Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Jangan HALALkan HUTANG!!!



By  Kakdell     Selasa, Disember 18, 2012    Labels: 
Tadi Dell berpeluang menonton 'Tanyalah Ustaz' di TV9 yang membicarakan tentang topik 'Sahabat' yang dikupas oleh Ustaz Mohd. Hanafiah Abdul Malek. Banyaklah juga persoalan yang ditanya oleh penonton merupakan masalah yang sering dihadapi oleh seseorang dalam persahabatan. Dell tertarik dengan persoalan HUTANG yang diutarakan oleh penonton yang berbunyi, "Ustaz, apa yang perlu kita lakukan terhadap mereka yang tidak mahu membayar hutang mereka kepada kita?"

JAWAPANNYA ialah JANGAN HALALKAN HUTANG WALAUPUN SATU SEN PUN KERANA DI AKHIRAT KELAK ORANG YANG BERHUTANG DENGAN KITA AKAN BERJUMPA DENGAN KITA. MEREKA INI AKAN MENANGGUNG DOSA-DOSA KITA. MEREKA INI ADALAH SAHAM KITA DI AKHIRAT. 

Hal ini khusus kepada mereka yang memang sengaja tidak mahu membayar hutang kita. Sekiranya, kita memang pasti pahala kita banyak dan akan masuk syurga terpulang kepada kita hendak menghalalkan hutang-hutang tersebut. Jika tidak, mereka yang berhutang dengan kitalah merupakan saham kita di akhirat. Hendak maafkan kesilapan mereka, tidak mengapa tetapi jangan sekali-kali halalkan hutang. 

NOTA :
"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati."
- Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-

*** Ianya terpulang kepada individu masing-masing. Kerana skop hutang ini sangat luas. Ada yang sehingga menyebabkan pemberi hutang sengsara dek kerana keengganan penghutang membayar balik hutang tersebut. Antaranya yang menjadi penjamin, pelaburan yang menipu, hutang dalam perniagaan dan lain-lain yang melibatkan ribuan, ratusan ribu dan jutaan ringgit malaysia.

Kenyataan ustaz ini supaya penghutang (yang sengaja tidak mahu membayar hutang) sedar bahawa walaupun perbuatan mereka dimaafkan tetapi hutang itu jika tidak diredhai dan dihalalkan oleh si pemberi hutang, mereka tetap akan sengsara di akhirat nanti. 

Jadi, mereka tidak boleh ambil mudah setelah berhutang.



****
Petikan FB Khairy Tajudin:
Maulana Hamzah Bayan, beliau kata, "Jika kita sedekah, maka kita akan dapat pahala sekali sedekah. Tapi, kalau kita bagi hutang, selagi mana orang yang berhutang tu tak bayar hutang kita, maka setiap hari kita dapat pahala sedekah."

DALIL:
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan."
(Musnad Ahmad)


Bagus juga dapat orang yang lambat bayar hutang ni. Boleh dapat pahala sedekah.



Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

8 ulasan:

  1. Huh!? Saya terkejut membaca perkara ini. Saya ada kawan yang berhutang dengan kawan saya. Baru-baru ini dia telah kembali menemui Penciptanya. Terfikir pula saya apalah nasibnya nanti. Huhuhu.

    BalasPadam
  2. Jika kawan itu tidak mampu bayar, terpulang kepada si peminjam sama ada hendak halalkan atau dia bertemu dengan keluarga si mati utk tuntut hutang tersebut. Ada kisah sahabat Nabi Muhammad yang baginda tidak mahu uruskan kerana tahu sahabatnya itu berhutang. Setelah ada sesorang yang langsaikan hutang sahabatnya itu, barulah baginda menguruskan jenazah itu. Itu menunjukkan betapa beratnya hukum berhutang.

    BalasPadam
  3. hutang politik tabur manifesto tak di tepati itu lebih banyak. nnt di akhirat ALLAH SWT bangkitkan 1 per 1.. masyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan senang apabila kita berhutang sesuatu. Hutang ini bukan sahaja bermaksud wang ringgit tetapi amanah2 lain. Wallahualam.

      Padam
  4. Cari2 dlm Quran ayat yang suruh/galakkan 'tak halalkan hutang orang', jumpa ayat ni pula..
    -“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, Maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 280). Sebaiknya berhati2 memberi hutang, pd yang benar2 kesesakan dan paling penting, orangnya yang kita percayai. Namun begitu dalam hal ini, sebagai orang yang berhutang adalah tidak wajar untuk kita mengharapkan orang yang kita hutangi menghalalkan hutang yang diberi kerana ia berkaitan dengan hak dan kewajipan kita sehingga kegagalan kita menjelaskan hutang memungkinkan timbul kesulitan di pihak yang memberi hutang hingga akhirnya menyebabkan perbalahan. Situasi ini bukan sahaja akan mengeruhkan keadaan bahkan merosakkan imej orang berhutang itu sendiri yang sedikit sebanyak akan menghakis kepercayaan orang terhadapnya dan seterusnya menyukarkan dia mendapatkan bantuan apabila ditimpa kesempitan.
    Apapun, takkan sampai hati sya 'kalau' org yg berhutang dan sdh meninggal utk tetap x halalkan hutangnya, wlupun mgkin dia sengaja x bayar. Allah maha mengetahui kebaikan dlm hati dan balasanNya tiada had..di dunia mahupun di akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya terpulang kepada individu masing-masing. Kerana skop hutang ini sangat luas. Ada yang sehingga menyebabkan pemberi hutang sengsara dek kerana keengganan penghutang membayar balik hutang tersebut. Antaranya yang menjadi penjamin, pelaburan yang menipu, hutang dalam perniagaan dan lain-lain yang melibatkan ribuan, ratusan ribu dan jutaan ringgit malaysia.

      Kenyataan ustaz ini supaya penghutang (yang sengaja tidak mahu membayar hutang) sedar bahawa walaupun perbuatan mereka dimaafkan tetapi hutang itu jika tidak diredhai dan dihalalkan oleh si pemberi hutang, mereka tetap akan sengsara di akhirat nanti.

      Jadi, mereka tidak boleh ambil mudah setelah berhutang.

      Padam
  5. Salam, boleh kongsikan video pasal jawapan ttg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz ketika itu secara langsung pada 18 Disember 2012. Saya tidak tahu ada atau tidak rakaman beliau di youtube. Mungkin tuan/puan boleh bertanya dengan ustaz tersebut secara peribadi. Apa yang saya tulis ini, adalah apa yang beliau katakan sewaktu itu.

      Padam