Dell rasa selesa kerana bilik agak besar. Ada satu katil jenis queen dan satu katil jenis single.
Dalam bilik serba serbi sudah disediakan. Bungkusan kopi jika ingin bancuh sendiri, cerek elektrik, peti ais, sejadah dan hanger untuk sangkut baju.
Cuma jika nak seterika baju, seterika boleh digunakan di bilik 106. Bilik itu memang disediakan khas untuk sesiapa yang ingin seterika pakaian.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi, pihak hotel menyediakan Pakej Bilik Ramadan bermula pada 10 sehingga 31 Mei 2019.
Untuk Laketown Hotel, harga RM105 dikenakan bagi bilik standard untuk dua orang tetamu yang menginap selama 2 hari 1 malam. Bufet buka puasa pula diberikan kepada seorang tetamu sahaja.
Untuk Kampung Air pula, sebanyak RM175 dikenakan bagi bilik Seri Teratai Suite untuk dua orang tetamu yang menginap selama 2 hari 1 malam. Bufet buka puasa juga hanya diberikan kepada seorang tetamu sahaja.
Harganya berpatutan, kan? Sesuai untuk bawa famili bercuti di sini. Macam-macam ada.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan