Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Malam-malam begini teringat pula menu makanan yang dimakan pada hari Ahad lepas.

Selesai membantu seorang teman baik, dia belanja Dell makan di ZAWARA Coffee, Bangi Sentral.

Kawan ni tau yang Dell ni hantu kopi, jadi dia ajak ke mana-mana sahaja restoran yang menyediakan menu kopi yang pelbagai.

Dia 'order' dua jenis kopi, Mocha untuk Dell dan Butterscotch Macchiato untuk dirinya.

Dia turut 'order' satu hidangan Salted Eggs Chicken Wings, Toasted Garlic and Cheese Bun dan Churros with Chocolate Dip untuk santapan kami. 

Hidangan Churros di sini sangat sedap. Churros ditabur dengan gula perang yang halus. Lain dari kebiasaan. Churros-nya lembut dan sedikit garing di luar. Kuah coklatnya sedap. Tak manis sangat walaupun coklatnya pekat. Sewaktu makan, pastikan Churros dicecah dengan banyak ke dalam kuah coklatnya. Barulah rasanya terangkat. 



Ini kali pertama Dell makan Kepak Ayam dimasak bersama Telur Masin. Haruman rempah yang digunakan sangat membuka selera. Ayamnya lembut. Benar-benar menjilat jari. 


Dell bukanlah penggemar Garlic Bread tetapi Toasted Garlic di sini telah berjaya membuatkan Dell makan satu setengah roti ini. Rasa Toasted Garlic yang dicampur dengan herba serta hirisan cheese menjadikannya istimewa. Rotinya pun lembut.

Keseluruhannya memang sangat sedap! Dell jatuh hati dengan kesemua menu yang dihidangkan.

Cubalah. Tempat ini Dell sangat rekomen.

*Pinjam gambar page ZAWARA Coffee kerana kami terlupa nak ambil gambar setelah nampak hidangan. Sampai je makanan, kami terus ngap kerana tidak tahan baunya yang sangat menyelerakan itu. 
Pintu masuk Resort AgrofarmStay, Melaka.

Pada 2 Januari 2016 lepas, Dell berpeluang menghadiri Bengkel Fotografi Tuan Adhadi Mohd anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari di Resort Agrofarmstay, Melaka. Inilah kali pertama Dell datang ke tempat ini. 

Dell datang ke sini bersama-sama seorang lagi blogger. Berdua dari Nilai. Alhamdulillah, lokasi ke tempat ini mudah dicari. Berdekatan dengan UTEM melalui Tol Ayer Keroh Melaka.

Bilik seminar.
Bilik seminar yang disediakan luas dan lapang. Terasa selesa. Mudah untuk penceramah dan peserta hendak keluar dan masuk di dalam bilik ini.

Villa
Ketika Dell dalam perjalanan nak ke dewan makan, Dell ternampak sebuah villa jauh di atas bukit. Sangat besar!

Besar, kan?
Teringat kisah-kisah yang selalu kita baca di dalam novel, duduk di dalam villa. Dalam hati berkata, kalaulah dapat menginap di sini... alangkah bertuahnya!

Pintu masuk Villa.
Alhamdulillah... rupa-rupanya, Dell dan beberapa orang blogger ditempatkan di villa ini. Merasa juga tidur di dalam ini.

Ruang tamu Villa.
Ruang tamu di dalam villa sangat luas. Kesemua perabot yang digunakan merupakan Kayu Jati. Jika mempunyai keluarga yang besar, seronok berkumpul di dalam villa ini.

Ruang tamu Villa.
Ada di antara blogger yang membawa anak-anak mereka ke sini. Seronok anak-anak kecil itu bermain-main di ruang tamu villa ini.

Perabot-perabot Kayu Jati yang digunakan.
Di suatu sudut di ruang tamu ini, Dell sangat berkenan dengan perabot yang ini. Dulu pernahlah juga Dell berangan nak memiliki perabot ini. Boleh dijadikan tempat duduk santai-santai.

Meja makan panjang.
Jika terasa hendak berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga makan-makan di ruang tamu juga boleh. Ada sebuah meja panjang disediakan. Sungguh lapang kan ruang ini?

Ruang makan villa.
Di dalam villa ini juga ada disediakan ruang makan bersebelahan dengan dapur. Dapurnya juga sangat luas dan lengkap dengan kelengkapan peralatan seperti peti ais dan lain-lain.

Dalam bilik.
Kepenatan memandu jauh dan terus berbengkel sepanjang hari, membuatkan Dell tidak sabar untuk masuk ke ruang bilik tidur. Bilik pun luas dan selesa. Bilik air pun bersih. 

Dalam bilik.
Katil sangat selesa. Almari yang disediakan pun besar. Siap ada meja tulis lagi di dalam bilik. Meja solek pun ada. Dalam bilik turut ada pendingin hawa dan kipas.

Halaman villa.
Kami semua sempat melakukan senaman keesokkan paginya di halaman villa. Terasa segar dengan udara yang nyaman. Sesuai juga jika nak diadakan barbeque di sini. Luas halamannya.

Si Bujang.
Di sini ada pelbagai jenis haiwan. Ada kuda, kambing dan lain-lain. Meh, Dell kenalkan. Ini Bujang. Sangat suka memandang kamera.

Hai, saya En. Mbek.
Buat masa ini, si Bujang berkawan dengan kambing-kambing ini. Haiwan-haiwan lain waktu ini dipindahkan kerana sedang dalam proses pengubah suaian kandang dan sebagainya.

Chalet berwarna-warni.
Satu lagi tempat yang menarik perhatian Dell ialah di chalet yang berwarna warni ini. Nampak cantik. Tambahan pula chaletnya mempunyai bentuk yang sama.

Comel, tak?
Dalam chalet.
Kebiasaannya, chalet ini digunakan untuk mereka yang buat team building atau kem motivasi. Keadaan dalamnya seperti dalam bilik asrama. 

Surau teratai.
Surau bersifat terbuka.
Luas dan kemas.
Terdapat surau berdekatan dengan bilik seminar. Sesuai digunakan oleh peserta-peserta kem motivasi atau teambuilding. Luas dan kemas. Selesa.

Bilik menunggu.
Bilik mesyuarat.
Bilik kuliah.
Dell berkesempatan melawat kawasan sekitar sini. Saja nak melihat kot-kot ada tempat yang sesuai untuk dibuat seminar atau lain-lain di sini pada masa akan datang.

Kolam renang.
Berhadapan dengan bilik mesyuarat dan bilik kuliah, terdapat sebuah kolam renang yang agak besar. Terasa nak je terjun di dalam ini bila melihat budak-budak seronok bermandi manda di sini. Tapi Dell tidak bawa baju lebih.

Rumah kasut.
Bilik karaoke.
Rumah kasut ini turut menarik perhatian Dell. Comel. Sebenarnya, rumah kasut ini merupakan bilik karaoke. Sangat selesa dan besar di dalamnya. Sesuai jika kita bernyanyi bersama keluarga.

Gambar kenangan bersama blogger di AgrofarmStay Melaka.
Keseluruhannya, Dell boleh rekomen tempat ini sesuai digunakan untuk kem motivasi dan teambuilding berdasarkan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan tempat ini, boleh dilayari di :

Instagram: Agrofarmstay

Produk Nanafa Juta Beauty.

Ketika berada di Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Tuan Adhadi Mohd di Agro FarmStay, Melaka tempoh hari, kami semua diberi sebuah beg goodies daripada Nanafa Juta Beauty (merupakan penaja rasmi bengkel ini). Terdapat dua produk yang diberikan iaitu Blanco Set dan Heroes Mens Wash.

Di dalam Blanco Set, ada dua item iaitu Pencuci Muka (bar) dan Serum. Dell baru sahaja mencuba kedua-dua item ini, tidak sabar untuk melihat perkembangan positifnya nanti. 

Blanco Bar dan Blanco Serum.

Kelebihan set Blanco ini ialah :

Menghilangkan jerawat pasir.
Menghilangkan jerawat batu.
Mencerahkan kulit secara sekata.
Memudarkan parut jerawat.
Memudarkan jeragat.
Mengekalkan kelembapan wajah.
Mengecilkan pori kulit.
Menganjalkan dan menyegarkan kulit.
Membuang toksin.


Ada satu lagi produk yang tidak pernah Dell jumpa sebelum ini ialah Pembersih Lelaki. Kebiasaannya, kita hanya mengetahui tentang pembersih wanita sahaja, kan? Inilah kelebihan jenama ini kerana mempunyai produk yang sesuai untuk lelaki.

Heroes Mens Wash
Kelebihan Heroes Mens Wash ini ialah:

Bentin -  anti keransangan pada kulit. Mempunyai fungsi antiseptik yang membunuh bakteria yang tidak diingini.
Ekstrak sireh -  mengurangkan radang kulit dan melegakan kegatalan.
Glycerine - mencerahkan warna kulit.
Sea salt - melegakan kegatalan kulit.
Catuba extract - membantu mengatasi masalah mati pucuk.
Mentol crystal - meningkatkan pengaliran darah dengan meningkatkan pengangkutan oksigen.
Tiada paraben, tiada sles dan tiada silikon.


Menarik, kan produk ini? Boleh dibuat hadiah atau hantaran kahwin. Tak gitu? Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh layari :

Hubungi: 016-4126546 / 016-9806500


"Licin Monne Putih Seppo!"
"Licin Gila Putih Melepak!"
Resort AgroFarmStay, Melaka.

Pada 2 Januari 2016 - Alhamdulillah, Dell selamat sampai ke Resort AgroFarmStay, Melaka pada pukul 10.00 pagi bersama-sama seorang lagi blogger yang dipanggil sebagai Bonda. Tak sabar untuk berbengkel. Maklumlah teruja nak mendalami ilmu baru serta teruja untuk bertemu dengan para blogger Kelab Ben Ashaari di Bengkel Fotografi yang diadakan di sini.

Bengkel Asas Fotografi oleh Tuan Adhadi Mohd.

Dah lama Dell teringin hendak mengetahui bagaimana penggunaan kamera DSLR sebenarnya. Apa kelebihannya berbanding kamera digital lain? Apabila tuan Adhadi terangkan teknik-teknik yang digunakan melalui kamera itu, barulah Dell faham.

Teknik mengambil gambar menggunakan cahaya semulajadi.
Melalui beliau, Dell mengetahui mengenai penggunaan cahaya semulajadi. Bagaimana menggunakan cahaya lembut. Kenapa perlu setting betul-betul tentang ISO dan lain-lain.

Melayan pertanyaan para peserta.

Beliau sudi melayan pertanyaan para peserta mengenai paling asas tentang penggunaan kamera DSLR ni. Jangan tidak tahu, ramai yang menggunakan kamera ini namun masih ramai tidak tahu kepentingan setting ISO dan lain-lain. Nampak seperti tiada apa-apa tetapi rupa-rupanya setting yang betul menghasilkan impak yang tinggi terhadap gambar yang diambil.

Penerangan secara praktikal sekali.
Beliau bukan sahaja menerangkan secara teori malah memberi semua peserta cuba secara praktikal. Nampak macam mudah tetapi jika tidak tahu tekniknya, payah juga. Maklumlah, setiap DSLR lain settingnya.

Tuan Adhadi menunjukkan teknik mengambil gambar di lapangan.

Peserta membuat praktikal di lapangan.

Sesi praktikal bukan terhad di dalam bilik seminar malah di lapangan. Peserta turut didedahkan dengan latar belakang sesuatu gambar yang diambil. Alhamdulillah, beliau sangat membantu.

Tuan Adhadi menunjukkan kelebihan panjang sesebuah lens kamera.

Secara jujurnya, Dell masih blur-blur cara untuk menggunakan kamera ini kerana tidak pernah memilikinya. Namun, sekurang-kurangnya banyak yang Dell pelajari kelebihan menggunakan kamera ini. Sekurang-kurangnya jika suatu hari nanti Dell ada rezeki untuk memiliki kamera ini, ianya akan memudahkan.

DVD video tutorial oleh Tuan Adhadi Mohd.

Bagi mereka yang ingin mengetahui teknik-teknik dengan lebih lanjut, boleh mendapatkan DVD ini melalui beliau sendiri di fanpage Adhadi Mohd. Kesemua video tutorial ini dalam bahasa Melayu. 

Kuasai Fotografi dengan DSLR.

Kuasai Fotografi dengan DSLR.
Kuasai Fotografi dengan DSLR.
Kuasai Fotografi dengan DSLR.
Ada banyak tajuk di dalam DVD ini. Pengajarannya sangat simple dan mudah untuk dipelajari umpama beliau berada di depan mata. Cubalah dapatkan DVD ini. Berbaloi!

Lihatlah wajah kepuasan daripada kesemua peserta bengkel.


Nota :
Untuk maklumat lanjut berkenaan Tuan Adhadi Mohd, boleh layari :


Website www.adhadi.com.

Add caption
4 September 2015 - Saja duduk lepak-lepak dan bergossip dengan kawan-kawan penulis Legacy Publishing. Dari kiri, penulis novel dan cerpen iaitu Rahmah Mokhtar, Cikpuan Rohaniah merupakan penulis buku Beli Rumah Kebabom dan Cikpuan Normi Binti Ahmad Shafie salah seorang penulis FB page Saya Backpacker dan beberapa buku travelog. Tak sangka mereka sudi menjejakkan kaki di area rumah Dell.

Bersama-sama Cik Puan Normi dan Cik Puan Rohaniah.
12 September 2015 - Petang itu bermulalah kelas pertama untuk semester ni. Risau juga Dell dibuatnya. Boleh bawa tak subjek ni? Setelah diberi penerangan oleh pensyarah, terasa sangat lega. Selepas tamat kelas, Dell ada temujanji dengan penulis-penulis ni. Di Chemistry Lab, Bandar Baru Bangi. Saja hendak lepaskan tekanan masing-masing. Selepas ini, masing-masing sudah sibuk dengan penulisan.

Kek Durian dan Coffee Latte.
Meja kami je kot yang banyak 'request' lagu kat penyanyi tu. Ikutkan nak je Dell request' lagu Hindi. Cuma tak tergamak je. Hihihi... Dengar lagu sambil makan kek durian. Inilah kek durian yang terbaik Dell pernah makan.
Bersama-sama Cik Puan Rahmah Mokhtar.
5 Oktober 2015 - Selesai sahaja urusan di Shah Alam petang itu, Dell saja lepak-lepak dengan rakan penulis Cik Rahmah Mokhtar. Kebetulan rumahnya tidak jauh dari tempat urusan tu.

Biasalah... Apabila sesama penulis bertemu, topik perihal penulisan dan penerbitan tidak dapat dipisahkan.

Akhirnya, beliau berjaya mempengaruhi Dell untuk membaca novel 'Bisikan Ariasha' dan 'Amukan Indera Bumi' karya Zaki Zainol. Dell kagum dengan penulisan dalam novel ini. Ceritanya epik ala-ala Lord of The Rings. Bunga bahasanya sangat menarik perhatian. Dell tidak sangka penulisnya berkelulusan Bioindustri.

*Inilah sedikit sebanyak kisah apabila penulis-penulis bertemu. ;)