Memaparkan catatan dengan label Puisiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisiku. Papar semua catatan
::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 21 Oktober 2011::
Setelah melihat gambar sahabatku Xuera Iffah ini, tiba2 terpacul puisi ini diminda... khas buatmu...
Di Hari Persandingan
Sungguhlah cantik puteri itu
Duduk bersimpuh tersenyum malu
Berbaju putih tampaklah ayu
Menanti putera berdebar selalu
Saat dinanti telah pun tiba
Si putera datang segak bergaya
Berbaju putih bersamping pula
Sungguhlah padan kedua-duanya
Kini debaran makin terasa
Tatkala putera bersiap sedia
Sambil tok kadi menjeling mesra
Usikan nakal pun bergema
Selesai akad doa dibaca
Ketika itu keluarlah airmata
Terasa sebak dalam gembira
Kini si puteri milik si putera
Ketika cincin tersarung di jari
Bergetar sungguh di sanubari
Sebuah kucupan mesra di dahi
Tanda kasih tersemat di hati
Berkatalah ayahanda pada si putera
Jagalah puteri sebaik-baiknya
Kini puteri di bawah tanggungannya
Berilah ia didikan agama
Bonda berpesan pada si puteri
Janganlah engkar perintah suami
Syurga puteri dikakinya kini
Semoga hidup diberkati
Rakan dan taulan turut bersama
Meraikan hari yang bahagia
Antara puteri dengan si putera
Harap kekal hingga ke syurga
9.13 malam, 21/10/2011 - Seri kembangan...
::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 10 Oktober 2011::
Tersebutlah kisah satu cerita
Kisah teman yang aku cinta
Dari mula sejak bersua
Saat kita bertentang mata
Hati ini rasa bahagia
Bila kita sentiasa bersama
Tidak dapat diungkapkan kata
Hanya dikau yang aku puja
Tapi kini kau tiada
Di saat aku bersulam cinta
Anyamanku tidak sempurna
Seri wajahmu di depan mata
Masih kuingat kenangan kita
Ketika kita terbang bersama
Di langit biru kita bersuka
Bagai terasa indah di syurga
Malangnya nasib telah menimpa
Kau jatuh di depan mata
Akibat angkara manusia durjana
Kau pergi buat selamanya
Wahai kasih yang kupuja
Sayangku tetap di dalam dada
Akan kutunggu di pintu syurga
Sebagai tanda taat setia...
PLB@copyright 2011
10/10/2011, 9.55 malam
Khas buat Cikgu Azizah Mohamad yang memintaku menulis puisi berdasarkan gambar ini...
::Tulisanku di Blog Putri Lindungan Bulan pada 25 September 2011::
PLB@copyright2011
10.10 malam, 25.09.2011
Tersebutlah kisah satu cerita
Kisah si Putri yang berkelana
Dari desa turun ke kota
Memenuhi hasrat dan cita-cita
Dari kecil hingga dewasa
Pelbagai dugaan yang menimpa
Menumpang kasih pada yang ada
Walaupun ianya tidak seberapa
Sedih di hati tidak terkira
Mengenang nasib yang menimpa
Walaupun wajah nampak ceria
Rahsia di hati tidak terkata
Segala rasa terpendam saja
Fitnah dan nista teman setia
Tiada lafaz yang boleh dikata
Buat pembangkit penawar bisa
Kata nenda sabarlah saja
Orang yang benar akan menjelma
Walaupun lewat ditunjuk oleh-Nya
Janganlah cepat berputus asa
Putri berkata baiklah nenda
Bangkitlah semangat Serikandi Bangsa
Akan dijunjung ke akhir nyawa
Dikotanya ia janji setia
Kini si Putri merasa bangga
Segala impian tercapai jua
Segala janji telah dikota
Walaupun nenda telah tiada
Teringatlah Putri warkah si Nenda
Berusaha dan Tawakallah kepada-Nya
Perlu redha apa yang menimpa
Itulah azimat mahal harganya
PLB@copyright2011
10.10 malam, 25.09.2011
::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 19 Julai 2011::
Di dalam kalbu ada rindu
Raut wajahnya kuingat selalu
Tapi malangnya ia jadi seteru
Manisnya madu jadi hempedu
Di dalam kalbu ada rasa
Bilalah kita hendak bersua
Tapi malangnya ia gerhana
Manisnya rindu jadi duka
Di dalam kalbu ada cinta
Bilalah kita hendak bersuka
Tapi malangnya ia sengketa
Manisnya rasa kelat sahaja
Di dalam kalbu ada sayang
Dirinya asyik terbayang-bayang
Tapi malangnya kasih terhalang
Manisnya cinta rasa terbuang
Di dalam kalbu ada kasih
Menunggu dia seperti bertatih
Tapi malangnya ia letih
Manisnya sayang rasa tersisih
Di dalam kalbu ada rindu
Raut wajahnya kuingat selalu
Tapi malangnya ia jadi seteru
Manisnya madu jadi hempedu
Di dalam kalbu ada rasa
Bilalah kita hendak bersua
Tapi malangnya ia gerhana
Manisnya rindu jadi duka
Di dalam kalbu ada cinta
Bilalah kita hendak bersuka
Tapi malangnya ia sengketa
Manisnya rasa kelat sahaja
Di dalam kalbu ada sayang
Dirinya asyik terbayang-bayang
Tapi malangnya kasih terhalang
Manisnya cinta rasa terbuang
Di dalam kalbu ada kasih
Menunggu dia seperti bertatih
Tapi malangnya ia letih
Manisnya sayang rasa tersisih
::Tulisanku di Blog Putri Lindungan Bulan pada 19 Julai 2011::
Pabila orang tidak suka
Manisnya madu dikatanya cuka
Pabila orang tidak suka
Intan belian dikatanya kaca
Pabila orang tidak suka
Pujian ikhlas dikatanya menghina
Pabila orang tidak suka
Bunga cantik dikatanya duri berbisa
Pabila orang tidak suka
Bercakap benar dikatanya dusta semata
Pabila orang tidak suka
Berada di sisi dikatanya sibuk sahaja
Pabila orang tidak suka
Kasih sayang dibalas dengan tuba
Pabila orang tidak suka
Panjang nyawanya diharapkan pendek nafasnya
Pabila orang tidak suka
Elok kita buat tak endah sahaja
Pabila orang tidak suka
Manisnya madu dikatanya cuka
Pabila orang tidak suka
Intan belian dikatanya kaca
Pabila orang tidak suka
Pujian ikhlas dikatanya menghina
Pabila orang tidak suka
Bunga cantik dikatanya duri berbisa
Pabila orang tidak suka
Bercakap benar dikatanya dusta semata
Pabila orang tidak suka
Berada di sisi dikatanya sibuk sahaja
Pabila orang tidak suka
Kasih sayang dibalas dengan tuba
Pabila orang tidak suka
Panjang nyawanya diharapkan pendek nafasnya
Pabila orang tidak suka
Elok kita buat tak endah sahaja
Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku gembira
Ingin membantu apa yang ada
Kerna wujud sayang di jiwa
Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku gulana
Resah dihati tidak terkira
Kerna dia yang salah sangka
Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku derita
Tidak dapat diucapkan kata
Hanya mampu berserah kepada-Nya
Dalam hati ada rasa
Bila waktunya ingin bersua
Setelah maaf sudah dipinta
Ingin kulihat wajahnya ceria
Dalam hati ada rasa
Ingin ku sulam isi hatinya
Janganlah dia memendam rasa
Ku ingin dia rasa bahagia
::Puisi ini telah diterbitkan di Buku 'Menyirat Cinta Haqiqi' oleh Dato' KEMALA pada tahun 2012::
Nota :
Penulisan puisi inilah menemukan Dell dengan Dato' KEMALA yang merupakan Sasterawan Negara secara peribadi untuk beliau menilai puisi Dell agar dapat diterbitkan ke dalam buku beliau.
Waktu itu aku gembira
Ingin membantu apa yang ada
Kerna wujud sayang di jiwa
Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku gulana
Resah dihati tidak terkira
Kerna dia yang salah sangka
Dalam hati ada rasa
Waktu itu aku derita
Tidak dapat diucapkan kata
Hanya mampu berserah kepada-Nya
Dalam hati ada rasa
Bila waktunya ingin bersua
Setelah maaf sudah dipinta
Ingin kulihat wajahnya ceria
Dalam hati ada rasa
Ingin ku sulam isi hatinya
Janganlah dia memendam rasa
Ku ingin dia rasa bahagia
::Puisi ini telah diterbitkan di Buku 'Menyirat Cinta Haqiqi' oleh Dato' KEMALA pada tahun 2012::
Nota :
Penulisan puisi inilah menemukan Dell dengan Dato' KEMALA yang merupakan Sasterawan Negara secara peribadi untuk beliau menilai puisi Dell agar dapat diterbitkan ke dalam buku beliau.
::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 19 Jun 2011::
Kali pertama bertentang mata
Hati sudah berdebar rasa
Gembira hati tidak terkira
Selepas itu masih bersua
Tatkala berpisah asyik terkenang
Hanya gambar dapat dipandang
Merana jiwa tak kunjung datang
Kerna rindu datang bertandang
Makin lama timbulnya kasih
Seperti harumnya bunga selasih
Terasa diri tidak tersisih
Pabila dirinya menjadi kekasih
Perasaan sayang makin mendalam
Umpama menyelam lautan dalam
Rindunya kasih asyik bersulam
Ianya datang tak kunjung padam
Malang menimpa nasib si Putri
Dek kerna kesilapan tak dihajati
Bukan Putri nak membela diri
Cuma memberitahu isi di hati
Niat di hati sangat ikhlas
Tiada mengharap supaya di balas
Bersaksikan Pencipta langit di atas
Walaupun ku tahu sakitnya berbekas
Walaupun sudah sepurnama
Lara di hati masih membara
Tiada ungkapan dapat dikata
Kerana terasa parah di jiwa
::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 30 Disember 2010::
Hari-hari dengar lagu berentak gendang
Kononnya, tak sabar nak berlawan di gelanggang
Ingat senang lawan nak diketis
Tak sedar diri, dah setahun lebih tak praktis
Maka, dari bulan turun ke tanah
Rasa badan sangat gah
Tak sedar diri nak tergadah
Abis sendi, otot dan tulang macam nak patah
Sudah lama Putri berhenti
Tapi masih tak sedar diri
Ingat badan masih kuat lagi
Akhirnya, rasa macam nak mati
Kini, sakit otot dan sendi
Nak angkat kaki sakit apatah lagi berlari
Termenung Putri seorang diri
Nak buat kerja lebih-lebih, terasa sakit juga di hati
Menang dan kalah tidak dipeduli
Tapi kebanyakannya dapat seri
Argh, tak kisah pun apa keputusannya nanti!
Janji Putri rasa senang hati!






