Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Bersama-sama Pn. Azah Yazmin

Selesai sesi pertama pembelajaran subjek Bahasa Melayu bersama-sama Puan Azah Yazmin tengah hari pada Khamis lepas.

Tidak sangka pada hari ini, Dell menjadi tutor peribadi kepada seorang selebriti. Dulu Dell selalu melihat beliau di rancangan 3R. 

Beliau ingin memperbaiki gaya penulisan dalam bahasa Melayu supaya menjadi lebih baik kerana beliau lebih fasih dalam bahasa Inggeris. Ini kerana, sejak kecil beliau tinggal di luar negara.

Sikap beliau ini, Dell sangat puji. Kerana beliau benar-benar bertekad ingin menguasai bahasa ibundanya, bahasa Melayu. 

Seronok mendengar cerita daripada beliau. Banyak istilah dari psikologi, kaunseling dan undang-undang yang Dell pelajari.

Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang dan kaunseling. Kini, beliau menjadi salah seorang konsultan dalam bidang ini.

Dell
Cikgu yang sangat fleksibel
Boleh dijumpai di mana-mana