Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Kaver E-Cermuz "Indah Lelapku"

Alhamdulillah... setelah beberapa kali diperbaiki akhirnya Dell sangat berpuas hati dengan reka bentuk kaver untuk e-cermuz "Indah Lelapku" ini. 

Jika dulu Dell agak pening untuk mencari lagu yang sesuai dengan isi cerita cermuz yang ditulis, kali ini bukan mudah untuk mencari design kaver yang sesuai bertepatan dengan isi cerita cermuz tersebut. 

Pening juga Dell mencari beratus-ratus gambar untuk mendapatkan gambaran. Selepas itu, perlu saring yang mana yang terbaik untuk diberi kepada designer pula. 

Ada dua keping gambar yang Dell gunakan sebagai rujukan untuk menyiapkan kaver ini iaitu,

Dari Instagram Murad Osmann
Dell sangat berkenan dengan gambar ini tetapi malangnya nampak aurat. Watak Alia di dalam cerita adalah bertudung. Jadi Dell kena cari gambar lain untuk menggambarkan watak Alia yang bertudung. Pada mulanya, Dell menyerahkan kepada designer untuk melukis tudung tersebut mengikut persepsi Dell tetapi Dell tidak berkenan gaya tudung yang dilukis.

Pakaian perkahwinan wanita Arab.
Dell perlu mencari gambar mereka yang bertudung warna putih dari arah belakang sesuai dengan watak Alia di dalam mimpi Zul seperti di alam bunian. Ala-ala seorang Puteri. Akhirnya, gambar ini menjadi pilihan. 

Itulah sedikit sebanyak The Making of Kaver "Indah Lelapku". Makan masa dua minggu juga Dell mencari idea ini. 

Apa-apapun semua ini adalah Ilham-Nya. Alhamdulillah... :)
Pada hari Khamis baru-baru ini, tiba-tiba Dell tergerak hati hendak cuba mempromosikan semula Karipap Pusar Kluang buatan mama Dell. Sudah lama Dell tinggalkan fanpage facebook Karipap Pusar Kluang itu kerana kesibukan hal-hal lain. 

Fanpage Karipap Pusar Kluang
Tidak sangka dalam masa dua hari ini jumlah mereka yang like fanpage itu meningkat ke seratus lebih. Sebelum ini, fanpage ini ditinggalkan dengan jumlah mereka yang like tidak sampai 45 orang. 

Dalam masa yang sama, Dell sedang mencari design untuk sticker dan kad bisnes untuk perniagaan ini.

Sebenarnya, mama Dell memang sudah lama menjalankan bisnes karipap pusar ini semenjak arwah nenek meninggal. Mama Dell hanya menghantar karipapnya di kedai-kedai tertentu dan membuat karipap frozen jika ada tempahan.

Dell memang suka makan karipap pusar ini kerana ia adalah resepi turun temurun daripada arwah nenek. Dulu nenek Dell berniaga kuih-muih di belakang Coronation Kluang. Sejak tahun 1980-an lagi.

Dalam banyak-banyak jenis kuih, mama Dell berminat untuk menjual Karipap Pusar sahaja. 

Blog Karipap Pusar Kluang
Alhamdulillah, tempahan karipap frozen meningkat sehingga Dell terpaksa meminta mereka menempah lebih awal sebelum membeli. Maklumlah, penyediaan karipap frozen ini mengambil masa sedikit berbanding karipap yang terus digoreng.

Dell mensasarkan kawasan bandar Kluang sahaja buat masa ini kerana tidak cukup tenaga kerja. Ini pun Dell tak menang tangan mengambil tempahan, belum lagi mama Dell yang membuat karipap itu.

Setakat ini, Dell mampu untuk menguruskan kesemua tempahan walaupun jauh dari kampung. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, segala urusan hanya berada di hujung jari sahaja.

Selain mengaktifkan semula facebook Karipap Pusar Kluang, Dell juga membina sebuah blog khas untuk Karipap Pusar Kluang. Dell cuba mengaplikasi segala ilmu-ilmu marketing yang Dell pelajari melalui facebook dan ebook sebelum ini ke dalam kedua-dua medium ini.

Mudah-mudahan menepati citarasa kesemuanya. Aminnn... 

Apa-apapun, orang-orang Kluang memang 'sporting' gila! ;)
Sir Noordin Khalid bersama-sama Krill dan Salleh Yaakob.

Alhamdulillah, buku Rahsia 100 Impian : Daripada Corot menjadi Pakar telah berada di konti Sinar FM pada pagi 3 Mac 2015 bersama-sama Krill dan Salleh Yaakob. Terima kasih kepada Tuan Noordin Khalid kerana memperkenalkan Dell sebagai penulis kedua buku ini. Patutlah terbatuk-batuk Dell pagi tu. Hihihi..

*Beliau membicarakan isu mengenai SPM pagi itu. 

Berminat memiliki buku ini? Boleh pm Dell! ;)


Perkhabaran Testimonial untuk 'Aku Terima Cintanya'
Alhamdulillah, percubaan pertama Dell menulis testimonial untuk sesebuah buku telah terpilih oleh penerbit. Perkhabaran melalui emel yang diterima malam semalam sangat menggembirakan hari Dell.

Ya, buku 'Aku Terima Cintanya' merupakan buku pertama Dell menulis testimonial. Ilham yang tiba-tiba datang ketika Dell hampir tidur itu rupa-rupanya dapat menarik penerbit untuk memilihnya. 

Segala maklumat yang penerbit perlukan Dell sudah beri. Tidak sabar melihat wajah sendiri bersama testimonial dicetak di dalam buku tersebut. 

Pesta Buku Antarabangsa bulan April, tunggu Dell datang! :)
Keretaku di-make-up sejuk!

Beberapa hari sebelum Cuti Tahun Baru Cina, Dell sempat tinted kesemua cermin kereta Dell. Maklumlah, cermin depan kereta baru sahaja ditukar disebabkan retak kena batu kecil yang terpelanting disebabkan lori di highway. Kebetulan, tinted lama Dell dah bergelembung. Mujur Dell memang ambil insurans untuk cermin depan kereta. Kalau tak, mahu beratus-ratus keluar duit. Huhuhu...

Selama beberapa hari Dell survey di internet, di mana tinted yang sesuai untuk Dell pergi. Akhirnya Dell buat keputusan mendapatkan khidmat di Mekap Kereta Sejuk. Bengkelnya pun senang untuk Dell pergi, berdekatan dengan UKM.

Dell berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun sudah beberapa kali tangguh kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan oleh tuan bengkel. Lagipun, tuan bengkelnya tidak kedekut ilmu. Banyak jugalah yang Dell pelajari berkaitan dengan tinted ini. Selebihnya, boleh baca di blog yang beliau tulis.

Ketika menunggu mereka menyiapkan kerja-kerja tinted itu, Dell sempat berbual-bual sebentar dengan tuan kedai itu. Katanya, sebenarnya bidang pengajian dia dahulu adalah multimedia. Tetapi kerana minatnya yang mendalam terhadap aksesori kereta akhirnya beliau berhenti kerja dalam bidang multimedia dan buka bengkel ini.

Dell memilih Silver Chrome Tinted. Sejuk sedikit berbanding tinted biasa. Alhamdulillah, apabila masuk ke dalam kereta ketika panas tidaklah terasa bahang sangat seperti sebelum ini. Mata Dell pun tidak terasa pedih ketika memandu pada waktu panas seperti sebelum ini. Rasa lega sangat-sangat!