Malam-malam begini teringat pula menu
makanan yang dimakan pada hari Ahad lepas.
Selesai membantu seorang teman baik, dia
belanja Dell makan di ZAWARA Coffee, Bangi Sentral.
Kawan ni tau yang Dell ni hantu kopi,
jadi dia ajak ke mana-mana sahaja restoran yang menyediakan menu kopi yang
pelbagai.
Dia 'order' dua jenis kopi, Mocha untuk
Dell dan Butterscotch Macchiato untuk dirinya.
Dia turut 'order' satu hidangan Salted
Eggs Chicken Wings, Toasted Garlic and Cheese Bun dan Churros with Chocolate
Dip untuk santapan kami.
Hidangan Churros di sini sangat sedap. Churros ditabur dengan gula perang yang halus. Lain dari kebiasaan. Churros-nya lembut dan sedikit garing di luar. Kuah coklatnya sedap. Tak manis sangat walaupun coklatnya pekat. Sewaktu makan, pastikan Churros dicecah dengan banyak ke dalam kuah coklatnya. Barulah rasanya terangkat.
Ini kali pertama Dell makan Kepak Ayam dimasak bersama Telur Masin. Haruman rempah yang digunakan sangat membuka selera. Ayamnya lembut. Benar-benar menjilat jari.
Dell bukanlah penggemar Garlic Bread tetapi Toasted Garlic di sini telah berjaya membuatkan Dell makan satu setengah roti ini. Rasa Toasted Garlic yang dicampur dengan herba serta hirisan cheese menjadikannya istimewa. Rotinya pun lembut.
Keseluruhannya memang sangat sedap! Dell jatuh hati
dengan kesemua menu yang dihidangkan.
Cubalah. Tempat ini Dell sangat rekomen.
*Pinjam gambar page ZAWARA Coffee kerana
kami terlupa nak ambil gambar setelah nampak hidangan. Sampai je makanan, kami
terus ngap kerana tidak tahan baunya yang sangat menyelerakan itu.
Nk try nnti..
BalasPadam:)
PadamTeringin
BalasPadamCubalah... Tak akan menyesal. :)
Padambelum pernah try lagi zawara ini..ade dekat area tmpat saya duduk tapi belum sempat pergi lagi,
BalasPadamPada saya memang sedap dan kena dgn selera. Ada rezeki, nak dtg lagi. :)
Padamboleh gak try..
BalasPadamSila-sila :)
Padam