Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Asalnya Dell mahu berehat sebentar menulis cerpen setelah menyiapkan sebuah cerpen muzikal yang akan diterbitkan buku antologinya pada bulan Jun ini. Tetapi, gelora di hati tidak dapat ditahan-tahan setelah melihat rakan-rakan penulis meletakkan beberapa iklan mengenai penulisan cerpen. Salah satu iklan yang benar-benar menarik hati Dell ialah iklan ini. 

Antologi Cerpen Cinta Pertama.

Terus Dell mendapat idea jalan cerita yang harus ditulis. Bukan mudah untuk mengadun jalan cerita yang ada supaya ianya kelihatan logik dan mempunyai rencah rasa. Kerana kisah cinta tersebut masih belum berakhir dan masih menanti jawapannya. 

Tambahan pula, salah satu babak kisah cinta tersebut terbit melalui mimpi Dell baru-baru ini. Lagilah hati Dell tidak tertahan-tahan ingin menulisnya. Dell berasa sangat terkesan dengan kisah itu namun ianya tidak mudah untuk mentafsirnya melalui bait-bait kata. 

Harap-harap, sempatlah Dell menyiapkan cerpen ini dengan sempurna rencah rasanya sehingga sesiapa yang membacanya akan terasa syahdu dan sendunya kisah itu. Amin...

Alhamdulillah, sudah sebulan buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar' telah berada di pasaran. Dan lebih menggembirakan adalah maklum balas yang diterima oleh pembaca-pembaca buku R100I ini. Terasa sangat berbaloi bersengkang mata dan memerah otak dalam menyiapkan buku ini bersama-sama penulis pertama.

Terima kasih kepada Tn. Mohammad Izham kerana sudi mengulas panjang lebar mengenai buku ini di blog  Travelog Sarjana beliau. Sehari selepas beliau, salah seorang Penyunting Kanan dari BERNAMA iaitu Puan Melati Ariff turut memberi maklum balas yang sangat positif mengenai buku ini.

Penyunting Kanan BERNAMA, Puan Melati Ariff.

Beliau mengatakan buku R100I ini merupakan sebuah hasil kerja yang baik dengan gaya tulisan yang santai dan penuh inspirasi sehingga beliau tertarik untuk menulis sendiri kisah Encik Noordin Khalid walaupun sudah lama beliau tidak menulis artikel.

Kenalan Dell dari BERNAMA memaklumkan bahawa Puan Melati Ariff ini merupakan pemenang Anugerah Kajai pada tahun 2010. Anugerah itu adalah anugerah tertinggi dalam bidang penulisan berita/rencana di negara ini.

Alhamdulillah... sebenarnya inilah yang kami harapkan. Penulisan santai yang dapat memberi inspirasi kepada pembaca. 


NOTA :
Untuk memiliki buku ini, boleh hubungi saya di sini ---> mesej FB Nurdilla Zaini.
Alhamdulillah, akhirnya cerpen muzikal sulung Dell telah sempurna. Bukan mudah untuk menulis cerpen atau novel ini. Banyak teknik yang perlu kita tahu seperti 'Teknik Surah Yusof', bentuk sureal 'Show don't tell' dan lain-lain lagi. Bertuah bagi sesiapa yang mempelajari seni penulisan kreatif sebagai salah satu subjek di universiti. Tidak seperti Dell. Dell perlu menghadiri bengkel dan kursus penulisan di luar sebagai inisiatif sendiri untuk berkarya.

Bersama-sama mentor Penulisan, Pn. Azzah AR serta rakan-rakan penulis di PBAKL 2014.

CERMUZ - Cerita Pendek Muzikal.
Beberapa kali Dell betulkan penulisan cerpen ini. Sebab Dell banyak menulis dengan ayat berbentuk naratif. Dell perlu banyak menterjemahkannya dalam bentuk dialog. Dell sanggup bersusah-payah untuk menjayakan penulisan ini. Bukan senang hendak menerbitkan sesebuah karya jika tidak ada yang percaya dengan karya kita.

Terharu dengan komen yang membina daripada rakan-rakan penulis.

Insya-Allah, bulan Jun ini Dell akan ke Bengkel Penulisan Kreatif oleh Dr. Lim Swee Tin dan Konvensyen Penulisan 2014. Dua tarikh ini penting di dalam diari Dell. 

Antara bengkel penulisan yang Dell pernah hadiri dalam masa setahun ini ialah :


Setiap penulisan caranya berbeza untuk artikel akhbar, buku motivasi, travelog, cerpen, novel, skrip drama dan lain-lain. Yang penting, ia perlu lahir dari hati. Jangan terkejut, jika Dell katakan yang Dell turut menangis ketika menulis sesebuah cerita kerana menghayatinya. :)

NOTA :
Hari ini, Dell belek-belek buku. Suka dengan isi kandungannya. Akhirnya, Dell membeli buku ini.

'I want to be a writer'.
Dell tertarik dengan cara penulis ini membicarakan tentang perihal kehidupannya sehingga menjadi seorang penulis yang berjaya. Dalam buku ini juga diterangkan tip-tip penulisan cerpen dan skrip drama. Insya-Allah, suatu hari nanti Dell akan cuba menulis skrip drama pula. Amin.
Pesta Buku Antarabangsa 2014 pada kali ini merupakan hari yang bersejarah bagi Dell. Jika tahun-tahun sebelum ini, Dell datang ke pesta buku seperti ini sebagai seorang pembaca... tetapi tahun ini, Dell hadir sebagai seorang Penulis Buku. Alhamdulillah di atas peluang dan rezeki yang Allah turunkan kepada Dell. Buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot kepada Pakar' sempat diterbitkan dan dipromosikan ketika Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung di PWTC.

Bersama-sama penulis pertama, Sir Noordin Khalid. Dell sebagai penulis kedua buku ini.
Inilah antara impian Dell setiap kali membelek buku motivasi sebelum ini. Asalnya, Dell hendak menulis buku motivasi setelah tamat pengajian PhD nanti (berkisarkan pengalaman Dell selama ini), namun perancangan Allah melebihi segala-galanya. Dell menjadi penulis lebih awal.

Bersama-sama Sir Noordin Khalid, Tuan Ammar Zahar (Pakar Perniagaan Internet - CEO Jootawan) dan Tuan Aqif Azizan (sifu Copywriter)

Ada beberapa 'master trainer' yang ingin menjadikan Dell sebagai penulis kedua tetapi memandangkan Dell masih dalam pengajian, masa agak terbatas. Dan Dell perlu mengutamakan orang yang pertama memberi kepercayaan kepada Dell dan mengikut giliran siapa seterusnya.

Kejutan budaya berlaku apabila sudah ada yang menegur Dell di booth lain, meminta autograf malah bergambar. Terasa segan sebenarnya. Antara gambar yang Dell dapat kongsikan di sini.

Pembaca buku 'Rahsia 100 Impian' dari MRSM Perak.

Terharu dengan rakan-rakan penulis yang menyokong dan membeli buku 'Rahsia 100 Impian', antaranya Pn. Mazura Stapah.

Turunkan autograf di Dewan Inspirasi Smarts Coach, Rawang.

Turunkan autograf di booth lain di PWTC.
Dell berasa amat teruja apabila Mentor Penulisan Dell iaitu Tuan Zamri Mohamad sudi datang ke booth Jootawan untuk memiliki buku ini. Antara kata-kata beliau ialah (dalam gambar) ;

Ucapan tahniah daripada Tuan Zamri Mohamad.

Ada juga yang ingin mendapatkan khidmat nasihat Dell untuk buku mereka pada masa akan datang. Dell kenal dengan empunya syarikat ini ketika bersua di majlis konvokesyen UPM pada tahun lepas.

Salah seorang Alumni penulisan.com.

Kerjasama daripada tim Smarts Coach dalam mempromosikan buku 'Rahsia 100 Impian' di Pesta Buku Antarabangsa ketika sesi bersama penulis (Sir Noordin dan Dell) berlangsung pada 3 Mei, amat Dell hargai. Jauh mereka datang untuk memberi sokongan kepada kami.

Tim Smarts Coach serta rakan-rakan yang datang memberi sokongan.

Kehijau-hijauan tim Smarts Coach pada hari itu. Berlawan dengan warna oren Jootawan. Hihi. Kebetulan seminggu sebelum baju ini siap, salah seorang sahabat lama Dell menghadiahkan sehelai tudung bawal berwarna hijau kepada Dell. Sesuai dipadankan dengan baju ini jika dipakai nanti.

Baju untuk promosi buku 'Rahsia 100 Impian'. 
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak 'ad-hoc'. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi mendapatkan buku ini melalui kami mahupun pos laju. Didoakan pengisian di dalam buku ini memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah, akan muncul buku-buku lain selepas ini. Semoga diriku menjadi 'Penulis yang disayangi Tuhan'. Amin.

Gambar 2 (klik) ---> Pembaca Buku "Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar"                              

Nota:
Judul buku: Rahsia 100 Impian | Daripada Corot Menjadi Pakar
Penulis: Noordin Khalid | Nurdilla Zaini
Harga: RM34.90 (tidak termasuk harga pos)
Untuk tempahan, sila hubungi saya di talian 012-2536918 atau email n_dilla_82@yahoo.com