. Dell rasa gembira kerana Dell sudah tahu di mana untuk membeli sup yang sedap. 

Selepas pulang dari mengajar tuisyen malam tadi, Dell tergerak hati untuk periksa peti surat. Macam biasa bil air yang percuma dan bil elektrik yang perlu dibayar kerana penggunaannya melebihi RM20 sebulan. Ada satu surat yang Dell tak biasa terima sebelum ini. Yang pastinya bukan kad jemputan kahwin ya.

Bila Dell buka sahaja sampul surat tu, rupa-rupanya label SIRIM untuk mini Ipad Dell. Setelah dua bulan menggunakannya, baru dapat label ni. Dah selamat Dell tampal di belakang mini Ipad tu. Ada hikmahnya juga kedatangan label ni. Mana taknya, terkial-kial Dell cuba buka cashing Ipad ini dan akhirnya Dell sudah tahu bagaimana hendak membukanya dengan mudah tanpa risau ianya patah.


Ketika berada di Klang, Dell mengambil kesempatan singgah sebentar di Klang Parade. Rupa-rupanya, Klang Parade ini dah nak ditutup. Banyak kedai yang dah kosong dan kebanyakan kedai melelong jualan mereka dengan harga yang murah. Malah ada juga beberapa kedai yang sudah berpindah di Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang. 

Asalnya, Dell singgah di sini untuk mencari makanan. Tapi keadaan di tempat ini mematikan selera makan Dell. Jadi, Dell ambil peluang untuk melihat barangan di sesetengah kedai di sana sehinggalah Dell singgah di salah satu booth kecil menjual barangan eksesori. 

Akhirnya, Dell terpikat dengan satu jenis earphone ini. Dell test earphone ini di mini ipad Dell. Dell sangat berpuas hati dengan bunyi dan harganya. Harga murah dan kualiti bunyi sangat baik. Dell ada earphone Blackberry tetapi Dell tak suka pakai kerana lubang telinga Dell kecil dan sakit telinga Dell jika memakainya. Ingatkan hendak membeli warna merah sesuai dengan casing mini ipad Dell, malangnya tiada. Jadi, Dell memilih warna merah jambu. Nampak cute je. Cubalah jenama ini, sangat ok!

Comel kan burung ini? Dell benar-benar terpikat dengan burung ini. Burung ini sangat peramah dan aktif. Dia tak terbang walaupun dilepaskan dari sangkarnya malah berjalan-jalan di atas tangan Dell. Burung ini juga suka gigit-gigit manja jari Dell. Suaranya pun merdu. Dell suka bermain-main dengan burung ini atas keizinan tuannya jika datang ke salah sebuah kedai pet berdekatan dengan rumah Dell. Burung ini pun seperti suka Dell datang menjengoknya.

Rindu rasanya. Dell teringin nak membela burung ini. Harganya RM500. Tapi bila difikirkan si Kimmy ada di rumah.... kang ada pula hilang bulu nanti... Huhu... *Ikutkan hati Dell, nak je lepaskan di dalam rumah seperti Kimmy...


Ini merupakan buku pertama Dell dalam bidang lukisan. Dell suka melukis masa sekolah dulu cuma tidak dapat galakan. Nak merasa melukis adalah semasa Dell sekolah menengah dulu sebab ada subjek Pendidikan Seni. Sejak tingkatan 6 sehingga kini, Dell tidak berpeluang untuk menyentuh alat lukisan kerana sibuk dengan kerja dan belajar yang tidak memerlukan Dell untuk melukis. Kadang-kadang sahaja sekiranya sepupu Dell yang masih bersekolah meminta bantuan Dell untuk subjek lukisannya, barulah Dell menyentuh alatan lukisan. 

Dell bukanlah seorang pelukis profesional dan pandai melukis untuk apa sahaja. Cuma Dell meminati bidang ini. Dan perasaan itu semakin membuak-buak sekarang ini sehingga Dell ingin melukis semula. Mungkin setelah Dell berpeluang melihat pameran lukisan di Malaysia dan di luar negara menyebabkan perasaan itu semakin membuak-buak. 

