Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Sebuah Cerita di Subuh Hari



By  Kakdell     Jumaat, Januari 01, 2016    Labels:, 
29 Oktober 2015

"What are you doing? Not suppose like this!"

Tengkingan itu merobek ulu hati.

Berat kaki melangkah. Terasa sedih. Kertas kerja ditolak. Aduh, sakitnya dada!

Termenung seketika mengambil semula semangat.

Ambil semula kertas kerja yang ditolak. Baiki semula. Diteliti satu persatu.

Setelah berpuas hati, jumpa semula profesor itu.

Teragak-agak untuk memberi kertas kerja yang sudah siap dibaiki. Takut dijerkah kembali. Teringat kembali mukanya yang bengis.

Suka tidak suka, kena juga jumpa. Tawakal. Kertas kerja baru diserahkan.
Kertas kerja diteliti. Dia senyum.

"I love this assignment. Good. This is the best! I know you can do it. Just do a little adjustment. Come here. I'll show how to write it."

Dalam keadaan yang agak kepelikan, kurapati dirinya. Ditunjukkan satu persatu dengan jelas. Dia berterusan memuji diriku.

Setelah selesai. Aku terasa sangat lega. Kuambil semula kertas kerja itu, terus berlalu pergi.

Ketika sampai di rumah, ternampak kakak-kakak senior sedang membaca yasin. Kelihatan mereka baru sahaja lepas solat.

Terus teringat. Aku belum bersolat lagi. Cepat-cepat ambil wuduk.

Tiba-tiba, terdengar bunyi sesuatu. Bunyi yang sangat dikenali.

Terperanjat. Terus terjaga.

La... Mimpi rupa-rupanya. Eh, solat subuh!

Cepat-cepat ke bilik air.

Selepas solat, Dell tersengih-sengih. Jelas sungguh watak-watak yang hadir dalam mimpi tu. Yang paling syok, boleh pula kena marah dalam bahasa Inggeris sedangkan kertas tugasan dalam bahasa Melayu.


Hah, jangan nak kata Dell tidur tak basuh kaki ya!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan