Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Resort AgrofarmStay @Skill-Tech Melaka



By  Kakdell     Ahad, Januari 10, 2016    Labels: 
Pintu masuk Resort AgrofarmStay, Melaka.

Pada 2 Januari 2016 lepas, Dell berpeluang menghadiri Bengkel Fotografi Tuan Adhadi Mohd anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari di Resort Agrofarmstay, Melaka. Inilah kali pertama Dell datang ke tempat ini. 

Dell datang ke sini bersama-sama seorang lagi blogger. Berdua dari Nilai. Alhamdulillah, lokasi ke tempat ini mudah dicari. Berdekatan dengan UTEM melalui Tol Ayer Keroh Melaka.

Bilik seminar.
Bilik seminar yang disediakan luas dan lapang. Terasa selesa. Mudah untuk penceramah dan peserta hendak keluar dan masuk di dalam bilik ini.

Villa
Ketika Dell dalam perjalanan nak ke dewan makan, Dell ternampak sebuah villa jauh di atas bukit. Sangat besar!

Besar, kan?
Teringat kisah-kisah yang selalu kita baca di dalam novel, duduk di dalam villa. Dalam hati berkata, kalaulah dapat menginap di sini... alangkah bertuahnya!

Pintu masuk Villa.
Alhamdulillah... rupa-rupanya, Dell dan beberapa orang blogger ditempatkan di villa ini. Merasa juga tidur di dalam ini.

Ruang tamu Villa.
Ruang tamu di dalam villa sangat luas. Kesemua perabot yang digunakan merupakan Kayu Jati. Jika mempunyai keluarga yang besar, seronok berkumpul di dalam villa ini.

Ruang tamu Villa.
Ada di antara blogger yang membawa anak-anak mereka ke sini. Seronok anak-anak kecil itu bermain-main di ruang tamu villa ini.

Perabot-perabot Kayu Jati yang digunakan.
Di suatu sudut di ruang tamu ini, Dell sangat berkenan dengan perabot yang ini. Dulu pernahlah juga Dell berangan nak memiliki perabot ini. Boleh dijadikan tempat duduk santai-santai.

Meja makan panjang.
Jika terasa hendak berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga makan-makan di ruang tamu juga boleh. Ada sebuah meja panjang disediakan. Sungguh lapang kan ruang ini?

Ruang makan villa.
Di dalam villa ini juga ada disediakan ruang makan bersebelahan dengan dapur. Dapurnya juga sangat luas dan lengkap dengan kelengkapan peralatan seperti peti ais dan lain-lain.

Dalam bilik.
Kepenatan memandu jauh dan terus berbengkel sepanjang hari, membuatkan Dell tidak sabar untuk masuk ke ruang bilik tidur. Bilik pun luas dan selesa. Bilik air pun bersih. 

Dalam bilik.
Katil sangat selesa. Almari yang disediakan pun besar. Siap ada meja tulis lagi di dalam bilik. Meja solek pun ada. Dalam bilik turut ada pendingin hawa dan kipas.

Halaman villa.
Kami semua sempat melakukan senaman keesokkan paginya di halaman villa. Terasa segar dengan udara yang nyaman. Sesuai juga jika nak diadakan barbeque di sini. Luas halamannya.

Si Bujang.
Di sini ada pelbagai jenis haiwan. Ada kuda, kambing dan lain-lain. Meh, Dell kenalkan. Ini Bujang. Sangat suka memandang kamera.

Hai, saya En. Mbek.
Buat masa ini, si Bujang berkawan dengan kambing-kambing ini. Haiwan-haiwan lain waktu ini dipindahkan kerana sedang dalam proses pengubah suaian kandang dan sebagainya.

Chalet berwarna-warni.
Satu lagi tempat yang menarik perhatian Dell ialah di chalet yang berwarna warni ini. Nampak cantik. Tambahan pula chaletnya mempunyai bentuk yang sama.

Comel, tak?
Dalam chalet.
Kebiasaannya, chalet ini digunakan untuk mereka yang buat team building atau kem motivasi. Keadaan dalamnya seperti dalam bilik asrama. 

Surau teratai.
Surau bersifat terbuka.
Luas dan kemas.
Terdapat surau berdekatan dengan bilik seminar. Sesuai digunakan oleh peserta-peserta kem motivasi atau teambuilding. Luas dan kemas. Selesa.

Bilik menunggu.
Bilik mesyuarat.
Bilik kuliah.
Dell berkesempatan melawat kawasan sekitar sini. Saja nak melihat kot-kot ada tempat yang sesuai untuk dibuat seminar atau lain-lain di sini pada masa akan datang.

Kolam renang.
Berhadapan dengan bilik mesyuarat dan bilik kuliah, terdapat sebuah kolam renang yang agak besar. Terasa nak je terjun di dalam ini bila melihat budak-budak seronok bermandi manda di sini. Tapi Dell tidak bawa baju lebih.

Rumah kasut.
Bilik karaoke.
Rumah kasut ini turut menarik perhatian Dell. Comel. Sebenarnya, rumah kasut ini merupakan bilik karaoke. Sangat selesa dan besar di dalamnya. Sesuai jika kita bernyanyi bersama keluarga.

Gambar kenangan bersama blogger di AgrofarmStay Melaka.
Keseluruhannya, Dell boleh rekomen tempat ini sesuai digunakan untuk kem motivasi dan teambuilding berdasarkan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan tempat ini, boleh dilayari di :

Instagram: Agrofarmstay

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

6 ulasan:

  1. memang tidur lena bermalam kat villa tu...

    BalasPadam
  2. Pcl dah biasa nginap di villa pd gathering bln 5 2015, memang selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tilam pun empuk... memang tidur pengsan jawabnya! Hihihi... :)

      Padam
  3. suka villa tu...besar dan selesa dan bersih

    BalasPadam