Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Seminar 3P (Promo, Pemasaran dan Penjualan)



By  Kakdell     Jumaat, Januari 01, 2016    Labels: 
5 September 2015 - Dell berkesempatan ke Seminar 3P di Taman Melawati. Lebih 100 orang penulis yang hadir. Tengoklah kemeriahan kami semua pada hari kejadian, dah seperti menyambut hari raya lagaknya. Hihihi... Alhamdulillah, pelbagai pengetahuan dan ilmu yang kami dapat di seminar ini.



Bersama-sama Chef Hanielieza.

Bersama-sama Chef Hanielieza. Seronok mendengar penerangan daripada beliau bersama suaminya, Tuan Mokhtar. Pasangan yang sangat comel waktu itu.

Ingat lagi kata-kata suaminya, "Doa itu yang paling utama kemudian usaha."

Berkali-kali beliau mengingatkan para peserta seminar supaya ikhlas apabila hendak melakukan sesuatu perkara. Jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Siapa sangka, manuskrip Chef Hanielieza pernah ditolak sebelum ini. Beliau tidak berputus asa. Beliau jalan terus dan yakin apa yang beliau lakukan.

Kini, buku beliau terjual sebanyak 1.8 juta unit!

*suka melihat kesederhanaan mereka.


Bersama-sama Pn. Husna Adnan.
Bersama-sama puan yang comel iaitu puan Husna Adnan. Mengambil aura beliau yang berjaya menjual buku-buku dengan pendapatan beribu-ribu ringgit menggunakan kereta comel. Insya-Allah jika ada peluang, buku-buku Dell yang akan datang akan dikomikkan. Amin...

Bersama-sama dengan para penulis Legacy.
Antara para penulis menerbitkan buku mereka bersama Legacy Publishing.

1. Puan Azura Abdullah - Anakku Tangan Satu (working title).
2. Puan Tiny Azleen Yahaya - Kerana Aku Hamba-Nya (bakal keluar dari kilang tak lama lagi).
3. Cikpuan Rahmah Mokhtar - Jodoh Berdua (bakal terbit)
4. Tuan Ammar Muhamad
5. Puan RuQayyah Muhd - Jom Diet (bakal terbit) dan Nudin's (Sudah terbit) dan beberapa judul lagi.
6. Cikpuan Normi Binti Ahmad Shafie - Travelog Perempuan Jalan Tun Razak dan beberapa judul lain.
7. Cikpuan Rohaniahnoor Di Sini - Beli Rumah Kababoom (sudah terbit) dan beberapa judul lagi.
8. Cikpuan Nurdilla Zaini - Siri Labur Jangan Sampai Lebur (bakal terbit) dan beberapa siri lagi.

Semua buku terbitan Legacy Publishing diedarkan di kedai-kedai secara eksklusif oleh rakan niaga kami, Tim Inteam Publishing Sdn Bhd.

*Petikan status Page Legacy Publishing.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan