Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Life of PI



By  Kakdell     Khamis, Disember 13, 2012    Labels: 

Semalam sahabat karib Dell, Camy mengajak Dell menonton Filem 'Life of PI' di Alamanda, Putrajaya. Kebetulan, Dell memang menantikan tayangan filem ini di pawagam setelah sepupu Dell, Mas telah memperkenalkan cerita ini kepada Dell. Tambahan pula, Dell rasa sangat tertarik dengan grafik yang ada di dalam filem ini setelah menonton preview di Youtube dan sesuai sangat-sangat untuk ditonton dalam tayangan 3D. 

Banyak babak ketika PI hanyut di laut yang membuatkan kami teruja dengan seni grafik yang ada. Apatah lagi memandangkan kami menontonnya dengan tayangan 3D, terasa seolah-olah kami boleh mencapainya dengan menggunakan tangan kami.

Bagaimana mereka cuba menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka untuk hidup. Banyak elemen seperti KEPERCAYAAN dan pegangan AGAMA diterapkan dalam filem ini yang menunjukkan ianya berkaitan dengan kekuatan dalaman seseorang itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya.

Jalan cerita filem ini memang di luar jangkaan Dell. Sehingga kini, Dell dan Camy tertanya-tanya apa jadi dengan Richard Parker (si harimau) tu. Paling terkesan di hati kami berdua adalah pada babak Richard Parker keluar dari bot dalam keadaan kurus dan hilang dari pandangan PI begitu sahaja. Memang terasa sedih sangat di bahagian tu. Apa-apa pun, cerita ini sangat hebat untuk ditonton. Ianya akan menyebabkan kita ingin membaca sendiri novel tersebut dan cuba imaginasi apa yang terkandung di dalamnya. Dell beri 5 bintang untuk filem ini untuk jalan cerita dan imej grafiknya. :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan