Memaparkan catatan dengan label Corak Coret. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Corak Coret. Papar semua catatan
![]() |
| Ketika menjadi home tutor |
Dah lama Dell berhenti dari jadi guru tuisyen, selepas bulan Ramadan pada tahun lepas. Kemudian, Dell tumpukan kepada kerja-kerja penulisan (pengeditan) manuskrip bersama-sama Sasterawan Negara Keenam sehingga kini. Masih ada yang tanya sama ada Dell ingin mengajar semula. Dell kata, jika berdekatan dengan rumah, insya-Allah kerana Dell hanya perlu lari sekejap. Maklumlah, jadual Dell kini agak padat.
Namun, perancangan Allah Maha Hebat. Khidmat Dell sebagai pengajar masih diperlukan. Dell tidak mencari malah dipelawa untuk mengajar di salah sebuah pusat tuisyen berdekatan rumah. Dell hanya perlu mengajar 4 jam sahaja sebulan untuk Bahasa Melayu Tingkatan 5. Modul semua disediakan, Dell hanya perlu mengajar. Bayaran pun agak lumayan untuk 4 jam itu walaupun pelajar hadir atau tidak hadir. Sudah isi borang dan akan dihantar ke kerajaan negeri. Malah, jadual Dell tidak terganggu. Alhamdulillah.
Dalam masa yang sama, Dell juga dipelawa oleh seseorang untuk membuat program atau seminar penulisan dalam Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar sekolah. Asalkan Dell dapat membina modul sendiri manakala tempat semua disediakan dan diuruskan. Hal ini memang sudah ada dalam perancangan Dell lama dulu, peluangnya datang pada waktu sekarang ini.
Keadaan ini secara tidak langsung, Dell dapat mempraktikkan ilmu mengenal potensi diri pelajar di Metafizik Sains Penomboran dan ilmu mengenal karaktor yang dipelajari melalui Dato. Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah di Program Advanced Train Trainer (PACT).
Dell sudah mempraktikkan kedua-dua ilmu ini di Kem Motivasi Zero to Hero di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor baru-baru ini dalam mengenal diri anak-anak buah di bawah jagaan Dell dengan cara hanya memerhatikan sahaja dari jauh (tanpa bertanya salasilah dan perihal) mereka.
Ketika sesi fasilitator bersama ibu bapa, mereka kata ianya betul dan Dell memberikan cara-cara yang sesuai untuk pembelajaran mereka mengikut pola mereka sama ada mereka ini jenis pelajar kinestatik, visual, audio, digital atau fleksibel. Alhamdulillah.
Sebagai seorang trainer, ilmu-ilmu kemanusiaan ini sangat penting untuk membantu sesiapa yang datang kepada kita. Dalam masa terdekat ini, insya-Allah Dell akan menghadiri Kursus Mengajar Teknik Nabi. Mudah-mudahan, semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin... :)
Alhamdulillah... Sesungguhnya, Dia pemberi segala rezeki. Kebelakangan ini (bermula tahun lepas), Dell cukup suka makan daging kambing. Pada Dell, tekstur daging kambing lebih lembut daripada daging lembu. Jika boleh, mahunya hampir setiap hari Dell hendak makan 'lamb chop' atau kari kambing tapi tak bolehlah makan selalu. Tak terurai pula lemak nanti. Hihi...
| Antara menu 'lamb chop' yang Dell suka makan |
Ada yang mengatakan bahawa tak elok makan daging kambing. Dell tidak mempercayainya kerana inilah antara makanan rasulullah. Kita seharusnya makan apa yang rasulullah makan, bermakna makanan itu adalah sebaik-baik makanan untuk kita.
Ketika Dell berada di Seminar Metafizik Sains Penomboran (Advanced) bulan Januari lepas, Sifu Siddiq mengatakan bahawa Dell elok makan kambing untuk membaiki DNA. Beliau berkata sedemikian setelah melihat yang kesihatan Dell kurang memuaskan melalui tanda di bahagian mata Dell. Beliau kata makanan sunnah memperbaiki DNA kita manakala makanan kesihatan yang biasa itu hanya memperbaiki sel dalam badan kita.
Patutlah gerak batin Dell meminta Dell selalu makan daging kambing, sekurang-kurangnya seminggu sekali sebelum ini. Rupa-rupanya, badan Dell memerlukannya.
![]() |
| Hantu Kopi! |
Dell juga sudah mula meninggalkan air nescafe. Dell lebih suka minum air kopi terutamanya Mocha. Setiap hari, Dell mesti minum kopi. Sekali-sekala, Dell minum air teh atau milo. Itupun, Dell sudah mula menggunakan 'brown sugar' atau madu sebagai pemanisnya. Siapa sangka, rasulullah juga minat minum kopi.
![]() |
| Kopi Halia |
Atas nasihat ibu angkat Dell, opah meminta Dell mengamalkan minum air halia untuk membuang angin dalam badan... akhirnya, Dell membeli Kopi Yusmira Halia Bara. Maklumlah, Dell malas nak meracik halia untuk dibuat minuman. Dah alang-alang Dell suka minum kopi, jadi Dell pun beli jenama ini untuk minuman harian di rumah.
![]() |
| Susu kambing bersama kurma dan madu |
Satu lagi, Dell selalu ada masalah di perut. Tanda-tanda awal gastrik. Jadi, bermula awal bulan ini, Dell sudah mula mengamalkan minum susu kambing setiap pagi. Tak sangka susu kambing ini lebih sedap berbanding susu lembu. Sebelum ini, Dell pernah cuba mengamalkan minum susu segar (susu lembu) tapi tak lalu. Rasa loya. Sangat berbeza dengan susu kambing seperti rasa ketagih pula. Kucing Dell iaitu si Kimmy juga tumpang minum sedikit. Pantang hidung dia terbau susu kambing yang Dell sedang bancuh, dia pun sibuk minta.
![]() |
| Jus buah delima |
Ketika negara kita dilanda kemarau baru-baru ini, tekak mudah terasa dahaga. Puas Dell fikir, minuman jus apa yang elok untuk kesihatan. Jemu juga asyik minum air kodial laici, mangga, anggur dan oren. Ditakdirkan ketika Dell sedang makan 'lamb chop' di restoren kegemaran berdekatan dengan rumah, ada penjual sedang promosi minuman Jus Buah Delima. Kedainya baru buka bersebelahan dengan restoren itu. Apalagi, Dell pun beli. Nak makan buah delima, Dell kurang suka sebab ada rasa masam. Minum airnya pada Dell sudah memadai.
Rutin minuman harian Dell : Pagi (susu kambing), tengahari (jus delima) dan petang atau malam (kopi).
Dell dapat merasakan satu kelainan di dalam diri setelah mengamalkan beberapa makanan dan minuman sunnah ini. Pada Dell, jika niat kita baik untuk menjaga pemakanan sunnah ini akan ada rezeki untuk itu walaupun makanan sunnah ini mahal harganya.
Pengalaman Dell, setiap kali Dell hendak membeli makanan atau minuman sunnah ini... ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang seperti mendapat diskaun yang banyak walaupun tidak diminta atau dapat duit di atas angin (orang belanja). Oleh itu, hendaklah kita tidak putus-putus bersyukur atas nikmat yang diberi. Jika niat itu baik dan benar, percayalah Dia Maha Pemberi.
Sedar tak sedar, dah masuk hari raya haji. Rasa seperti baru sahaja selesai hari raya puasa. Mana taknya, sebulan Dell berada di kampung pada waktu itu. Kali ini, Dell berada seminggu di kampung untuk menyambut hari raya haji.
Bila sebut hari raya haji, tidak sah jika tiada 'korban'. Tahun ini, atok Dell buat korban lagi di surau berdekatan dengan rumah. Tapi, Dell tak pergi pun ke surau untuk melihat lembu disembelih tu... tak sanggup! Dell pernah pergi sekali sahaja melihat kerja-kerja sembelihan lembu dari mula hingga akhir beberapa tahun lepas. Cukuplah sebagai pengalaman.
![]() |
| Sijil untuk korban dan aqiqah |
Ini kali pertama Dell melihat sijil untuk sesiapa yang melaksanakan ibadah korban dan aqiqah di salah satu surau di sini. Sebelum ini, kami tidak menerima mana-mana sijil di tempat kami buat korban.
Pada Dell, sijil ini bagus dilaksanakan sebagai rujukan kita pada masa akan datang. Maklumlah, kita tidak tahu ketika kecil dahulu adakah ibu bapa kita mampu untuk melakukan aqiqah untuk kita. Sekurang-kurangnya dengan adanya sijil ini, kita tahu bahawa kita sudah diaqiqahkan oleh ibu bapa kita dan kita tidak akan berasa was-was sama ada hendak melakukan aqiqah atau korban apabila kita dewasa kelak.
![]() |
| Menu di pagi raya haji... |
Seperti biasa, menu hari raya haji sama seperti menu pada hari raya puasa. Malah, Dell berpeluang makan makanan kegemaran di rumah saudara-mara Dell seperti rendang siat dan ayam masak merah.
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua. :)
Dell berasa bertuah kerana supervisor Dell mahu membawa Dell pergi ke Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) di Kuala Lumpur nanti. Katanya doktor-doktor gigi di sini pakar dan peralatannya adalah moden. Beliau juga memuji perkhidmatan yang disediakan berbanding klinik-klinik pakar gigi yang pernah beliau pergi sebelum ini.
Apa yang beliau cerita tentang perkhidmatan dan rawatan di sini benar-benar buatkan Dell teruja untuk merasainya sendiri.
Supervisor telah membuat temujanji dengan doktor gigi yang berkenaan pada awal November ini. Beliau akan temankan maklumlah Dell memang takut berjumpa dengan doktor gigi. Ada sedikit pobia.
Berdebar-debar sebenarnya. Dell harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin.
Masih ingatkah Dell pernah menceritakan tentang Hari Pertunangan sahabat baik Dell, Camy pada akhir bulan Jun 2013 yang lalu? Alhamdulillah... pada tanggal 28 September 2013, sahabat baik Dell iaitu Camy bersama pasangannya Teddy telah selamat diijab kabulkan dengan hanya selafaz sahaja.
![]() |
| Bersanding di rumah pengantin perempuan selepas akad nikah |
Sedar tak sedar dah hampir 23 tahun, Dell dan Camy bersahabat sama ada suka dan duka. Harap-harap Teddy tak bawa lari sahabat baik Dell ini jauh-jauh! Huhuhu...
![]() |
| Tumpang bergambar di katil pengantin sementara menunggu pengantin bersolek |
Camy dan Teddy telah berkenalan hampir 13 tahun, pada asalnya hanya kawan biasa sehinggalah mereka kini menjadi sepasang suami isteri. Keikhlasan Teddy memeluk Islam beberapa tahun lepas (tanpa paksaan dari mana-mana pihak) sangat Dell puji.
| Dah bergelar PUAN dah sahabat Dell ini... |
Masih segar dalam ingatan ketika Camy menelefon Dell memberitahu tentang kesudian Teddy tiba-tiba ingin memeluk Islam sebelum bulan puasa beberapa tahun dulu benar-benar membuatkan kami berasa gembira. Masih teringat apabila Camy memberitahu bahawa menitik air matanya ketika mendengar Teddy mengucapkan dua kalimah syahadah di pejabat agama. Benarlah bahawa hidayah itu milik Allah.
| Ketibaan pasangan pengantin di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Kluang |
Majlis meraikan pengantin ini dibuat keesokkan harinya di Dewan Tunku Ibrahim Kluang. Pengantin hanya makan beradap dan potong kek di sini.
| Pengantin diminta memberi sedikit ucapan kepada tetamu yang hadir |
Secara kebetulan, Dell sampai di dewan ini saing dengan konvoi motor-motor besar (kawan-kawan Teddy) mengiringi kereta yang membawa pengantin.
| Konvoi motor-motor besar (kawan-kawan Teddy) |
Di majlis ini, dapatlah Dell bertemu dengan sahabat-sahabat semasa sekolah menengah dulu. Maklumlah, selepas tamat SPM ramai sudah berubah haluan masing-masing. Ramai yang sudah berhijrah di merata-rata tempat. Mana yang ada facebook dan aktif, dapatlah berhubung. Ada juga yang terputus hubungan terus.
| Semuanya sudah berkeluarga... |
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama, dapat juga Dell bertemu dengan rakan-rakan ketika sekolah dulu. Dell bersyukur dapat menghadiri majlis persandingan sahabat baik Dell ini. Dell doakan semoga kasih sayang mereka bertaut sehingga ke syurga. Amin...
Dulu, Dell jarang hendak menyimpan duit syiling di dalam dompet kerana ianya akan memberatkan dompet. Tapi kini Dell perlu menggunakannya kembali. Untuk apa? Untuk membeli air minuman yang ditapis di mesin air berdekatan rumah.
Sebelum ini, Dell hanya masak air di paip rumah sahaja tetapi sejak kebelakangan ini Dell perasan bahawa air tersebut seperti tidak bersih kerana tidak bertapis.
Pada awalnya, Dell kerap membeli sebotol besar air mineral di kedai-kedai berdekatan. Harganya agak mahal. Selalunya mencapai lebih RM10 sebotol.
Secara kebetulan, baru-baru ini Dell ternampak ada satu mesin air jenama baru ada berdekatan dengan rumah Dell yang menawarkan dua jenis air. Seposen 500ml untuk air tapis biasa dan dua posen 500ml untuk air yang ditapis beserta hidro ion. Dell lupa nama jenama mesin air tersebut.
Jadi, petang tadi Dell membelanjakan duit syiling sebanyak hampir RM3 untuk mengisi air tersebut. Dell memilih air yang ditapis berserta hidro ion. Tak salah berbelanja lebih sedikit untuk kesihatan, kan?
Apa-apa pun, ianya lebih murah berbanding membeli air yang sudah siap dibotolkan di kedai, kan? Maklumlah, sekarang ini kita kena berhemah dalam berbelanja. :)
Lukisan terbaru Dell pagi tadi.
Masih ingatkah semalam Dell ada mengatakan bahawa Dell telah hantar satu artikel di salah satu akhbar tempatan sebagai satu langkah pertama dalam bidang penulisan? Alhamdulillah, hari ini Dell telah menerima emel daripada editor akhbar tersebut mengatakan bahawa artikel Dell akan disiarkan di Citra Orang Muda (.COM) Utusan Malaysia pada hari Sabtu ini.
![]() |
| Emel daripada editor |
Tiada apa yang dapat Dell gambarkan betapa gembiranya hati Dell hari ini. Percubaan Dell yang pertama sudah berjaya. Impian Dell untuk menghantar artikel di akhbar Utusan Malaysia lalu diterbitkan menjadi kenyataan. Dell berasa bersyukur sangat-sangat kepada yang Maha Pemberi Rezeki. Tanpa ilham yang diberikan oleh-Nya sudah tentu sehingga kini Dell tidak dapat menaip walaupun satu patah perkataan.
Terima kasih juga Dell ucapkan kepada rakan-rakan dan keluarga yang menyokong Dell selama ini. Tanpa tunjuk ajar dan tips-tips yang diberikan tentu sukar. Insya-Allah, Dell akan terus berkarya. Amin. :)
Dell teringat ketika Dell menerima jemputan daripada salah seorang guru koir UPM (yang merupakan seorang pensyarah muzik dari UITM Shah Alam) pada tahun 2011. Beliau meminta Dell mendendangkan Nazam Kasih Ayah dan Ibu bersama kumpulan koir UPM untuk dipersembahkan di Laman Budaya, Shah Alam. Dell turut mendendangkan Syair Burung Pungguk sebagai bonus.
Beliau tertarik dengan persembahan Dell mendendangkan sebuah nazam (ala-ala dekon) di dalam salah satu majlis di UPM beberapa bulan sebelum itu. Itu yang dikhabarkan kepada Dell oleh salah seorang ahli koir tersebut.
Dell rasa terharu apabila mengetahuinya. Itulah kali pertama Dell pergi ke Laman Budaya, Shah Alam. Dan itulah merupakan kali pertama Dell mendapat sedikit bayaran untuk membuat persembahan.
![]() |
| Ketika menyampaikan Nazam Kasih Ayah dan Ibu. |
![]() |
| Dell bersama guru koir (pensyarah muzik dari UITM Shah Alam) dan ketua koir UPM. |
![]() |
| Dell bersama-sama dengan kumpulan koir UPM. |
![]() |
| Bersama kumpulan lain yang turut membuat persembahan pada petang itu. |
Ianya merupakan kenangan yang tidak dapat Dell lupakan. Dell berterima kasih sangat kepada mereka yang memberi kepercayaan kepada Dell.
Seminggu selepas raya pertama, Dell membantu sepupu Dell menyiapkan 'goodies' untuk hari perkahwinannya pada 18 Ogos 2013. Kebetulan Dell bercuti lama di kampung. Tema 'goodies' sepupu ini ialah 'telur di dalam sangkar'.
| Telur masin diletakkan di dalam kuih sarang semut |
| Diletakkan berhati-hati di dalam kotak kerana takut kotak koyak atau kuih sarang semut tu pecah |
Pada hari persandingan sepupu, berpeluanglah kami berjumpa dengan sepupu-sepupu yang lain. Dell suka melihat dengan pelamin sepupu ini. Kecil dan ringkas. Sudah lama Dell mengikuti pelamin dari Andaman Sue di facebook. Tidak dinafikan Dell memang berkenan dengan sentuhan halus dari Andaman Sue ini. Menu dari Katering Zul memang sedap. Pulut Kuning yang tok busu buat juga sedap.
| Bersama salah seorang sepupu Dell iaitu Liyana. |
Salah seorang anak sepupu, namanya, Mya. Comelkan Mya bertudung?
|
![]() |
| Inilah pengantinnya, semoga kekal berbahagia hingga ke syurga. |
Dell sebenarnya jarang nak berkongsi atau komen tentang politik walaupun Dell biasa dengar pendapat dari pelbagai pihak, dari pembacaan atau apa-apa video yang ditonton. Tetapi setelah menonton satu video ini, Dell terpanggil untuk berkongsi pendapat.
Serius Dell mengatakan pengibaran bendera 'Sang Saka' ini sudah melampaui batas. Tambahan pula ketika Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said sedang berpuisi dikepit pula dengan si Adam Adli yang pada pandangan Dell tidak boleh dijadikan contoh kepada mahasiswa.
Benar, memang ada sesetengah perkara yang dilakukan oleh pihak kerajaan ada yang kita tidak setuju TETAPI ini tidak bermakna kita sanggup tukar bendera negara kita!
Dengan masalah generasi zaman kini yang mungkin ramai cetek ilmu sejarah mereka, ditakuti mereka akan keliru dengan identiti dan jati diri mereka jika tersalah memberi sebarang maklumat. Tak sayangkah kita dengan generasi kita ini?
Apa-apa pun, Dell kagum dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh seorang lelaki di dalam video ini, yang berani merampas dan menurunkan bendera 'Sang Saka Malaya' di hadapan orang ramai secara berseorangan sambil mengatakan, "Ini bukan bendera Malaysia! Itu bendera Malaysia!"
Jika kamu fikir akan sensitifnya kamu tentang sesuatu dan ingin memberontak untuk mengeluarkan isi hati kamu dengan melakukan perkara-perkara sebegini, ingatlah mereka yang di luar sana jauh lebih sensitif daripada kamu. Jangan sampai terlalu ikutkan hati dan rasa itu akan menyebabkan perhimpunan, rusuhan, pemberontakan dan lebih teruk iaitu peperangan. Pepatah Melayu sudah lama terpahat, "Jangan ikutkan hati, nanti mati. Jangan ikut rasa, nanti binasa." Ingatlah!
| Power Magnetic Posture Sport - Dr. Jack Levine |
Orang sibuk berhari raya, Dell membeli baju kesihatan tulang belakang ini pada 12 Ogos 2013. Dell ternampak iklan mengenai baju ini di facebook dan terus membelinya secara talian. Esoknya, barangan sudah sampai di tangan Dell.
Dell tertarik dengan kegunaan baju ini untuk membetulkan postur badan kita supaya tulang belakang tidak membongkok. Tambahan pula, baju ini mempunyai 12 magnet yang terletak betul-betul di tulang belakang kita berfungsi supaya pengaliran darah berjalan dengan baik.
Dell sangat berpuas hati dengan baju ini kerana ianya benar-benar membuatkan Dell tidak membongkok ketika membuat apa-apa pekerjaan terutamanya ketika Dell menaip laptop. Mula-mula pakai memang terasa lenguh tetapi lama-kelamaan Dell tidak merasa apa-apa ketika memakainya.
Dell tidak rasa rugi membelinya walaupun harganya agak mahal. Ianya penting dalam membentuk penampilan kita. Lagipun, kesan daripada postur yang salah akan menyebabkan kita sakit kepala, kadar pernafasan berkurangan, keletihan/mudah lesu, membuatkan kita kelihatan lebih tua, sakit belakang, sakit pinggang dan membuatkan kita membongkok.
Dell sarankan elok anda semua mencuba produk ini. Yang penting, beli yang original. Percayalah, anda tidak akan menyesal memakainya. :)
![]() |
| Pokok Bunga Tenggek Burung? |
Setelah sepuluh tahun pokok ini berada di depan rumah Dell di kampung, ianya sepi di situ tiada siapa pun yang pandang. Sehinggalah pada hari raya pertama baru-baru ini, salah seorang saudara memberitahu mama Dell yang dia sangat tertarik dengan pokok bunga ini. Katanya, bunga di pokok ini bentuknya seperti burung. Setelah itu barulah kami semua perasan, memang benar bentuk bunganya seperti burung.
Mama Dell memberitahu bahawa setiap pagi mesti burung-burung yang kecil akan bertenggek di atas bunga tersebut untuk menghisap madu. Dell cuba mencari nama pokok ini di internet, malangnya tidak berjumpa. Nak kata namanya Pokok Tenggek Burung... seolah-olahnya bukan. Ini kerana pokok yang bernama Pokok Tenggek Burung, daunnya digunakan untuk ulam-ulaman.
Dell sedang mencari cara bagaimana hendak membiakkan pokok ini. Dell membayangkan menanam pokok bunga ini disekeliling pagar di depan rumah. Sudah pasti selepas itu, setiap pagi akan bertambah riuh bunyi burung bercicip di depan rumah.
Sebenarnya, pokok ini diberi oleh seseorang kepada mama Dell sepuluh tahun yang dulu. Orangnya pun dah tak tahu di mana. Oleh sebab itu, mama Dell tidak tahu bagaimana hendak membiakkannya. Jika ada sesiapa yang membaca artikel ini dan tahu bagaimana hendak membiakkannya, sila kongsikan ya! :)
| NurQistina Batrisyia |
| Tongkat Gujerat |
Pedang Gujerat ini dibeli oleh pakcik untuk atok Dell. Dell tertarik dengan tongkat ini kerana selalu melihatnya di dalam filem tamil atau hindustan tentang kisah zaman raja mereka. Di dalam tongkat ini ada sebilah pedang. Pedang ini yang menyebabkan tongkat ini berat. Hulu tongkat ini pun cantik dengan ukiran emas. Cubalah mencari tongkat ini di kedai barangan antik. Semoga berjumpa. :).
Hampir-hampir Dell terlupa dengan tarikh ulang tahun kelahiran atok yang ke-80 pada 4 Ogos 2013 yang lalu. Kiranya Dell bernasib baik pulang berhari raya ke kampung awal pada tahun ini. Dapatlah kami sambut. Secara senyap-senyap, Dell dan mama belikan atok kek harijadi. Dell memilih Chocolate Cheese Cake.
| Chocolate Cheese Cake |
Kami menghidangkan kek tersebut setelah atok pulang dari solat terawih. Dia pun tak teringat agaknya hari itu ulang tahun kelahirannya. Terkejut sebenarnya dia waktu itu.
| Upacara memotong kek |
| Mujur atok tak menangis... hihi... |
| Nampak sungguh menyelerakan! |
Kek ini sungguh sedap. Siap ada potongan kecil kacang gajus diselitkan di dalam kek ini. Sedap dimakan ketika sejuk. Terasa sungguh berpuas hati membeli kek di Kedai Milky, Kluang ini. Harga pun berpatutan. Atok pun makan banyak potongan kek ini. Sekali-sekala menyambut harijadi ini, seronok juga. :)
| Novel HAMKA |
Hari raya kedua, Dell sekeluarga pergi berhari raya di rumah tok saudara Dell bersama pakcik sekeluarga. Kami dihidangkan dengan mihun soto. Apalagi, memang Dell menambah makan sebanyak dua pinggan! Hehehe... nak buat macam mana... menu kegemaran...
Seperti biasa, setelah selesai menjamu menu yang berat-berat, Dell akan mengadap balang-balang biskut raya. Sedang Dell makan biskut raya bersama sepupu, tok busu Ahmad menceritakan tentang sebuah novel yang paling bagus dia pernah baca seumur hidupnya. Dell tertanya-tanya juga novel siapa yang dia katakan itu?
Lantas, dia masuk ke dalam biliknya dan memberi Dell sebuah buku lama cetakan tahun 1961 tulisan HAMKA bertajuk 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'. Terkejut juga tiba-tiba tok saudara memberi Dell buku tersebut dan meminta Dell membacanya dengan perlahan-lahan serta menjiwainya. Bukan mudah untuk membaca novel ini kerana ejaannya sangat berbeza dengan sebutan kita memandangkan buku ini adalah cetakan asli dari Indonesia.
Bukan senang atok saudara Dell ini hendak memberi barangan kepunyaannya kerana dia merupakan orang yang sangat cermat. Dia pun meminta Dell menjaga buku ini baik-baik. Dengan berhati-hati Dell membuka buku ini kerana kertasnya sudah usang dan ditakuti rosak.
Setelah mendengar cerita daripada atok saudara Dell ini, Dell memang teringin nak membaca novel ini walaupun mungkin terpaksa merangkak-rangkak. Insya-Allah, Dell akan membaca novel ini setelah pulang ke kota nanti.
| Bersiap-siap untuk berkonvoi ke Pontian, kampung Moyang |
Untung Dell pada tahun ini. Kain baju raya ini merupakan hadiah daripada makcik Dell, Dell hanya perlu hantarnya ke tukang jahit. Manakala, tudung ini pula merupakan hadiah daripada ibu kepada salah sebuah keluarga yang Dell ajar tuisyen anak-anaknya. Merasalah Dell memakai Tudung Fareeda, nak beli mahal. Kebetulan pula 'matching' dengan baju Dell. Dan kebetulan juga, baju raya mama Dell berwarna merah. Maka dapatlah kami sedondon semasa berhari raya tempoh hari.
| Bergambar dulu sebelum berkonvoi. Tak cukup korum ini sebenarnya... |
Kami sekeluarga memang sudah rancang untuk pulang ke Pontian, rumah moyang pada hari raya ketiga. Sementelah, adik-beradik dan saudara-mara atok berada di sana. Pontian merupakan destinasi wajib bagi kami kerana atok hendak menziarahi kubur arwah ibu dan bapanya di sana. Selepas itu, kami ke Kulai pula menziarahi saudara yang lain.
| Uncle Joe dan Achik Lina |
Pada petang hari raya pertama, Dell berkesempatan singgah beraya di rumah atok saudara Dell ini. Rumahnya tak jauh dari rumah Dell. Mesti ada yang tertanya-tanya, mengapa panggil atok saudara dengan panggilan uncle dan achik? Sebenarnya, umur mereka ini tak jauh beza dengan mama Dell. Kalau panggil atok, terasa pula tua, kan? Hehehe...
| Inilah ketupat periuk kera... |
Rezeki Dell bertandang di rumah mereka pada hari itu, kebetulan anaknya yang sulung pulang pada petang tersebut. Mereka membawa juadah dari rumah mak mertua. Ikutkan mereka kata nak pulang pada hari raya kedua. Dapatlah Dell merasa ketupat ini. Selama ini hanya melihatnya di kaca televisyen. Susah nak jumpa ketupat ini.
Ketupat ini diperbuat daripada pulut. Rasanya lebih sedap daripada lemang. Lembut dan tidak padat sangat. Dimakan pula dengan rendang daging. Pergh, memang meletup!
Selesai makan menu yang berat-berat, Dell merasa biskut raya pula. Kali ini, Dell merasa makan biskut Bangkit Keju. Maklumlah, kali pertama jumpa biskut ini.
Rasanya memang jauh berbeza dengan biskut bangkit biasa. Lembut dan rapuh. Paling tidak, rasanya sangat creamy... Jakon sekejap. Hehehe...
Selesai makan menu yang berat-berat, Dell merasa biskut raya pula. Kali ini, Dell merasa makan biskut Bangkit Keju. Maklumlah, kali pertama jumpa biskut ini.
![]() |
| Biskut Bangkit Keju... |
| Menunggu tetamu sambil menjawab ucapan raya... hehehe.... |
Hampir sebulan Dell menyepikan diri setelah Hari Raya Aidilfitri menjelma. Sibuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di kampung. Hehehe...
Kepulangan Dell ke kampung kali ini, Dell banyak menemani mama Dell keluar membeli-belah barangan selain kerap pergi ke bazar Ramadan sekitar Kluang. Maklumlah, Dell balik awal iaitu seminggu sebelum raya.
Di malam raya, Dell sudah menikmati juadah nasi impit, rendang daging dan sambal kacang. Juadah kegemaran Dell sejak dulu sehingga kini. Raya kali ini, Dell hanya membuat satu sahaja biskut raya kegemaran Dell iaitu Cornflakes Madu. Ingatkan Dell nak buat biskut Sugi tapi memandangkan biskut raya yang dibeli oleh Dell dan mama Dell ada beberapa jenis, ditakuti membazir. Dan benar, rezeki kali ini melimpah ruah, ada pula saudara-mara yang datang memberi kami beberapa jenis biskut raya, kek dan kerepek.
| Biskut Cornflakes Madu, biskut kegemaran Dell... |
| Antara biskut raya yang dihidangkan selain kerepek... |
Juadah di rumah Dell pada hari raya pertama ialah nasi impit, ketupat, rendang daging, sambal kacang, ayam masak kurma dan sambal jawa. Di pagi raya, seperti biasa Dell akan menukar dulang sesama jiran terdekat (bertukar juadah). Sambil-sambil tu, Dell beraya sekali. Soalan yang popular Dell kena jawab ialah "Bila habis belajar?" dan "Bila nak kahwin?" Fuhhh...
Selepas sembahyang raya, saudara-mara terdekat datang berhari raya di rumah Dell. Sebelah petang, Dell pergi pula ke rumah mereka. Sebelah malam, Dell berehat sambil menonton televisyen. Dell menunggu kepulangan keluarga pakcik pada hari raya kedua.
![]() |
| Salam Aidilfitri |
Salam Ramadan buat semua kenalan, sahabat-handai serta saudara mara jauh dan dekat yang mengenali diri ini. Sempena hari raya yang akan menjelang tak lama lagi, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan selama ini. Semoga raya pada kali ini memberi hikmah kepada kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!


