Sementelah penyelidikan Dell juga ada kaitan dengan seni lukisan dan gambar. Sedikit sebanyak Dell kena kreatif dalam membina sesuatu. Gambarajah di bawah merupakan antara ilmu pengetahuan yang Dell belajar dalam kursus di Klang tempoh hari. 

Untuk membina sesebuah perisian berbentuk interaktif memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Jika tidak payah untuk membina storyboardnya.
Kita perlu juga memiliki daya imaginasi yang tinggi di dalam apa-apa bentuk visual walaupun sudah dibantu dengan alat-alat teknologi tinggi. Jika tidak, gambar tersebut akan menjadi hambar dan tiada kesan efek yang menarik.
Inilah merupakan perisian yang digunakan dalam membina siri animasi Upin dan Ipin. Sebenarnya, Dell tidak pernah menyangka berpeluang mempelajari tentang perisian ini semua ketika berumur 30. Ini kerana, Dell memang pernah berharap mempelajari semua ini ketika dulu lagi sebab Dell meminati kartun tetapi memandangkan Ijazah Dell dalam bidang bahasa jadi Dell terpaksa melupakan sahaja hal ini. Benar kata ustaz, jika benar itu rezeki kita... lambat laun ianya tetap akan menjadi milik kita walaupun lambat. Tak sangka Dell akan menemui ilmu ini ketika menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi bidang bahasa.

Tidak rugi jika kita berterusan mencari ilmu yang bermanfaat. Dan sekiranya, niat kita ikhlas dalam mempelajari sesuatu ilmu untuk kemudahan orang lain... insyaAllah akan dipermudahkan.






Sekarang faham kan maksud Dell? Jika ada teknologi tinggi, tanpa imaginasi yang kreatif tetap tak jadi!


Untuk membeli kesemua buku-buku ini, Dell terpaksa pergi 3 buah kedai buku Popular dan sebuah kedai MPH. Payah benar hendak membeli buku-buku yang menjadi idaman hati. Disebabkan kesibukan masa, Dell tidak sempat untuk ke Pesta Buku Antarabangsa nanti kerana bertugas di Inti University bermula Khamis ini sehingga 3 Mei nanti. Selepas itu, perlu pulang ke kampung pula untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Ini pun masih berbaki RM50 lagi. Kena tunaikan sebelum tamat baucer.


Ketika Dell berada di Tesco Setia Alam, Dell berpeluang menikmati Nasi Ayam Habibi di sini. Nasi dan ayamnya sangat lembut manakala sambal serta supnya sedap. Set Nasi Ayam bersama kerabu yang Dell pilih ini hanya berharga RM5. Kerabunya pun sedap. Kombinasi yang sesuai. Sesiapa yang duduk berdekatan di sana, bolehlah mencuba.




Ada satu Restoren Ikan Bakar Pulau Ketam yang terletak di Batu Nilam, Bukit Tinggi Klang. Restoren ini pernah menerima kedatangan JJCM TV3. Dell dan supervisor tidak melepaskan peluang untuk mencuba Ikan Bakar di sini. Dell memilih Ikan Bawal masak Thai Grill manakala supervisor Dell pilih ikan Saba masak Thai Grill. Ikannya memang besar. Tak perlu makan dengan nasi pun dah terasa sangat kenyang. Tak dinafikan menu ini sangat sedap dan kena dengan citarasa Dell. Sepanjang kami berada di Klang, dua kali kami membeli ikan bakar di sini untuk makan malam. Ada juga udang, kerang, lala dan lain-lain tapi kami memilih makan ikan bakar. Cubalah ikan bakar di sini, tidak mengecewakan.

Supervisor Dell suka makan Subway, jadi Dell merasa makan sandwich di sini. Dell memilih Turkey dan Chicken Ham. Manakala supervisor memilih Beef Roast. Memang kenyang gilalah selepas makan sandwich gergasi ini. 

Dell memilih Double Chocolate Cookies.
Ketika berada di Klang, Dell berpeluang menikmati beberapa menu makanan di beberapa restoren yang sebelum ini Dell teringin untuk menikmatinya. Semua perbelanjaan ditanggung oleh supervisor Dell. Meh Dell cerikan menu yang Dell dan supervisor makan di Black Canyon, Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang.

Serius Dell katakan, makanan di sini sangat sedap! Minuman yang dihidangkan juga sangat menepati citarasa kami berdua. Dua kali kami datang makan di sini.

Dell minum Mexican Coffee dan Black Crunch Coffee untuk supervisor. Kami berdua memang hantu minum kopi. Dell tertarik dengan gelas untuk minuman Mexican Coffee. Ianya berbentuk kasut. Rasa kopinya memang sangat pekat dan pahit. Dell terpaksa meminta staf di situ tambah susu segar lebih sikit untuk seimbangkan rasa pahitnya.

Ini menu untuk supervisor Dell. Beliau memilih Salted Fish Fried Rice.

Sebelum menu utama Dell datang, Dell diberi Chicken Soup. Inilah Chicken Soup yang paling sedap Dell pernah makan. Supervisor Dell pun order sup ini setelah Dell asyik kata tersangatlah sedap.

Inilah menu utama Dell untuk kali pertama di sini. Dell memilih Lamb Chop. Memang sedap! Tak rugi memilih menu ini.

Kali kedua kami datang ke sini, supervisor memilih Iced Latte.


Manakala, Dell pula memilih Iced Chocolate. Ikutkan rasa macam tak cukup sahaja segelas.


Menu pilihan Dell kali ini ialah Spicy Seafood Spagetti. Spagettinya sangat sedap dan memang sangat pedas. Kalau mereka yang tak tahan pedas, tidak disyorkan menu ini.


Menu utama supervisor Dell pula ialah Salmon Steak. Tengok beliau makan memang licin.


Sebelum hidangan Salmon Steak, supervisor Dell dihidangkan dengan Mushroom Soup.

Kesimpulannya, hidangan menu di sini memang sedap dan ianya sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar. Cubalah!


Akhirnya dalam mesyuarat GMJ-ME, mereka sebulat suara memilih cover yang ini. Ini merupakan reka bentuk cover kedua Dell. Pemilihan cover ini berlangsung ketika Dell berada di Klang kerana menghadiri kursus. 

Mesyuarat diadakan sekali lagi sehari selepas Dell pulang dari kursus iaitu pada hari Rabu minggu lepas. Mesyuarat pada kali ini lebih membincangkan tentang proses perisian yang dibangunkan dan domain tersebut seharusnya diletakkan di host mana dan melibatkan perbincangan dengan pegawai IT dari IDEC UPM. 


NOTA :
Semoga mendapat perkhabaran baik dalam keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ICT UPM nanti.


Sudah lama Dell menyepikan diri dari menulis blog. Dell terasa terlalu penat dengan menghadiri kursus selama sepuluh hari di Klang. Maklumlah, mempelajari sesuatu yang bukan bidang memerlukan banyak kosentrasi di bahagian otak. Balik je dari kursus, memang Dell kena berehat kerana keletihan otak dan perlu bersiap sedia untuk ilmu baharu keesokkan harinya pula.

Di bilik hotel inilah, Dell beradu keseorangan selama sepuluh hari. Terasa seperti raja kerana setiap hari ada orang tolong kemaskan bilik, baju pun ada orang tolong basuh dan siap seterika. Makan minum selama sepuluh hari di sini memang tersangatlah terjaga dan mencukupi. Cuma biasalah di bilik sorang-sorang terasa bosan tiada teman untuk berbual. 


NOTA :
Dell tidak sangka setelah berhenti kerja, Dell masih berpeluang menginap di hotel dan menghadiri kursus dengan tajaan. Peluang seperti ini bukan datang selalu, jadi Dell kena belajar bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tesis kerana susah payahnya supervisor mendapatkan dana penyelidikan untuk kami.



Ketika Dell masuk ke dalam bilik hotel, tiba-tiba Dell ternampak ada sebuah nota diletakkan di atas kasut Dell. Tergelak Dell membaca nota tersebut, ianya berbunyi ;

"Helo saya nak tanya kat mana ya awak beli kasut awak nie.... Lawa la kasut awak nie..."

