Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan
Haaa... ini Dell nak cerita sedikit tentang Bufet Ramadan di Hotel Bukit Merah Laketown Resort sempena bulan puasa yang akan menjelang tak lama lagi.

Tema bufet hotel pada kali ini ialah ‘Gerbang Iftar Nusantara’.

Jadinya, sajian bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah akan menjadi daya penarik berbuka puasa di sini.

Bagi penggemar kambing bakar, menu ini merupakan antara menu ‘wajib’ selain ayam golek dan beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambing berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan sebagainya.

Aduh, terliur pula! Maklumlah semalam Dell dah merasa beberapa menu ni.

Selain makan di atas meja, pengunjung juga boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa ruangan khas yang disediakan.

Bayangkan makan sambil menghadap tasik berhampiran Le’Lac Café, disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu. Sudah pasti menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, memberitahu kepada kami bahawa sebanyak LIMA set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan.

Ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju beserta tomato.

Katanya lagi, hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti John, murtabak, kambing serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, cucur bergoreng.

Pencuci mulut turut disertakan dengan pelbagai jenis kerabu, salad dan ulam-ulaman supaya juadah berbuka di sini lebih ‘meriah’.

Menu yang bersilih ganti pada setiap hari ini sesuai untuk meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung. Jadi, mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka.

Jangan bimbang, jadual menu akan dihebahkan melalui siaran edaran seperti ‘flyers’, ‘banner’ (gegantung), media sosial dan sebagainya.

Pihak hotel ada menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar. Malah selain berbesar hati menjadi perantara kepada mana-mana pihak yang berkeinginan menaja anak-anak yatim dan fakir miskin untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan juadah di sini.

Ramai yang tanya tentang harga bufet Ramadan ni. Ini kadarnya, RM45 bagi dewasa serta RM35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Bukan itu sahaja, para pengunjung boleh belayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka puasa secara percuma (bagi 60 penumpang terawal setiap hari). Ada dua sesi pelayaran iaitu pada 6.15 serta 6.45 petang.

Untuk pengetahuan semua, Tasik Bukit Merah ini terbentang seluas 7,000 ekar. Tasik inilah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama.

Haa... menarik, bukan?

Bagaimanapun, perkhidmatan pelayaran tasik bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras tertentu.

Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadan, usah bimbang. Ini kerana solat tarawih secara berjemaah boleh dilaksanakan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.

Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM35 bagi dewasa dan RM25 kanak-kanak, warga emas, serta orang kurang upaya (OKU) untuk pembelian yang telahpun bermula pada 1 sehingga 30 April 2019.

Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 hingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi +605-8908888 atau layari http://www.bukitmerahresort.com.my.

Mari kita lihat foto-foto di bawah:

No photo description available.

Image may contain: outdoor

No photo description available.

Image may contain: food

Image may contain: people sitting, people eating, table and food

Image may contain: people sitting and table

Image may contain: food

Image may contain: people sitting and food

Image may contain: food

Image may contain: outdoor

No photo description available.

Image may contain: table, indoor and food

Image may contain: table, food and indoor

No photo description available.

No photo description available.

Image may contain: 1 person, sitting, eating and food

Image may contain: 2 people, people on stage and people standing

Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: one or more people

Image may contain: outdoor

Image may contain: one or more people

Image may contain: table and indoor

Image may contain: 1 person, sitting, eating, table, food and indoor

Image may contain: 2 people, including Nurnazerah Asno

Image may contain: sky, ocean, outdoor and nature

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor

Image may contain: ocean, sky, outdoor, water and nature

Image may contain: ocean, sky, outdoor, water and nature



Pada hari Jumaat minggu lepas, Dell berpeluang berbuka puasa di Restoran Flora Kafe di Ampwalk, Kuala Lumpur. Kali ini, Dell berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. 

Pintu Masuk Restoran Flora Kafe
Dari luar pintu masuk ke restoran ini, sudah kelihatan mewah dengan hiasan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Suasana pun nampak romantik dan damai.

Suasana dalam Restoran Flora Kafe
Serius Dell katakan, terasa tenang setelah masuk ke dalam restoran ini. Hilang rasa stres setelah mengharungi traffic jam ketika datang ke sini. Nak parking kereta pun senang. Untuk pengetahuan semua, inilah meja yang disediakan untuk kedatangan kami.

Meja untuk sambutan Harijadi.
Pasti ada yang hairan, mengapa pula meja-meja di bahagian ini ada belon dan alas meja yang lip-lap lip-lap gitu. Di sinilah tempat yang disediakan untuk pelanggan yang menyambut majlis harijadi mereka pada hari tersebut. Mereka dihidangkan dengan dua jenis potongan kek.

Bufet Ramadan di ruang legar Ampwalk Mall.
Sempena bulan Ramadan ini, restoran ini menyediakan bufet ramadan di ruang legar Ampwalk Mall. Luas dan selesa untuk menjamu makanan. Ada pelbagai menu yang disediakan. Memang puas Dell menjamu mata dan perut, hihihi...

Menu Buffet Ramadhan di Flora Cafe

PILIHAN PEMBUKA SELERA

1. Rojak Buah
2. Sotong Kangkung
3. Hidangan 5 Jenis Sambal Colek
4. Hidangan 3 Jenis Kerabu
5. Keropok Sayur, Keropok Ikan dan Papadom
6. Ulam-ulaman

SEAFOOD HOT PLATTER

7. Ketam
8. Kerang
9. Udang
10. Mussel

MASAKAN MELAYU

11. Nasi Putih
12. Ssam Pedas Johor Ikan Kembung
13. Ikan Keli Lada Merah
14. Ayam Lada Hijau
15. Lala Masak Serai
16. Ikan Talapia Goreng
17. Daging Masak Kari
18. Kacang Panjang Goreng
19. Terung Sambal
20. Chap Chai Goreng

MEE/MIHUN/KUEH TIAW

21. Mee Goreng Mamak
22. Laksa Kuah Lemak Utara
23. Laksa Johor

PILIHAN BARAT

24. Spaghetti Aglio-olio
25. Chicken Chop
26.french fries
27. Fresh Salad With Dressing
28. Mix Nugget & Sausages
29. Roti John

NASI BRIANI

30. Briani Ayam
31. Paru Sambal
32. Sup Tulang
33. Satay Ayam
34. Satay Daging

PEMANIS MULUT

37. Puding Caramel
38. Kuih-Muih
39. Pulut Mangga
40. Dadih dan Agar-agar Manis
41. Bubur Pulut hitam
42. Coklat Fountain
43. Hirisan Buah
44. Ais Kacang dan Ais Krim Malaysia

YONG TAU FOO

PILIHAN MINUMAN

46. Nescafe
47. Teh Tarik
48. Air Bandung
49. Air Sarsi
50. Air Kosong

PILIHAN SNEK

51. Roti Jala@Kari Ayam
52. Lempeng Sambal Tumis
53. Sukun, Keladi, Keledek dan Pisang Goreng
54. Karipap Goreng



Betulkan apa yang Dell kata. Bukan setakat jamu mata, memang menjamu perut sekali melihat menu makanan yang disediakan. Dell sangat suka hidangan masakan Melayu dengan ulam-ulaman serta pelbagai sambal yang disediakan. Terbaik!
Antara menu yang Dell nikmati.
Masakan Laksa Johornya memang menepati citarasa Dell sebagai orang Johor. Senang kata, 'Cukup segala rempah ratusnya!'. Satu lagi yang Dell puji adalah Sambal Kicapnya. Fuhhh... hilang rasa kempunan Dell. Sebiji seperti orang Johor yang sediakan. Memang puas Dell menikmati sukun dan keledek goreng dengan bercicahkan sambal kicap tu.

Berbuka puasa bersama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.
Pendek kata, Dell rasa puas menjamu selera di sini bersama rakan-rakan blogger. Layanan staf di sini pun bagus. Tempatnya selesa dan suasananya meriah. Masih sempat untuk menikmati bufet Ramadan di sini.

Harga bufet ramadan untuk dewasa RM65 manakala untuk kanak-kanak (berumur 7-12 tahun) pula ialah RM35.


Alamat:
Ground Floor
The Ampwalk Mall
218, Jalan Ampang
Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2181 0986 (Mell)
Whatsapp : 012-207 0166
Waktu Operasi : 11.00 pagi sehingga 10.00 malam

Facebook : Flora Kafe
Instagram : Flora Cafe Ampwalk