Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Setelah berfikir dan bertanyakan pendapat daripada beberapa orang yang rapat dengan Dell, akhirnya Dell mengambil keputusan untuk berhenti mengajar tuisyen di Pusat Tuisyen tersebut. Cukuplah buat masa ni Dell mengajar anak-anak kawan dari dua buah keluarga. Ada beberapa sebab mengapa Dell perlu meninggalkan terus pusat tuisyen terbabit. Ianya berkaitan dengan prinsip Dell, ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Pada mulanya, Dell bersetuju mengajar di situ walaupun jauh dan terpaksa melalui dua tol beserta kesesakan lalu lintas kerana ingin membantu pusat tuisyen orang Melayu kita tetapi ada beberapa perkara yang Dell tidak berkenan.

  1. Pengetua pusat tuisyen tersebut suka cakap berbelit-belit. Dalam telefon cakap lain, bila berjumpa cakap lain. Perjanjiannya sentiasa berubah-ubah terutama dari segi pembayaran upah.
  2. Pengurusan tidak teratur dan kelam-kabut. Kelas sentiasa berubah sehinggakan cikgu dan pelajar tak tahu nak masuk kelas yang mana satu.
  3. Subjek yang perlu diajar juga berubah-ubah. Seolah-olah, dek kerana tiada cikgu yang sesuai, dia menyuruh kita ganti. Dah dapat guru yang sesuai, diminta ajar lain pula (terasa dipergunakan sebab asal perjanjian bukan sebegitu).
Setelah keputusan dibuat antara Dell dan pengetua pusat tuisyen tersebut pada hari Isnin baru-baru ni (peletakan jawatanku), tiba-tiba Dell menerima banyak miss call dari pusat tuisyen terbabit dan satu sms meminta Dell datang mengajar esok kerana guru yang sepatutnya mengajar tu tak ada esok. Dell menghantar satu sms ringkas beserta alasan untuk mengelakkan diri dari datang terus ke tempat itu. 


NOTA :
Satu hadis Nabi s.a.w yang direkodkan dalam Sahih al-Bukhari iaitu "Orang mukmin tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang".

Maksudnya di sini : Setiap orang yang beriman perlu sentiasa peka dan tidak alpa sehingga boleh mengulangi kesilapan yang sama. Orang mukmin seharusnya bijak dan pandai membuat keputusan yang kedua sekiranya keputusan pertama tersasar.

Bahasa mudahnya : KITA DAH TAHU LUBANG ITU ADA ULAR YANG PATUK KITA... JANGAN HULUR TANGAN LAGI.




Pesta Buku Malaysia 2013 akan diadakan pada 30 Januari - 3 Februari 2013 di PWTC. Dell masih menunggu Baucer Buku 1 Malaysia untuk membeli buku-buku yang dihajati. Almaklumlah, dapat RM250 tu...  Dell sangat bersyukur kerana pengajian Dell pada kali ini ditaja hampir 100%. 

  1. Buku dibeli dengan Baucer Buku 1 Malaysia, RM200 untuk semester lepas dan akan dapat RM250 pula untuk semester ini.
  2. Menunggu Kad Diskaun 1 Malaysia untuk mendapatkan diskaun ketika membeli-belah dan bercuti.
  3. Penyelidikan diclaim melalui geran penyelidikan supervisor.
  4. Pengajian pula ditaja oleh KPT.

NOTA :
Dah lama tak baca novel. Baru selesai baca novel 'Doa untuk Aku' oleh Bahruddin Bekri. Kalau tengah tensen baca novel ni, mesti terkekek-kekek ketawa. Kali ni, nak  agihkan peruntukan sikit duit untuk membeli novel.
Setelah sejam kami berehat di Masjid Sultan, kami memulakan perjalanan dengan melawat di sekitar perkampungan Glam. Kami tertarik dengan seni binaan lama bangunan di sini. Tersusun, kemas dan semestinya bersih. Bangunan ini terletak di belakang Masjid Sultan sahaja.




Pelbagai kedai ada di sini termasuk restoren. Semuanya tersusun dan kemas walaupun ada beberapa barangan dipamerkan di luar kedai.


BACA : 
Selepas kami membeli tiket pelancong tu, kami terus naik MRT ke Bugis. Perkara pertama yang kami cari di sana adalah masjid. Maklumlah, kami semua kan musafir. Masjidlah merupakan tempat pertama kami perlu pergi. Di sana kami boleh berehat sebentar sebelum kami memulakan perjalanan kami. Almaklumlah, check-in hotel lambat lagi iaitu pada pukul 2.00 petang. Masjid yang kami jumpa di sana adalah Masjid Sultan. 

Cantikkan masjid ni. Masjid ini merupakan masjid tertua di sini. Terletak di Kampung Glam. Nak tahu lebih lanjut tentang masjid ni boleh baca di sini : Masjid Sultan

Tandas di sini sangat bersih, selesa dan wangi. Terasa sangat segar setelah kami mengambil air wuduk. Kami berkesempatan solat di sini. Dek kerana keselesaan masjid ni, kami tak sedar tertidur sekejap di sini selepas solat. 

Pandangan luar masjid.


Ini ruangan solat untuk lelaki.

Ini pula ruangan solat untuk wanita di tingkat atas.

Bilah kipasnya sangat menarik perhatian kami.

Penerangan mengenai apa itu Islam terdapat di pintu masuk masjid untuk para pengunjung.

Selepas sejam kami berada di sini, kami pun memulakan perjalanan JALAN-JALAN CARI MAKAN. 


Baca
Perkara pertama yang kami buat selepas melalui Imigresen ialah mencari tandas. Maklumlah, selepas subuh sampai... kami masih dalam mood 'mamai' lagi. Tandas di sini memang tiada paip ya. Jadi, silalah bersedia dengan botol mineral kecil untuk mencuci ya. 

Mula-mula kami semua mencari bas ke Woodlands MRT Station untuk membeli tiket khas untuk pelancong yang tinggal beberapa hari di sana. Kita boleh menggunakan tiket ini untuk menaiki MRT dan bas sepanjang hari kita di sana. Gunalah sebanyak mana kita nak guna selagi belum tamat tempoh. Harga tiket untuk 3 hari kami di sana hanya 20 SGD dan mereka akan mengambil 10SGD kita sebagai deposit dan akan dipulangkan semula setelah kad tiket tersebut dipulangkan sebelum tamat tempoh. Bermakna, kita kena bayar 30SGD dulu.

Basnya sangat selesa dan kemas. 

Rupa-rupanya kami terpaksa naik MRT ke Ang Mo Kio MRT Station untuk membeli tiket tersebut. 

Pengguna MRT di sini semuanya berdisiplin. Kita tak akan jumpa orang bertolak-tolak di sini. Ekskulator di sini pun sangat laju berbanding di Malaysia. Staf yang menjaga kawasan di sini pun ramai, kira senang jika kita ingin bertanya.

Lagi satu, keselamatan di landasan amat terjaga. Kiranya kalau ada sesiapa yang ingin terjun di landasan, memang tak lepas. Semua landasan ada pintu kedua. Maknanya, selepas pintu MRT terbuka, baru pintu kedua terbuka. Jadi, sesiapa yang berangan nak BUNUH DIRI dengan terjun landasan di sini, LUPAkan sahaja ya!


Akhirnya, perancangan kami untuk ke Singapura tercapai pada malam 21 Januari 2013. Dell pergi ke sana bersama seorang sepupu dan tiga lagi orang kawan. Kali pertama Dell ke melancong di luar negara tanpa menggunakan agen. Kami buat Backpacker Trip. Ini idea sepupu Dell, si Masittah. Lebih mencabar katanya. Lagi satu cara begini dapat menjimatkan kos! Mat Salleh selalu guna cara melancong begini. Untuk melancong cara begini, kita kena kaji peta negara tersebut, banyakkan membaca mengenai negara tersebut dan perlu membuat banyak rujukan sebelum sampai di sana. Kalau tak, susah pula nanti.

Dah lama Dell tak menaiki pengangkutan awam ni terutamanya LRT dan komuter. Petang tu, Dell lepak dulu di rumah Mas di Bangsar kerana dekat dengan KL Sentral. Kami semua akan menaiki kereta api ke Singapura pada pukul 11.00 malam. 

LRT Bangsar

Pada awalnya, ada dua cadangan pengangkutan yang mereka nak guna... kereta api atau kapal terbang. Dell memilih kereta api kerana teringin nak naik. Kali terakhir Dell menaiki kereta api adalah ketika Dell berusia 9 tahun. Itupun hanya ke KL dari Kluang, Johor. 

Kami memilih katil, senang nak tidur. Lagipun, Dell teringin nak rasa tidur atas katil dalam kereta api ni. Jakun la katakan... hehehe... Dalam gerabak katil ni memang sangat selesa. Dell memilih katil di tingkat bawah walaupun mahal sedikit dari katil tingkat atas, takut gayat... Hehe..

Akhirnya pada pukul 7 pagi, kami tiba di Stesen Kereta Api Singapura.

Baca : Ketika Menjejakkan Kaki di Singapura - Bhgn. 2
Semalam Dell berpeluang masuk ke kebun durian kawan di Tampin, Negeri Sembilan. Tahun 2007 ketika Dell bekerja di RMC, pernah pergi sekali di sana. Masa tu meriah sangat-sangat sebab ramai kawan sekerja yang join masa tu. Kiranya PESTA DURIAN waktu tu! Tapi kali ni, pokok duriannya dah tak berbuah lebat seperti dulu. Sungguh pun begitu, buah durian yang dikutip masih berguni-guni banyaknya. :)

Ini baru beberapa longgok yang diambil di belakang rumah, belum lagi ambil buah durian yang gugur di kebun.  

Jangan tak percaya, ya! Dell pandai kopek durian tau!

Tadaa... kuningkan isinya? Memang sedap!

Puas Dell makan durian semalam dan hari ini. Pelbagai rasa. Kiranya dah tak kempunan la. Apa-apa pun terima kasih kepada empunya kebun kerana sudi ajak Dell makan sepuas-puasnya durian di situ. Semoga mereka dilapangkan rezeki dunia dan akhirat. Amin...
Masih ramai yang bertanya kepada Dell, "Bila nak tukar kereta baru?". Yang pastinya, yang bertanya itu bukanlah Penjual Kereta. Kadang-kala, Dell tidak faham mengapa soalan itu ditanya kepada orang yang sedang melanjutkan pelajaran. Apa-apa pun, ini terpulang kepada individu masing-masing bahagia tu terletak di mana. Kalau diikutkan hati, boleh je Dell tukar kereta lain tapi Dell sayang duit. Sebab kereta kancil Dell ni jimat minyak dan maintenancenya murah. Dah 6 tahun Dell guna kancil ni, lagi tiga tahun habislah loan kereta ni.

Lebih elok duit yang berlebihan itu dibuat simpanan. Dell memang dah buat keputusan tak akan menjual kereta kancil ni walaupun dah habis loannya. Dell akan simpan kereta ini di kampung sekiranya Dell membeli kereta yang baru nanti. 

NOTA :
Lebih baik memikirkan bagaimana hendak memiliki rumah atau tanah sebagai aset... betul tak?
Hari Khamis lepas, pengetua di pusat tuisyen Dell meminta persetujuan Dell untuk mengajar pelajar-pelajar tingkatan 3 kerana guru yang sepatutnya mengajar (kerana beliau merupakan seorang guru penanda kertas soalan peperiksaan besar sekolah) tidak mahu mengajar pelajar menengah rendah. Alasannya ialah beliau merupakan guru tingkatan 6 dan tidak reti hendak mengajar pelajar level bawah. Sedangkan pusat tuisyen mengharapkan pengalamannya itu dikongsi dengan pelajar-pelajar tersebut.

TERUS TERANG Dell kata Dell tidak suka alasan ini!

Kalau diikutkan, Dell ni mempunyai pengalaman mengajar subjek BM untuk pelajar Diploma sebelum ni dan Dell berkelulusan tinggi tetapi Dell sanggup mengajar pelajar Tahun 1 yang tidak tahu membaca! Ini yang Dell sedang lakukan. Kini Dell mengajar BM untuk pelajar dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5. Bukannya TARAF Dell jatuh pun jika mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah. 

Kepandaian dan kecerdikan Dell tidak akan terjejas dengan mengajar mereka. Malah mereka kagum dengan kita dan ingin menjadikan kita sebagai idola mereka untuk berjaya. Dell nampak semangat mereka tu apabila soalan-soalan yang mereka tuju kepada Dell berkaitan dengan kehidupan di universiti dan alam pekerjaan walaupun mereka masih kecil. Sudah menjadi lumrah Dell akan mendedahkan mereka ni sedikit dengan ilmu luar agar mereka tahu untuk mempraktikkannya dalam kehidupan harian dan panduan untuk mereka nanti di luar sana. Setiap kali mengajar mesti Dell akan kaitkan pengajaran pada hari itu dengan hal di luar agar fikiran mereka lebih terbuka dan dapat berfikir, bukan setakat menghafal semata-mata. 

Dell berharap jangan ada ramai yang berfikiran seperti ini nanti.

NOTA :
Beberapa tahun lepas, Dell pernah berpengalaman mengajar pelajar Cina darjah 6 yang bersekolah SJKC, hanya bercakap bahasa Melayu dengan Dell sahaja. Pencapaiannya agak lemah kerana markahnya dalam 50% sahaja. Bayangkan, Dell mengajar seseorang pelajar yang TIDAK TAHU apa itu air sirap dan kosa kata Melayunya yang sangat terhad! Alhamdulillah, dia dapat 7A dalam UPSR untuk kesemua subjek terutamanya subjek BM. 

Disebabkan dia rajin dan ikut segala tunjuk ajar Dell, keputusan BM dia semakin meningkat. Dari 50% ke 60% sehinggalah statik 80% ke atas. Kalah pelajar Melayu kalau dibandingkan penulisan BM dia sekarang ni. Maknanya, jika kita betul-betul ikhlas mengajar, insya-Allah perkara yang susah akan menjadi mudah dengan syarat memang kena banyak SABAR.
Setelah berhempas-pulas menyiapkan segala tugasan yang diberi serta menjawab soalan peperiksaan akhir awal bulan tempoh hari, akhirnya hari ini Dell tersenyum puas melihat keputusan peperiksaan semester ni. Alhamdulillah... segala kegusaran dihati hilang begitu sahaja. Lega rasanya. Dell harap keputusan sebegini berterusan sehingga tamatnya pengajian Dell nanti walaupun sebenarnya TESIS yang penting tetapi keputusan peperiksaan untuk subjek juga penting untuk menaikkan semangat dan motivasi Dell sebagai seorang siswazah. Chaiyok2!
Mula-mula mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah ni kalau tak kuat iman, maunya Dell rasa macam nak marah atau merajuk je dengan karenah-karenah mereka ni. Yang bisingnya lain, yang suka mengarut atau pun bermulut celupar. Tapi, memang kena tabahkan hati. Dell seboleh-bolehnya menahan diri dari menyumpah walaupun marah kerana cikgu Dell pernah berkata sumpah ibu dan guru selalunya makbul... takut nanti tak menjadi mereka nanti. Itu yang Dell pegang sehingga kini. Alhamdulillah setelah Dell bersabar selama dua minggu, mereka memberi respon yang sangat positif dan nak Dell mengajar dengan menambah jam mengajar. Kadang-kala, Dell tergelak juga dengan karenah mereka ni. 

1. Kenapa cikgu tak jadi artis?
Terkejut pula tadi tiba-tiba salah seorang anak murid berkata, "Nape cikgu tak jadi artis? Suara cikgu sedap la masa nyanyi lagu tu..." (gara-gara Dell menyanyi lagu Tanya sama Pokok  dan Jong-jong Inai pada minggu lepas). Dell tersenyum je mendengar soalan tu. Dan hari ini, Dell menyanyi lagu Burung Kenek-kenek dan Timang Tinggi-tinggi pula. Alhamdulillah, mereka semakin ingat perbezaan Dua Suku Kata dan Tiga Suku Kata.

2. Kenapa cikgu selalu pakai tudung yang sama?
La... rupa-rupanya mereka ni alert dengan pemakaian Dell. Sampai pakai tudung yang sama pun boleh ditegurnya. Maka, berkatalah salah satu murid, "Saya suka tengok cara cikgu pakai tudung pink tu, tengok saya pun pakai pin macam cikgu pakai sebab cantik!" katanya sambil menunjuk ke arah pin yang dipakainya di belakang tudung. Sekali lagi Dell tersengih. Dalam hati, 'Nampak gayanya aku terpaksa jangok la datang ke pusat tuisyen selepas ni...'

3. TONY BUZAN
"Cikgu, saya tak sempat lagilah nak cari tentang Tony Buzan tu kat internet." Terkejut juga Dell. Tak sangka budak ni masih ingat nama ni sedangkan dia ni nampak macam kurang berminat je nak belajar pada peringkat awalnya sebab BM ni senang katanya. Dia antara murid yang seolah-olah tak suka teknik Dell mengajar dengan cara PETA MINDA pada awal kelas dulu. 

Akhir sekali keempat-empat kelas pada minggu ini, kebanyakan anak murid bertanya... "Cikgu, nape kelas ni cepat sangat habis?". Dell tersenyum dengan penuh makna... :)





Syukur kerana tengahari tadi, meja belajar yang dah lama terkopak dapat dibaiki semula. Dell tahu ianya dapat digunakan semula suatu hari nanti jika dibaiki. Mujur tak dibuang sebelum ni.  Dell berhasrat untuk menjadikan bilik kecil di belakang sebagai pejabat kecil yang dipenuhi dengan rak buku. Ni pun, Dell dok kemas dokumen-dokumen penting disusun di dalam fail. Nasib Dell bertambah baik kerana ada seseorang yang sudi memberi beberapa buah fail terpakai untuk Dell. Jimat kos. 

Asalnya dulu bilik kecil tu dijadikan bilik stor. Tetapi Dell rasa tak gembira masuk ke dalam bilik tu ketika ambil barang. Banyak barang yang Dell perlu susun semula dan ada juga barang yang perlu dibuang. Kalau ada rezeki kemungkinan dapat kabinet. Tapi buat sementara ni, Dell nak susun elok-elok. Tapi tulah, letak dalam kotak tak semestinya elok kerana ada tu berkulat pula di dalamnya. Nak beli kotak plastik yang besar, mahal pula. Rak buku berpintu satu Dell pun rosak kena kulapok. Tapi takpe, Dell boleh cat setelah dibersihkan. Tak sabar hendak menyiapkan bilik ni! Gambatte!
Ingat tak Dell ada cerita tentang supplement yang Dell makan di artikel sebelum ni? Bagi yang terlupa boleh baca di sini Membeli-belah tak ingat. Ini Dell kongsikan dulu kelebihan Vitamin C dan Kolegen yang Dell ambil. Tentang Virgin Coconut Oil (VCO), Buah Zuriat dan Madu... kemudian ya. ;)


Vitamin C 1000mg


Ibu Kolegen Gred AAA (masak sendiri ya)


VITAMIN C
  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
  • Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 
  • Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 
  • KEKURANGAN
    Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
    -Lemah badan.
    -Sakit-sakit dan sengal badan.
    -Bengkak gusi.
    -Hidung berdarah.
    -Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
    -Anemia

KOLAGEN
  • Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi.
  • Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.
  • Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
  • Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Sebelum ini, Dell selalu bermimpi untuk berjumpa dengan PakNgah kerana Dell suka lagu-lagu yang beliau cipta dalam genre tradisional. Tak sangka mimpi jadi kenyataan! :)

Seminggu sebelum Majlis Makan Malam Penyampaian Sijil Swatari 2011 berlangsung, Dell menerima panggilan daripada anak PakNgah yang menyatakan bahawa Dell antara 10 orang sahabat FB PakNgah yang bertuah terpilih untuk menyertai majlis makan malam tersebut. Apalagi... pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya! Tema majlis yang benar-benar membuatkan Dell rasa teruja ialah BOLLYWOOD!!! Dell memang dah lama berangan-angan untuk menghadiri majlis sebegini sejak sekolah menengah lagi.

Kelam kabut Dell mencari baju ala-ala Bollywood dalam masa seminggu. Mujur Dell ada kawan yang merupakan India Muslim dan mereka sudah biasa dengan pakaian Sari dan Punjabi. Disebabkan badan Dell terlalu kecil untuk memakai baju Punjabi, akhirnya mereka memakaikan Dell SARI!

Maka pada 1 Oktober 2011, bermulalah majlis tersebut di Dewan Sentrum Setiawangsa.  Antara gambar-gambar yang sempat Dell ambil.

Bersama Dato' Suhaimi Mohd. Zain (PakNgah)

Bersama Normala Omar

En. Zulkifli Zain

Bersama Zizie Zulkifli

Acara di dalam majlis makan malam tersebut sangat HEBAT dengan tarian dan nyanyian BOLLYWOOD oleh anak-anak SWATARI. Inilah antara majlis makan malam yang paling BERTENAGA dan MERIAH yang Dell pernah pergi. Sebelum majlis berakhir, PakNgah membuat satu kejutan besar kepada kami (sepuluh peminat FB PakNgah) dengan memanggil nama kami naik ke atas pentas untuk menerima canderahati (yang Dell pegang dalam gambar tu). Dell berharap dapat pergi lagi majlis makan malam sebegini pada masa akan datang. :)
















Dah lama Dell tidak menjejakkan kaki di Central Market (CM) ni. Dulu semasa Dell kanak-kanak ribena (sewaktu belajar BA), hampir setiap bulan turun kawasan ini dengan kawan-kawan. Pada 18 Jun 2011, Dell berpeluang ke sini semula setelah diajak oleh Dr. Fazilah Husin untuk menemaninya ke situ. Banyak betul perubahan di CM ni, nampak lebih menarik. Sebenarnya ada satu program yang menarik diadakan di sini iaitu Program Pelancaran Buku Zahiril dan Ayam Fared.

 Sharifah Amani
 Shera Ayob, Pengacara atau hos Wanita Hari Ini (WHI)
Zahiril Adzim

Mereka bertiga ni peramah dan sudi melayan peminat yang datang. Ada beberapa pameran buku dan kraftangan turut diadakan di sini. Agak menarik! :)
Pada tahun 2007, ketika Dell bertugas di RMC... Dell berpeluang untuk menjadi AJK untuk bahagian makanan di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2007. Sebenarnya, Dell tidak sangka akan deal dengan pemilik syarikat katering iaitu Farit Ismeth Emir (Pembaca Berita di RTM) yang bekerjasama dengan pihak kami. Bagus cara beliau membantu menangani masalah yang berlaku ketika majlis berlangsung.








~Bersama Prof. Dr. Awang Sariyan - Ceramah "Perkembangan Pengajian Melayu di China" pada 29 September 2011 (Khamis) di Dewan Kuliah Za'ba, FBMK UPM, jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari~

Beberapa hari sebelum ceramah ini berlangsung di fakulti Dell, Dell menerima satu panggilan daripada Dr. Kamariah Kamaruddin sekiranya Dell sudi untuk membantunya sebagai ahli jawatankuasa kecil. Dell memang teruja mendapat offer tersebut kerana Dell sudah lama teringin hendak berjumpa dengan Prof ni memandangkan sejak STPM Dell menggunakan buku tulisannya sebagai rujukan. 

Beliau pernah mengajar di FBMK sekejap sebelum ke Beijing, China. Waktu tu, Dell tak sempat belajar dengan beliau. Ketika Dell sambung MA, tempat beliau diganti oleh Prof. Dr. Hashim Musa (penulis buku Tatabahasa Dewan).

Menerima penggilan daripada beliau pada pagi hari ceramah tu membuatkan Dell terasa gembira sebab tak sangka sebenarnya. Sebelum ini, kami hanya berhubung melalui facebook kerana Dell ingin mengetahui harga buku-bukunya untuk ditulis senarai harga untuk memudahkan jualan pada hari berkenaan. Alhamdulillah, banyak buku-bukunya terjual pada hari tersebut dengan anggaran jualan RM1000 lebih walaupun ada diskaun. :)






Kadang-kadang Dell pening dengan jadual di Pusat Tuisyen tempat Dell mengajar. Jadual sentiasa berubah. Mujur Dell memang mengajar subjek yang merupakan bidang sendiri, jadi senang Dell nak adjust di saat-saat akhir. Maklumlah, pusat ini baru sangat ditubuhkan. Masih banyak kekurangan dari segi pentadbiran. 

Semalam, Dell betul-betul tak tahu yang rupa-rupanya ada seorang pelajar Tingkatan Dua mahukan Dell mengajarnya secara one-to-one. Maknanya, setiap minggu Dell perlu mengajarnya untuk subjek BM sahaja. Dell ingatkan hanya membantunya pada minggu lepas sahaja kerana beranggapan sebagai bantu dia waktu prep. Jadi Dell tak datang untuk mengajarnya semalam, hanya datang untuk mengajar tuisyen untuk kelas. Huhu.

Pelajar di dalam kelas Dell semakin bertambah setiap minggu. Semakin tinggi bilangan pelajar, semakin Dell kena tahan dengan karenah mereka. Dell cuma mengharapkan Allah menurunkan ilham setiap kali Dell mengajar mereka. Maklumlah, pelajar zaman sekarang ni aktif tak seperti zaman dulu. Mereka banyak tanya dan suka bandingkan dengan sesuatu. Kita kena tahu bagaimana untuk menjawab. Jika tidak, mereka tak dapat ilmu yang betul dan dengan kita sekali terkeliru.

NOTA:
Ada yang bertanya, "Mengapa tidak mahu memohon KPLI? Boleh jadi cikgu terus." Jawapan Dell, Dell memang tidak berminat untuk menjadi seorang guru kerana cita-cita Dell bukan dalam profesion ini. Dell hanya mampu menjadi guru setakat guru tuisyen sahaja. Melalui guru tuisyen, Dell hanya perlu mengajar beberapa jam sahaja seminggu dan tidak terikat dengan prosedur tertentu. Yang penting, ilmu yang Dell turunkan  kepada mereka dapat diaplikasikan untuk kehidupan harian mereka di samping meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ala-ala macam dalam cerita '3 Idiots' gitu.
Dua minggu sebelum bulan Disember 2012 berakhir, Dell mendengar banyak keluhan daripada kawan-kawan yang masih menantikan surat penyambungan kontrak kerja mereka di UPM. Bimbang sekiranya tiba-tiba kontrak mereka tidak diluluskan. Sebab sudah ada kawan Dell yang sudah bekerja lebih 5 tahun tetapi kontraknya tidak diluluskan untuk tahun seterusnya. 

Walaupun mereka bersyukur kerana akhirnya beberapa hari sebelum akhir Disember 2012, mereka sudah menerima surat kontrak tersebut... namun mereka tetap bimbang apa akan jadi selepas 6 bulan kemudian. Ini kerana kontrak mereka hanya sehingga bulan 6 tahun 2013 dan Dato CUEPEC pun hanya kata bersyukur kerajaan memberi peluang renew kontrak sehingga bulan enam. Maknanya tiada jaminan selepas itu.

Kebanyakan daripada mereka mengatakan Dell beruntung kerana tidak perlu memikirkan tentang kerja dalam masa dua tahun setengah ini kerana Dell sudah ditanggung biasiswa dan elaun sara hidup yang Dell dapat melebihi nilai gaji Dell bekerja sebelum ini. Ya, Dell tidak menafikannya... Dell tidak berasa gusar menunggu surat renew kontrak seperti sebelum ini. Malah, Dell tidak berasa stress kerja seperti sebelum ini.

NOTA :
Dell pernah dijanjikan untuk diserapkan ke jawatan tetap sebelum ini tetapi janji tinggal janji. Surat KIV untuk jawatan tetap akhirnya tamat begitu sahaja walaupun ada pihak pengurusan mengatakan bahawa jawatan Dell itu penting. Disebabkan kecewa hal demikian berlaku... secara senyap-senyap, Dell sudah berusaha untuk mencari kerja lain sejak tahun 2010 lagi. Tetapi belum ada rezeki. Akhirnya pada 2012, baru Dell ditawarkan biasiswa dan tajaan penyelidikan untuk PhD Dell. Apa-apa pun, Dell rasa dihargai kerana Dell dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2011 sebelum Dell melepaskan jawatan pada tahun 2012.
Dell pernah dioffer menjadi Felo Kolej oleh salah seorang Pengetua Kolej di UPM sekiranya Dell berminat untuk menggantikan Felonya yang akan berhenti tidak lama lagi. Pada awalnya, Dell seperti berminat. Maklumlah, penginapan dan utiliti semuanya percuma. Dell dapat jimat RM500 sebulan di situ je. Dell kenal dengan Pengetua Kolej tu, baik orangnya dan sangat sporting dengan pelajar. Banyak betul perancangannya untuk aktiviti pelajar di kolejnya dan berharap Dell dapat membantunya. 

Tetapi, setelah difikirkan semula... ada beberapa faktor yang Dell terpaksa menolak untuk menjadi Felo Kolej TERUTAMAnya tiada privacy. Payah pula saudara-mara dan sahabat handai nak datang bertandang, tambahan pula Dell banyak aktiviti di luar. Tak adil pula sekiranya jarang berada di kolej sedangkan sudah ditanggung segala penginapan dan utiliti... betul tak? Tak BERKAT pula nanti jika amanah yang dijalankan tak setimpal dengan penghargaan yang diberi.

Tambahan Dell sudah selesa duduk di tempat tinggal Dell ni. Sudah 7 tahun! Di sekitar rumah Dell ada banyak kemudahan seperti Jaya Jusco, Mydin, Giant, Pasar Borong, masjid, restoren dan lain-lain.

Apa-apa pun, terpulang kepada individu itu sendiri. Dell berasa tidak selesa dengan suasana terkongkong seperti itu dan mahukan banyak masa bersendirian terutamanya ketika sedang menyiapkan tesis dan melakukan penyelidikan. :)
Tiba-tiba minggu lepas, Dell diminta mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah dari darjah 1 - 6 atas kepercayaan Pengetua Pusat Tuisyen. Sedangkan Dell lebih tertumpu kepada pelajar sekolah menengah. Kiranya menyahut cabaran la ni.

Macam-macam ragam. Kebiasaannya, Dell mengajar secara perseorangan atau berdua. Ini di dalam kelas yang majoritinya mempunyai 10 pelajar. Benar-benar menguji kesabaran menghadapi karenah mereka.

Hari Khamis lepas merupakan kelas pertama Dell mengajar pelajar Darjah 1 - 3. Pening juga hendak menyediakan modul mereka memandangkan ada yang masih tidak boleh membaca bercampur dengan mereka yang cepat tangkap pembelajarannya.

Adalah satu kebiasaan apabila pelajar Darjah 3 akan membuat mimik muka tidak puas hati ketika kita menyuruh mereka mengulangkaji pelajaran bermula Darjah 1 semula. Mereka merasakan mereka sudah pandai. 

Untuk permulaan, Dell mengajar tentang Huruf Vokal dan Huruf Konsonan. Selepas itu, baru Dell mengajar Kosa Kata Terbuka dan Kosa Kata Tertutup. Rupa-rupanya mereka masih lagi keliru pada peringkat awal. Dell suka mengajar menggunakan PETA MINDA. Mudah hendak faham. 

Selepas itu, Dell suruh mereka menyanyikan lagu yang terdapat di atas kertas salinan yang Dell beri kepada mereka. Terkejut mereka. Mereka ingat Dell suka-suka suruh menyanyi DUA lagu iaitu Tanya Sama Pokok dan Jong-jong Inai. Dell suruh mereka senaraikan perkataan yang mempunyai Dua Suku Kata Terbuka, Dua Suku Kata Tertutup dan Tiga Suku Kata Terbuka.

Ketika jam masa Dell mengajar mereka telah tamat, mereka tanya, "Cikgu hendak pergi mana? Tak ajar kami untuk subjek lain?". Dell pun menjawab, "Cikgu mengajar subjek BM sahaja, subjek lain ada cikgu lain ajar. Jumpa lagi minggu depan ya."

NOTA :
Di dalam sesebuah kelas, mesti akan ada seorang anak murid yang apabila kita melihatnya sejuk je hati walaupun dia pendiam... Mereka tak sabar nak dengar Dell bercerita untuk bahagian Sastera pada kelas yang masa akan datang. :)
Sebulan selepas Dell meletakkan jawatan di fakulti, Dell diminta membantu mengajar anak-anak kawan yang lemah dalam beberapa mata pelajaran dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Maklumlah sekarang ni, Dell mempunyai banyak masa senggang. Dell pun bersetuju daripada tidak berbuat apa-apa di rumah. Tipulah kalau Dell boleh belajar setiap masa walaupun Dell sudah tidak bekerja.

Mungkin sudah tertulis, Dell akan menjadi seorang guru tuisyen selepas berhenti kerja. Dell juga dipanggil mengajar tuisyen di pusat tuisyen untuk subjek Bahasa Melayu. 

Dah lama sebenarnya Dell tidak mengajar tuisyen ni. Kali terakhir Dell mengajar tuisyen dan menjadi tutor di institusi swasta selepas waktu bekerja ialah pada tahun 2010. Waktu itu, Dell hendak tumpukan sepenuh perhatian terhadap projek ilmiah MA agar dapat disiapkan dengan segera dan bergraduat pada tahun tersebut. Maklumlah, penat sebenarnya membuat kerja sambilan selepas waktu bekerja.

Alhamdulillah, dapat juga mengisi masa lapang dengan perkara kebaikan di samping menjana pendapatan tambahan. :)
Hari ini, Dell seharian berada di fakulti. Maklumlah, banyak betul urusan yang perlu Dell selesaikan. Pada pukul 10.00 pagi, Dell ada mesyuarat GMJ-ME. Selepas itu, Dell lari ke Pejabat Imigresen Kajang sekejap untuk  perbaharui pasport. Setelah selesai, Dell ke fakulti semula untuk mendapatkan laporan GS-11 yang telah ditandatangani oleh pensyarah yang merupakan salah seorang daripada Jawatankuasa Tesis Dell. Kemudian, Dell perlu menghantar laporan tersebut di Seksyen Siswazah Fakulti. Kebetulan ada beberapa perkara yang Dell perlu dapatkan info berkaitan dengan perjalanan Dell sebagai seorang siswazah untuk semester depan. Mudah sedikit Dell hendak membuat perancangan nanti. Sepanjang Dell berada di fakulti, Dell terserempak dengan beberapa pensyarah yang sudah lama Dell tak jumpa. Satu kebiasaan jika kami akan berhenti dan berbual sekejap. Maklumlah, masing-masing sibuk.

NOTA :
Terharu... kerana ada salah seorang pensyarah telah memberi satu bungkusan kecil kepada Dell ketika berjumpa. Beliau kata dah lama dia simpan cenderahati tu untuk diberikan kepada Dell, cuma dia terperanjat ketika dia ingin berjumpa Dell di pejabat, Dell sudah berhenti kerja secara tiba-tiba. Jadi, dia simpan bungkusan kecil tu kerana dia pasti akan berjumpa dengan Dell satu hari nanti. 

Apabila Dell membuka bungkusan kecil itu, terdapat dua brooch yang cantik. Terima kasih Dr. N. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin... :)

Walaupun Dell sudah tidak bekerja lagi di Seksyen Penyelidikan dan Inovasi di fakulti, pengalaman Dell masih lagi diperlukan oleh beberapa pensyarah di situ. Kira ianya menjadi salah satu punca rezeki Dell sebagai pendapatan tambahan. Buat masa sekarang ni, Dell membantu beberapa pensyarah memasukkan data ke dalam KM-Portal mereka. Bukan  kerana mereka tidak tahu untuk memasukkan data-data tersebut, cuma disebabkan mereka terlalu sibuk dengan urusan di pejabat dan ianya leceh tambahan pula mereka terpaksa mengejar tarikh akhir menyebabkan mereka memerlukan khidmat Dell untuk membantu mereka. Apa sahaja berkaitan dengan penyelidikan yang mereka rasa sesuai untuk meminta bantuan Dell, mereka akan menghubungi Dell. Atas kepercayaan yang diberikan oleh mereka, sangat-sangat Dell hargai. Dell bersyukur setiap kali membantu mereka, Dell mendapat ilmu pengetahuan baru. Mereka tidak pernah kedekut berkongsi ilmu mereka dengan Dell. Kebanyakannya sangat berguna bagi Dell sebagai seorang siswazah dan juga sebagai seorang penyelidik. 

Apa-apa pun, kita mestilah sentiasa berfikiran positif dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara. Chaiyok-chaiyok! :)

Hari ini Dell menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Editorial Board Global Media Journal-Malaysian Edition (GMJ-ME) untuk tahun 2013. Dell bersyukur kerana kali ini, Dell selaku pentadbir (administrator) untuk GMJ-ME dibantu oleh beberapa pensyarah FBMK untuk memantapkan lagi perjalanan pentadbiran jurnal online ini. Bukan mudah sebenarnya untuk Dell melakukan seorang diri memandangkan ada masalah dengan sistem perisian GMJ-ME. Tambahan pula, pegawai IT yang telah membina sistem tersebut telah berpindah ke tempat lain. Walaupun perjalanan jurnal ini agak lambat sedikit disebabkan masalah-masalah teknikal, kami tetap tidak berputus asa dan cuba mengatasinya sedikit demi sedikit. Target kami untuk menjadikan jurnal ini sebagai cited journal tidak padam. Kami semua memang berusaha ke arah itu. 

NOTA :
Dell berharap jurnal ini akan dapat taraf cited-journal sebelum Dell menamatkan PhD Dell. Semoga Allah permudahkan usaha kami semua. Amin.
Teruk juga ya jika kucing kita DEMAM. Inilah kali pertama dalam hidup Dell merawat kucing yang demam dalam erti kata sebenar. Maksudnya, jaga makan minumnya, bagi ubat dan lain-lain. Macam menjaga anak kecil pula.

Beberapa hari sebelum Dell menghantar Kimmy ke vet, Dell perasan yang Kimmy selalu sangat baring di atas peti ais sedangkan dia tak pernah buat macam tu sebelum ini. Suara macam serak. Lama kelamaan, dia dah tak nak dekat dengan Dell (macam bawa diri duduk jauh-jauh). Tak gigit Dell seperti biasa dan kurang makan. Dell rasa semacam bila tiba-tiba bulunya gugur teruk bila didukung. Terus Dell periksa mulut Kimmy tapi dia asyik alih mukanya dan ketap mulut, rupa-rupanya ada bau busuk di mulutnya.

Jadi, Selasa lepas Dell bawa Kimmy ke Klinik Haiwan dan Surgeri, Taman Equine untuk rawatan. Kebetulan memang Dell hendak bagi rawatan kutu dan cacing untuk Kimmy. Mula-mula, ingatkan Kimmy keracunan. Rupa-rupanya, Kimmy DEMAM.

Suhu badan Kimmy 40 darjah celcius dan mulutnya kena ulcer. Disebabkan itulah, dia tak nak makan disebabkan luka di dalam mulut. Kimmy kena makan makanan basah (wet food). Jangan terkejut ya, kos perubatan Kimmy pada hari itu berjumlah RM139, itu pun setelah dapat diskaun (termasuk rawatan cacing, kutu dan ubat-ubatan).

Dalam masa seminggu ni, Dell kena bagi 4 jenis ubat kepada Kimmy iaitu ubat ulcer mulut, pil antibiotik, pil demam dan pil tahan sakit/bengkak. Kimmy kena makan 3 1/2 pil setiap hari serta diletakkan ubat ulcer di dalam mulutnya.

Bukan senang tau nak suruh Kimmy makan ubat. Nampak picagari je dia hilang! Nak suruh telan pil-pil tadi tu, dia mesti kacip mulutnya supaya tak boleh buka. Memang kena paksa. Tapi selepas diberi ubat, dia ok pula. Makan dan minum pun bersuap. Kalau tak, tak makan. Dah macam Dr. Vet pula di rumah. Dulu takut juga nak bagi dia makan ubat sendiri tapi Dr. Vet dah ajar cara-caranya... mudah sikit. Banyak juga ilmu haiwan yang Dell belajar di klinik Vet.

Hari ni, Kimmy dah aktif semula. Cuma dia masih makan wet foodApa-apa pun, alhamdulillah Kimmy dah semakin sihat semula. :)

NOTA : 
Selepas Kimmy diberi rawatan, Dell perasan Kimmy macam berterima kasih kepada Dell kerana tolong ubatkan dia. Nampak melalui tingkah laku dia selepas pulang dari Klinik Vet. Cara dia dekat dengan Dell dan raut mukanya.  

Sebelum terlupa, mungkin kerana berkat membantu seekor kucing... rezeki Dell bertambah dari sudut yang Dell tak sangka-sangka. Dapat cover balik duit perubatan Kimmy dalam masa dua hari ni. Alhamdulillah.