Pintu Gerbang Pesta Buku Big Bad Wolf. |
Pada 3 Disember
2015 - Alhamdulillah, Dell dipelawa masuk ke Big Bad Wolf dengan menggunakan
tiket khas untuk pra pelancaran pesta buku ini. Terima kasih kepada kawan Dell
yang sudi bawa Dell ke sini.
Kad Pas Pra Pelancaran Pesta Buku Big Bad Wolf (Bahagian depan). |
Kad Pas Pra Pelancaran Pesta Buku Big Bad Wolf (Bahagian belakang). |
Comel kan desain
kad pas masuk ke pesta buku ini? Warna pun menarik hati. Itu yang menyebabkan kami
mengambil gambar kad pas tu sebelum menyerahkannya kepada pengawal yang menjaga
pintu masuk.
Nampak tak buku
yang Dell pegang tu?
Tak nampak?
Ok, Dell zoom.
Masih tak
nampak?
Sabar-sabar.
Dell zoom lagi.
Tak nampak lagi?
Haaa... Itu lagi
tiga Jumaat tu... Hihihi... Gurau je!
Creative Business Solutions Persuasive Writing oleh Nick Souter. |
Teringat ketika
berada di Big Bad Wolf tempoh hari. Hari itu merupakan kali pertama kawan Dell
menjejakkan kaki di sana.
Tidak pernah
Dell melihat keterujaan seperti itu. Matanya bersinar-sinar melihat lambakan
buku sebegitu. Umpama mahu terjun dan berenang di lautan emas!
Itulah ciri-ciri
mereka yang gilakan buku.
Dell?
Gila buku juga
tapi dah pandai kontrol emosi. Hihihi...
Ramai yang
bertanya kepada Dell, "Kak Dell dah pandai menulis, masih membeli buku
berkaitan dengan penulisan?"
Dell jawab,
"Sudah semestinya. Bukan mudah hendak menjadikan penulisan itu bertaraf
profesional tau!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan