Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Setelah dua hari berturut-turut Dell menumpukan sepenuh perhatian hanya pada buku-buku dan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan... semalam, Dell langsung tiada mood untuk menjeling tugasan tersebut. Biasalah tu, setelah membelek hampir 10 buku untuk diteliti maka otak Dell rasa tepu sangat!

PERIHAL RAMBUT
Hajat di hati ingin merehatkan badan dengan mencuci rambut di spa berdekatan (salon yang biasa Dell pergi sejak tahun 2006), tetapi semalam memang Dell tak puas hati dengan perkhidmatannya. Mungkin disebabkan pekerja yang layan Dell tu BUDAK BARU. Kerjanya hanya nak promosi barang je. Orang nak cuci rambut, akhirnya cuci rambut ntah ke mana. Dell memang suka cuci rambut di situ kerana ketika mereka cuci rambut, mereka akan urut di kepala, leher dan bahu. Semalam hampeh! Kalau setakat cuci biasa, baik Dell cuci sendiri kat rumah. Hilang mood Dell! Sungguh pun begitu, Dell beli juga barangan promosi mereka tu (terbang juga duit aku!) iaitu dari jenama Alken.
Kesemua barangan ini berharga RM130 setelah diskaun (Hair Loss & Scalp Shampoo + Moisture Masque + Tonic Hair + Smooth Treatment). Pada Dell kira oklah tu disebabkan memang Dell tahu jenama Alken ni mahal, lagipun boleh pakai beberapa bulan. Dell bersetuju beli pun sebab Dell terasa kulit kepala asyik gatal je la ni. Mungkin disebabkan stress dengan belajar.

PERIHAL SOFA
Selepas tu, Dell survey sofa di kedai-kedai perabot berdekatan dengan rumah. Dell memang dah lama hendak beli Sofa L Shape atau pun Sofa Bed. Akhirnya, Dell membeli Sofa L Shape yang kebetulan ada sale hujung tahun. Dell beli sofa yang kecil je, sesuai dengan keluasan rumah sewa Dell ni. Harganya pun hanya RM399. Lagipun mama dah pesan, jangan beli barang rumah mahal-mahal tunggu dah ada rumah sendiri, baru beli set kelengkapan rumah yang benar-benar ada kualiti. Kerana teringatkan pesanan itu, Dell tahankan hati dari membeli set sofa yang mahal. Sofa tu akan sampai di rumah Dell dalam masa tujuh hari.
Inilah sofanya cuma bodynya tu Dell tukar ke fabrik. Dell pilih fabrik berwarna coklat gelap untuk body dan warna coklat cerah untuk kusyennya. Kira oklah tu boleh baring, panjang pun 6 kaki. Kira lepaslah untuk Dell yang tak berapa tinggi ni.

Ni pun Dell sedang mencari tikar yang sesuai. Karpet kat depan TV tu nak dialihkan ke dalam bilik belakang. Penat asyik nak bersihkan bulu si Kimmy. Lepas dah letak tikar, Dell akan letak bantal-bantal raksasa di situ. Lapang je rasa. Sedap golek-golek sambil baca buku atau masa sedang belajar. Tambahan, di tepi TV tu memang mini perpustakaan Dell. Rak-rak buku bersusun di situ.

Bilik belakang tu, tempat Dell letak baju. Ingat nak ubahsuai buat bilik solat. Senang kalau ada tetamu datang. Masih ada banyak barang yang Dell kena kemas dan buang di dalam stor tu. Nak susun barang-barang di situ supaya lebih kemas. Sepanjang tahun ni, dah berguni-guni Dell buang benda yang tak berguna di dalam rumah ni (betul tak tipu!).

PERIHAL PRODUK KESIHATAN
Walaupun kita tengah sibuk belajar, kesihatan tidak boleh lupa. La nie Dell ambil Vitamin C 1000g + Virgin Coconut Oil + Ibu Kolegen + Buah Zuriat (dari Mekah). Ada lagi yang Dell hendak ambil tapi tunggu dulu. Selesaikan satu persatu. Kang bengong plak nanti. Hehehe. Dell beruntung kerana penjual produk-produk ini adalah kawan rapat Dell sendiri (mudah berurusan) dan bertambah bertuah kerana setiap kali Dell hendak beli secara kebetulan ada promosi. Memang jimat banyak duit!
Vitamin C 1000g + Virgin Coconut Oil 
 Ibu Kolegen

Buah Zuriat (dari Mekah)



NOTA :
1.  Harap selepas ini kepala Dell tak akan mengalami kegatalan lagi.
2. Dell kena bersabar sehingga sudah memiliki rumah sendiri untuk membeli set perabot yang lengkap.
3. Khasiat produk kesihatan yang Dell ambil ni akan dikupas nanti. Kang panjang berjela pula. :)

Semalam baru Dell ada mood untuk menulis tugasan. Ada dua tugasan yang Dell perlu hantar pada 4 Januari 2013. Kedua-duanya saling berkait dengan tesis PhD Dell. Tugasan pertama untuk subjek kualitatif manakala tugasan kedua untuk subjek kuantitatif. Macam senang bunyinya tetapi terasa payah hendak memulakan penulisan. Satu persatu buku Dell selak untuk mencari idea bagaimana hendak memasukkan data dalam sorotan kajian. Tugasan kualitatif memerlukan pengolahan yang mendalam manakala tugasan kuantitatif memerlukan Dell menyiapkan satu borang soal selidik yang lengkap dan padat. Harap dapat siapkan segera kedua-dua tugasan ni sebab Dell hendak buat ulangkaji untuk peperiksaan akhir (esei) pada 4 Januari tu pula. Chaiyok2! 
Semalam merupakan hari terakhir untuk sesi perkuliahan. Ini menunjukkan peperiksaan akhir semakin dekat! Huwarrgghhh... tugasan masih tak siap lagi! Sedar tak sedar, semester ini bakal berakhir. Dell berasa bertuah kerana masih ada lagi sahabat yang sudi meraikan harijadi Dell walaupun sudah dua hari harijadi Dell sudah berlalu. 

Selepas kuliah berakhir, sahabat Dell iaitu Kak Baayah belanja Dell makan di Pizza San Fransisco, Mines. Petang tu Dell makan Lamb Chop Black Pepper dan Chocholate Blended manakala Kak Baayah makan Marimara Spagetti dan Jus Tembikai. Kak Baayah order Chezzy Pudding Bread, Aiskrim dan Tiramisu sebagai dessert. Kenyang sungguh Dell malam tu. Tak sangka, kak Baayah nak meraikan harijadi Dell. Terharu rasanya. :)
Ini hadiah yang comel untuk Dell terima selepas itu. Suka tengok gelas tu. 'Elok berdua' katanya... hehehe...

Dell doakan semoga Kak Baayah dilapangkan pintu rezekinya sehingga ke syurga. :)

Bacalah juga :
Ada satu kejutan yang tidak disangka-sangka pada hari ini... iaitu menerima sebuah kek Harijadi! Salah seorang sahabat Dell iaitu Kak Sue telah menempah satu kek harijadi untuk Dell. Memang sangat sedap!
Kek berwarna pink bertatahkan tulisan berwarna ungu bertulis 'Happy Birthday Dilla'

Sesi memotong kek pun bermula... tak sabar hendak merasa kek ni... Hehehe....



Hendak tengok bagaimana isi keknya??? 
Tadaaa... apa macam? Terliur kan? Serius kek ni memang sangat sedap tambahan kek ini baru dikeluarkan dari peti sejuk. Kombinasi krim dengan keknya sangat sepadan. Krimnya seperti rasa aiskrim. Terdapat buah di dalam kek ni. 

NOTA :
Terima kasih kepada Kak Sue kerana menghadiahkan kek harijadi untuk Dell. Semoga dilapangkan pintu rezeki sehingga ke syurga.





Pada malam harijadi Dell, salah seorang sahabat Dell iaitu Iqa dari RMC telah mengajak Dell ikut dia ke Mines kerana ada perlawanan bowling yang dianjurkan oleh Pejabat TNCPI memandangkan Dell tiada apa-apa plan yang hendak dibuat malam tu. Seronok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di tempat kerja lama. Dell juga diberi peluang untuk bermain bowling dengan mereka.

Dell bertuah kerana berpeluang bermain bowling dengan Professor Dato' Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din (Pengarah Putra Science Park, UPM) yang merupakan salah seorang daripada 12 saintis UPM yang terpilih sebagai 'Top Research Scientist Malaysia' (TRSM) 2012 oleh Akademi Sains Negara (ASN). Bak kata orang-orang tua, 'ambil aura saintis yang berjaya'. :)

Dulu ketika Dell bekerja di RMC, Dato' ni merupakan Pengarah ICC. Waktu tu, Dell segan hendak bergurau dengan Dato' ni. Tak sangka, rupa-rupanya Dato' ni merupakan seorang yang sangat 'sporting' dan 'happy go lucky' orangnya! Relaks je melayan kerenah kami semua ni. Dell asyik tergelak je sepanjang bermain bowling dengan beliau. Apa-apa pun, Dell terasa gembira sangat malam tu.

NOTA :
Terima kasih kepada Iqa kerana BELANJA MAKAN MALAM sempena harijadi Dell. Semoga dilapangkan pintu rezeki sehingga ke syurga :)

Bacalah juga : ucapan di hari lahir ku

Alhamdulillah... genaplah usia Dell 30 tahun pada tanggal 19 Disember 2012. Terharu dengan ucapan dan doa sempena hari lahir Dell yang tak putus-putus diterima sehinggalah tulisan ini ditaip. :) Dell mengabdikan ucapan-ucapan tersebut di sini sebagai kenang-kenangan. Dell cuma print screen ucapan yang terdapat di laman fb sahaja... sms tu payahlah pula nak tunjuk. ;)