Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Produk Unifi

Setelah hampir 5 tahun menggunakan Broadband Maxis, akhirnya Dell terpaksa berpaling tadah kepada Unifi. Mana taknya, semakin lama talian Maxis semakin perlahan, selalu juga taliannya hilang tiba-tiba walaupun gb masih banyak lagi. Banyak kerja Dell tergendala. Dahlah kadang-kadang terpaksa top up kuota gb sehingga mencecah RM158 sebulan! Itu pun jarang sangat buka youtube. Rugi... rugi...

Sebagai seorang penulis, editor dan siswazah sepenuh masa... penggunaan internet sangat penting sekarang ini. Dell banyak mencari bahan-bahan tesis, ilmu, networking dan peluang penjanaan kewangan melalui internet. Malah, sudah menjadi kewajipan Dell juga dalam menggunakan e-kamus setiap hari sebagai editor.

Kini dengan pakej RM148 sebulan, Dell dapat menggunakan internet tanpa had limit serta sangat laju. Telefon talian tetap pun percuma, senang nak telefon rumah di kampung atau pejabat-pejabat yang berkenaan. 

Dell sudah menggunakan Unifi selama seminggu. Memang sangat berpuas hati. Hendak tengok youtube melalui televisyen pun boleh. Dapat pula beberapa puluh siaran tv secara percuma.

Untuk broadband mobile nanti, Dell akan cari pakej yang murah (untuk iPad). Dell akan tamatkan perkhidmatan yang lama. Lagipun, kebanyakan masa Dell berada di rumah. 

Apa-apa pun, Dell sangat gembira dengan unifi ini. :)
Bersama Coach E-hati, Puan Diyana Tahir.

23 Jun 2014 - Beberapa bulan yang lepas, Dell pernah mencuba terapi e-hati secara percuma daripada coach Diyana Tahir. Pernah juga berangan-angan hendak berjumpa tetapi tak pasti bila. Angan-angan termakbul apabila kawan ajak menemaninya ke perjumpaan ini secara tiba-tiba.

Kali ini, coach Diyana Tahir secara langsung membuat terapi kepada peserta yang hadir. Dalam hanya beberapa minit kami dihipnosis, Dell mengalirkan air mata. Itulah kali pertama Dell melihat diri Dell sebagai 'jasad kaku di perbaringan'. Allah hu.

Jika benarlah bayangan itu menjadi realiti, alhamdulillah... :) 

Kertas Kerja Konvensyen Penulisan 2014

Pada 21 Jun 2014 lepas, Dell berpeluang menghadiri Konvensyen Penulisan 2014 bertempat di UIA Gombak, Selangor. Di sini, Dell berkesempatan berjumpa dengan para alumni penulisan dan penulis-penulis bestseller. Banyak perkongsian ilmu untuk menjadi penulis usahawan. Ia telah membuka minda dan mata Dell supaya melangkah lebih jauh.

"Penulis perlulah menulis dari hatinya. Tulisan yang lahir dari hati akan turun ke hati."
- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Bersama-sama Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Dell berkesempatan bertemu dengan beberapa orang editor untuk genre yang Dell minati.

Terasa lapang sangat dada setelah mengetahui syarat-syarat manuskrip yang harus dihantar, dari segi penilaian dan penerbitannya daripada mereka sendiri. Lain syarikat penerbitan, lain caranya.
Sesi Autograf buku Antologi Cerpen Muzikal, Indah Lelapku - Karya Dell.
Penulis-penulis Buku Antologi Cerpen Muzikal.
Sebagai motivasi diri.

Bersama-sama Dr. Bubbles (Hospital Clown). Tak sangka di Malaysia sudah ada. Teringat dulu Dell pernah menonton filem berkaitan Hospital Clown ini yang dilakonkan oleh Robin William. 

Nota : Kami bersama-sama promosi buku Antologi Cerpen Muzikal ini.

Walaupun, Dell sudah menghadiri beberapa bengkel penulisan, Dell tetap membeli bahan-bahan rujukan lain seperti buku, CD dan ebook.

Alhamdulillah, konvensyen tamat dengan jayanya. Terlalu banyak ilmu yang Dell peroleh di sini. Jika diikutkan tidak cukup hanya hadir sehari. Insya-Allah jika ada peluang suatu hari nanti, Dell teringin hendak pergi konvensyen di luar negara pula. Amin.