Kali pertama, cleaner hotel tanya tentang kasut Dell. Ingatkan apalah tadi.

NOTA:
Dell telah menjawab nota tersebut dengan meletakkannya di atas kasut tu semula.


Hari ini, Dell belajar cara-cara untuk membina laman web serta penggunaan Adobe Photoshop. Penambahan ilmu ini membuatkan Dell dan supervisor Dell bertambah teruja untuk menghasilkan sesuatu. Kami turut didedahkan keajaiban penghasilan gambar melalui Adobe Photoshop.

NOTA :
Supervisor Dell kata selepas habis mengikuti kesemua kursus ini, Dell sudah boleh menulis tesis dengan lengkap dan menyiapkannya dalam kadar yang singkat. Semester ini Dell sudah kena bentang seminar. Ada masa lebih kurang sebulan je lagi. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.



Hari ini merupakan hari pertama Dell mengikuti Kursus Technical Design Course yang pernah Dell katakan sebelum ini. Sejak semalam, Dell bersama supervisor sudah berada di Klang. Kami menginap di salah satu hotel di sini agar mudah untuk kami berbincang mengenai penyelidikan kami setiap kali selepas kursus. 

Hari ini, kami belajar mengenai AutoCAD 2D dahulu. Tak sangka Dell akan menggunakan semula perkiraan dalam koordinat dan sudut. Dah lama Dell tak guna rumus-rumus ni. Mujur setelah beberapa ketika Dell mengingati semula penggunaan rumus-rumus tersebut.


NOTA :
1. Ada yang bertanya berapa yuran untuk kursus ini. Pakej keseluruhan kursus ini ialah RM3400 seorang, tidak termasuk tempat tinggal, penginapan dan makan.
2. Kami akan berada di sini selama 10 hari.
3. Semakin teruja untuk mengikuti kursus yang selanjutnya.




Setelah sebulan dalam simpanan Dell, akhirnya pada hari Jumaat lepas Dell berjaya menggunakan RM50 pertama. Itu pun Dell beli buku-buku di kedai Popular di Jaya Jusco Cheras Selatan. Kebetulan ada sahabat Dell ajak keluar jalan-jalan di situ. Ikutkan banyak buku yang Dell nak, tak jumpa. Kecewa juga dibuatnya.

Hendak menunggu Pesta Buku Antarabangsa 2013, Dell tak pasti sempat atau tidak untuk ke sana nanti memandangkan seminggu lebih hujung bulan ni Dell agak sibuk berada di Inti University. Harap-harap sepanjang Dell berkursus selama 10 hari di Klang nanti, Dell sempat singgah di kedai buku di Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang tu.




Amacam, comel tak Kak Ton? Dush dush, bukan Kak Ton la tapi Kimmy! Ini merupakan tempat rasmi Kimmy bergolek-golek sebelah mummy ketika tidur pada waktu malam. 


Belum apa-apa si Kimmy dah rasmikan dulu barangan yang Dell beli. Tengoklah dalam gambar tu, selamba je dia tergolek... siap terkangkang pula tu! Ish, tak malu si Kimmy ni. 


Tengok-tengok je dah berlubang selipar yang baru Dell beli. Masa bila pula la dia pi gigit selipar ni. Aduhai, geram je! Rasa nak babab buntut si Kimmy ni. Agaknya dia berasa geram kot selipar ni jenis getah. Sedap digigit agaknya.

Inilah reka bentuk cover jurnal GMJ-ME yang dapat Dell fikirkan setakat ini. Harap-harap ketua editor terima. Dell suka reka bentuk yang ringkas dan sesuai. Cover ini perlu ada untuk memenuhi keperluan di dalam KM-Portal. 





Inilah habit si Kimmy. Pantang letak baju di mana-mana, mesti dia nak masuk ke dalam tu dan duduk di situ. Lama tau dia berkeadaan seperti di dalam gambar tu. Agaknya sejuk kot di dalam tu atau dia berasa seolah-olah berada di dalam satu lubang untuk meneropong musuhnya!