Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Hari Selasa kelmarin, Dell berjumpa dengan supervisor untuk membincangkan progress penyelidikan kami. Alhamdulillah, perkembangannya ialah storyboard sedang dalam proses pembinaan. Lantas beliau mengatakan, jika salah satu antara storyboard tersebut siap, kami sudah boleh mula menulis sebuah jurnal. Tersenyum lebar Dell mendengarnya. Itulah yang Dell tunggu-tunggu selama ini. Tak sabar rasanya hendak menulis jurnal.

Hari ini, Dell selesai menghantar artikel kedua untuk akhbar. Apatah lagi setelah editor tersebut mengalu-alukan Dell menghantar artikel lagi di ruangan lain yang terdapat di akhbar tersebut.

Semangat Dell membara setiap kali melihat keratan akhbar yang tertulis artikel Dell pada Sabtu lepas. Ianya benar-benar memberi semangat untuk Dell menulis. Tambahan pula supervisor, rakan-rakan dan mereka yang terdekat memberi dorongan kepada Dell supaya Dell teruskan menulis. Mudah-mudahan artikel kedua ini keluar di akhbar tersebut walaupun di ruangan yang lain. Amin.


Nota :
Patutlah ramai yang meminta Dell bingkaikan artikel pertama dan letakkannya di tempat yang Dell selalu boleh lihat. Rupa-rupanya, itulah salah satu aura yang dapat menjana semangat untuk menulis. Barulah Dell faham penangannya. :)

Putu Bambu World
Ini kali pertama Dell melihat Putu Bambu dikomersialkan di dalam bekas berjenama seperti ini. Dell tidak tahu berapa harga sepeket kuih ini kerana ianya merupakan pemberian oleh supervisor Dell. Tak elok pula ditanyakan harganya. Terdapat 5 gulung putu bambu di dalam bekas ini.

Putu bambu berwarna hijau
Selama ini, Dell hanya jumpa putu bambu berwarna putih tapi Putu Bambu World ini berwarna hijau. Pemilihan warna hijau muda dinaikkan seri dengan kehadiran hirisan parut kelapa yang berwarna putih serta warna coklat hasil dari gula melaka yang ada di dalam putu. Apabila dicubit, putu bambu ini selembut warnanya. Rasanya pun sedap. Memang berbaloi membelinya.

Plastik pembungkus Putu Bambu World
Di beg plastik putu bambu ini ada tertera nombor telefon untuk tempahan iaitu 013-2812080 dan 013-2813543. Cubalah cari putu bambu ini, rasanya memang tidak mengecewakan! :)




Hari Selasa kelmarin, Dell berpeluang berjumpa dengan supervisor Dell setelah cuti lama di kampung. Setelah selesai kami membincangkan tentang penyelidikan kami, beliau mengajak Dell makan tengahari di Lemongrass Restaurant di The Mines. Ini merupakan kali pertama Dell cuba makan di sini. Beliau mengatakan bahawa sup di sini sedap.

Bakso dan Special Coffee Cincau
Dell memilih menu Bakso dan Special Coffee Cincau. Bagi Dell, menu Bakso tidak memenuhi citarasa Dell. Rasa supnya seperti sup ikan bukan sup daging. Dell memilih air kopi ini kerana keunikkannya mempunyai hirisan cincau yang halus di dalamnya. Air kopinya sedap. 

Kami memilih sotong goreng dan udang bungkus sebagai makanan ringan selepas menu berat. Rasanya ok. Elok di makan ketika panas dan dicecah dengan sos cili.

Sotong goreng dan udang bungkus

Nasi Lemak Lemongrass
Supervisor Dell membeli dua set bungkus Nasi Lemak Daging Rendang untuk kami berdua makan malam nanti. Nasi lemaknya, Dell puji memang sedap. Isi daging rendangnya lembut dan sedap di makan bersama sambal tumis yang diberi. 
Pada hari Sabtu lepas (21 September 2013) merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Dell. Ianya merupakan hari yang bersejarah buat Dell kerana artikel pertama Dell diterbitkan di salah satu akhbar bahasa Melayu nombor satu di negara ini. Tercapai salah satu impian Dell. 

Ruangan Cuti-cuti Bajet di Citra Orang Muda (.com) Utusan Malaysia pada 21 September 2013
Kali ini Dell hendak berkongsi sedikit al-kisah penulisan artikel ini bagi menjawab beberapa soalan yang telah diajukan kepada Dell oleh beberapa orang rakan di luar sana. Mudah-mudahan ianya bermanfaat ya.

Bagaimana tercetusnya idea menulis artikel di ruangan Cuti-cuti Bajet di Citra Orang Muda (.com) Utusan Malaysia?
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang bertanyakan soalan ini. Idea untuk menulis di akhbar tempatan merupakan impian yang sudah lama terpendam di hati saya. Saya bukan hanya ingin menulis di akhbar biasa tetapi memasang impian untuk menulis di salah satu akhbar bahasa Melayu No. 1 Malaysia.

Bagaimana proses menulis artikel tersebut bermula?
Pada asalnya, saya hanya menulis secara suka-suka di blog saya mengenai tempat tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, salah seorang rakan blogger saya menyusulkan satu pendapat meminta saya ubahsuai tulisan di blog tersebut menjadi sebuah artikel dan menghantarnya di akhbar ataupun di majalah. Beliau sangat yakin dengan penulisan saya. Maka, saya menyahut cabarannya itu. Itu baru titik pertama, ada lagi perkara yang perlu dilakukan.

Menarik! Boleh saudari teruskan lagi?
Bukan mudah untuk menulis sesebuah artikel di akhbar jika tidak tahu caranya. Setelah saya memilih akhbar yang berkenan di hati, saya 'membedah' akhbar tersebut untuk beberapa keluarannya. Saya teliti pola penulisan di ruangan yang saya berkenan untuk hantar artikel. Dari situ, kita akan tahu gaya penulisan yang disukai oleh editor akhbar tersebut.

Bagaimana saudari menulis artikel tersebut?
Selepas selesai 'membedah' artikel-artikel di ruangan akhbar berkenaan, saya terus menulis sebuah artikel yang panjangnya sekurang-kurang 700 patah perkataan. Setelah siap artikel tersebut, baru saya hubungi emel editor seperti yang tertera di akhbar berkenaan. Saya bertanyakan format yang dikehendaki. Selepas itu, saya baiki artikel tersebut mengikut format yang ditetapkan. Yang penting, seboleh-bolehnya 'zero' kesalahan ejaan, tanda wacana dan tatabahasa. Ini prinsip saya.

Sukar juga ya.
Benar. Ianya tidak semudah yang kita sangkakan. Apatah lagi kita ini hanyalah penulis muda yang baru hendak mulakan langkah pertama. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan editor. Alhamdulillah, kini saya telah dipelawa oleh editor untuk menghantar artikel di mana-mana ruangan di Citra Orang Muda (.com) tersebut.

Mengapa pilih akhbar Utusan Malaysia untuk menghantar artikel pertama?
Itu adalah impian saya sejak alam persekolahan lagi. Saya selalu berangan-angan bahawa suatu hari nanti artikel saya dibaca oleh pembaca seluruh Malaysia. Seperti yang kita ketahui, akhbar Utusan Malaysia antara akhbar yang popular di Malaysia dan pembelinya ramai berbanding akhbar berbentuk tabloid. Golongan pembaca akhbar tersebut luas, yakni tidak tertumpu hanya golongan remaja atau orang muda sahaja.

Apakah perancangan saudari seterusnya?
Insya-Allah, saya akan mempelbagaikan penulisan saya. Saya bercita-cita hendak menghasilkan buku sendiri suatu hari nanti. Jika ada rezeki, saya akan mendalami ilmu penulisan melalui bengkel, forum dan sebagainya. Tanpa ilmu, sukar kita hendak melangkah dengan lebih jauh.

Adakah saudari pernah menghantar penulisan bentuk lain selain di akhbar?
Pada akhir tahun 2011, saya pernah menghantar beberapa buah puisi kepada Dato' KEMALA yang merupakan Sasterawan Negara ke-11 untuk diterbitkan di salah satu buku antologi selenggaraannya. Itulah percubaan pertama saya menghantar penulisan puisi kepada seseorang yang sangat berpengaruh dalam dunia sastera. Tujuannya, saya hendak mengetahui sejauh mana pencapaian puisi saya itu. Saya ingin mendengar komen daripada sasterawan negara sendiri.

Boleh saudari kongsikan pengalaman tersebut?
Boleh, apa salahnya. Saya masih ingat lagi kata-kata beliau kepada saya, "Saya akan teliti dulu puisi-puisi tersebut, jika saya tidak berpuas hati, kamu kena baiki sehingga saya puas hati." Telan air liur saya ketika itu. Saya tetap hantar puisi-puisi tersebut dan bertawakal. Alhamdulillah, beliau berjumpa dengan saya secara peribadi di pejabat dan menyatakan bahawa dia akan terbitkan salah satu puisi saya tanpa perlu ada pembetulan. Beliau meminta saya terus menulis. Kata-kata beliau pada hari tersebut membuatkan semangat menulis saya semakin tinggi dan saya berasa yakin diri.

Ucapan penghargaan Dato Kemala di laman Sastrawan Numera. 

Puisi tersebut diterbitkan di mana ya?
Puisi saya bertajuk 'Dalam Hati ada Rasa' diterbitkan dalam Buku 'Mencari Cinta Haqiqi' oleh Dato KEMALA pada tahun 2012.

Akhir kata, mungkin saudari ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca di luar sana.
Jika anda suka menulis, tulislah tanpa berhenti. Jangan putus asa. Jangan sombong untuk mencari ilmu tentang penulisan secara perseorangan mahu pun di mana-mana majlis ilmu. Ilmu itu penting. Lagi satu, setiap kali ingin menulis, berdoalah kepada Allah agar diberi ilham. Dialah sebaik-baik ilham. :)


NOTA :
Artikel tersebut boleh dibaca di laman web Utusan Malaysia, Terokai Farm In The City.

Dulu, Dell jarang hendak menyimpan duit syiling di dalam dompet kerana ianya akan memberatkan dompet. Tapi kini Dell perlu menggunakannya kembali. Untuk apa? Untuk membeli air minuman yang ditapis di mesin air berdekatan rumah.

Sebelum ini, Dell hanya masak air di paip rumah sahaja tetapi sejak kebelakangan ini Dell perasan bahawa air tersebut seperti tidak bersih kerana tidak bertapis. 

Pada awalnya, Dell kerap membeli sebotol besar air mineral di kedai-kedai berdekatan. Harganya agak mahal. Selalunya mencapai lebih RM10 sebotol. 

Secara kebetulan, baru-baru ini Dell ternampak ada satu mesin air jenama baru ada berdekatan dengan rumah Dell yang menawarkan dua jenis air. Seposen 500ml untuk air tapis biasa dan dua posen 500ml untuk air yang ditapis beserta hidro ion. Dell lupa nama jenama mesin air tersebut.

Jadi, petang tadi Dell membelanjakan duit syiling sebanyak hampir RM3 untuk mengisi air tersebut. Dell memilih air yang ditapis berserta hidro ion. Tak salah berbelanja lebih sedikit untuk kesihatan, kan?

Apa-apa pun, ianya lebih murah berbanding membeli air yang sudah siap dibotolkan di kedai, kan? Maklumlah, sekarang ini kita kena berhemah dalam berbelanja. :)

Lukisan terbaru Dell pagi tadi.

Tajuk : Mencari ilham



Masih ingatkah semalam Dell ada mengatakan bahawa Dell telah hantar satu artikel di salah satu akhbar tempatan sebagai satu langkah pertama dalam bidang penulisan? Alhamdulillah, hari ini Dell telah menerima emel daripada editor akhbar tersebut mengatakan bahawa artikel Dell akan disiarkan di Citra Orang Muda (.COM) Utusan Malaysia pada hari Sabtu ini.

Emel daripada editor

Tiada apa yang dapat Dell gambarkan betapa gembiranya hati Dell hari ini. Percubaan Dell yang pertama sudah berjaya. Impian Dell untuk menghantar artikel di akhbar Utusan Malaysia lalu diterbitkan menjadi kenyataan. Dell berasa bersyukur sangat-sangat kepada yang Maha Pemberi Rezeki. Tanpa ilham yang diberikan oleh-Nya sudah tentu sehingga kini Dell tidak dapat menaip walaupun satu patah perkataan.

Terima kasih juga Dell ucapkan kepada rakan-rakan dan keluarga yang menyokong Dell selama ini. Tanpa tunjuk ajar dan tips-tips yang diberikan tentu sukar. Insya-Allah, Dell akan terus berkarya. Amin. :)

Sebenarnya Dell tidak menyangka dengan penubuhan blog kedua ini, Dell berpeluang berjumpa dengan mereka yang mempunyai aliran pemikiran yang hampir sama dengan Dell. Malah, melalui penulisan blog ini telah membuka peluang kepada Dell secara langsung dan tidak langsung untuk menceburi bidang atau aliran tertentu yang selama ini hanya dalam angan-angan.

Jika tidak kerana salah seorang rakan blogger Dell iaitu Izham yang telah mengajak Dell pergi ke Bengkel Asas Penulisan Rencana bersama Tuan Zamri Mohamad pada bulan Jun lepas, sudah tentu Dell tidak mendapat galakan dan sokongan daripada rakan penulis lain. Terima kasih ya!

Alhamdulillah, akhirnya Dell telah menyiapkan sebuah artikel untuk salah satu ruangan di akhbar. Inilah kali pertama percubaan Dell menulis artikel untuk akhbar. Dell sudah berhubung melalui emel dan mengharapkan 'feedback' yang baik daripada editor. Mudah-mudahan berjaya. Amin.

Sekiranya artikel Dell ini diterima untuk disiarkan di akhbar tersebut, ianya merupakan langkah pertama untuk langkah seterusnya.

Benar... sekali sahaja artikel sudah siap ditulis, kita akan terasa ingin menulis artikel yang seterusnya. Dell sudah mendapat ilham isu yang kedua untuk ditulis. Mudah-mudahan berjaya. Amin. 




Dell teringat ketika Dell menerima jemputan daripada salah seorang guru koir UPM (yang merupakan seorang pensyarah muzik dari UITM Shah Alam) pada tahun 2011. Beliau meminta Dell mendendangkan Nazam Kasih Ayah dan Ibu bersama kumpulan koir UPM untuk dipersembahkan di Laman Budaya, Shah Alam. Dell turut mendendangkan Syair Burung Pungguk sebagai bonus.

Beliau tertarik dengan persembahan Dell mendendangkan sebuah nazam (ala-ala dekon) di dalam salah satu majlis di UPM beberapa bulan sebelum itu. Itu yang dikhabarkan kepada Dell oleh salah seorang ahli koir tersebut.

Dell rasa terharu apabila mengetahuinya. Itulah kali pertama Dell pergi ke Laman Budaya, Shah Alam. Dan itulah merupakan kali pertama Dell mendapat sedikit bayaran untuk membuat persembahan.

Ketika menyampaikan Nazam Kasih Ayah dan Ibu.
Dell bersama guru koir (pensyarah muzik dari UITM Shah Alam) dan ketua koir UPM.
Dell bersama-sama dengan kumpulan koir UPM.
Bersama kumpulan lain yang turut membuat persembahan pada petang itu.
Ianya merupakan kenangan yang tidak dapat Dell lupakan. Dell berterima kasih sangat kepada mereka yang memberi kepercayaan kepada Dell.

Dell masih ingat beberapa tahun dahulu ada 'orang' kata Dell tidak tahu apa-apa kerana bukan orang seni. Dell tertanya-tanya, dari sudut mana mereka pandang pada seseorang itu sehinggakan boleh tahu bahawa orang itu tiada seni?

Sewaktu 'mereka' mengatakan begitu, Dell diamkan sahaja. Pada Dell, mereka bukan orang yang sebenar-benar layak untuk berkata demikian. Untuk mengetahui potensi kita sendiri, jumpalah dengan golongan yang benar-benar berkelayakan. Jika tidak, orang seperti itu akan membunuh semangat kita.

Salah satu cara Dell gunakan untuk mengetahui sejauh mana potensi Dell, Dell siapkan sesebuah karya kemudian Dell akan berjumpa mereka yang benar-benar pakar dan bertauliah di dalam bidang itu. 

Sebagai contoh, Dell pernah menghasilkan beberapa puisi secara spontan dan Dell tunjukkan puisi-puisi tersebut kepada Dr. Lim Swee Tin dan Dato' Kemala. 

Alhamdulillah, komen mereka membuatkan Dell tersenyum. Ingat lagi ketika mereka mengatakan tidak sangka Dell boleh mengarang puisi yang cukup baik bagi seseorang penulis yang tiada ilmu mengenai puisi. 

Mereka terus meminta Dell jangan berhenti menulis dan teruskan menulis kerana bakat itu sudah ada cuma perlukan banyak latihan dan belajar teknik-teknik untuk penambahbaikan.

Hal ini juga berlaku dalam bidang nyanyian. Bakat sudah ada cuma Dell perlu menggilapnya. Nyanyian tu hanya sebagai hobi Dell ketika lapang dan tidak pernah terfikir untuk menjadikannya sebagai kerjaya. Dan seperti biasa, Dell akan meminta pendapat daripada mereka yang pakar selain mereka yang berada disekeliling Dell.

Begitu juga dengan hobi terbaru Dell dalam bidang lukisan. Secara kebetulan, Dell mengenali seseorang yang memang mempunyai Diploma dalam Seni Halus dan Master dalam multimedia dan reka bentuk. Beliau merupakan pensyarah di salah sebuah IPTA di Perak. 

Letih melayan orang sebegini....

Dell tunjukkan lukisan Dell kepadanya petang semalam untuk meminta pendapat. Alhamdulillah, komen beliau turut membuatkan Dell tersenyum. Beliau juga turut memberi sedikit tips untuk melukis. Beliau kata Dell memang ada bakat melukis tapi perlu belajar teknik-teknik supaya lukisan akan jadi lebih baik.

Percubaan melukis gambar sepasang pengantin...

Jadi Dell tertanya-tanya lagi, dari sudut mana 'mereka itu' pandang pada seseorang itu sehinggakan boleh tahu bahawa orang itu tiada seni?

Dell berbincang juga isu ini bersama pensyarah tersebut. Beliau kata, "orang yang benar-benar mempunyai darah seni tidak akan sekali-kali mengatakan orang lain itu tiada seni." Dell teringat yang Dr. Lim Swee Tin turut menyatakan penyataan yang hampir sama dengan pensyarah ini beberapa tahun dulu.


Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa Dell memang mempunyai darah seni. Atok sebelah ayah Dell merupakan penyanyi ghazal dan pandai bermain alat muzik. Beliau bersama adik-beradiknya menubuhkan sebuah kumpulan muzik dan selalu membuat persembahan di sekitar Johor. 

Tidak hairanlah, kebanyakan sepupu Dell di belah bapa mewarisi kemahiran lakonan, nyanyian dan tarian. Yang benar-benar terserlah sepupu Dell iaitu Kumpulan Shiro Raja Lawak.

Manakala, moyang di sebelah ibu Dell pula pandai bertukang dan mengukir kayu. Maklumlah, beliau dari Minangkabau, Indonesia. Beliau ini Dell sempat jaga ketika hidupnya. Isterinya pula pandai berpantun dan bersyair secara spontan. Manakala, bapa kepada moyang pula pandai mengaji, seni bela diri dan seni perubatan Islam.

Seni ini ada pelbagai... Ada seni melukis, menyanyi, berlakon, menulis, perubatan, bertukang, menjahit, tarian dan sebagainya. Jadi siapa yang berani kata bahawa seseorang itu tiada seni? Siapa yang tahu bahawa seseorang itu tiada berdarah seni? 










Dengan teknologi moden yang ada sekarang ini, kita boleh mencuba dulu apa yang diimaginasikan sebelum kita melaksanakannya. Dell cuba membayangkan sekiranya salah satu lukisan Dell dibingkaikan. Agak-agaknya laku tak kalau Dell jual lukisan sebegini? ;)

Allah

Beberapa tahun lepas, Dell pernah cuba menjahit manik. Alhamdulillah, ianya menjadi kerana Dell hanya menjahit manik bentuk kerang di sekeliling pergelangan tangan baju kebaya Dell. 

Tapi, mengapa Dell tidak meneruskan aktiviti menjahit manik? Cukuplah sekali Dell menjahit untuk sepasang baju (hanya kedua-dua pergelangan tangan sahaja) telah mengambil masa selama 3 hari! Fuh, tak sanggup hendak mengulanginya lagi. Tertekan rasanya.

Jahitan manik pertama Dell

Walau bagaimanapun, hobi melukis ini Dell rasa sangat berbeza. Membuatkan hati sentiasa hendak melukis sesuatu yang baru. Terutama jika lukisan yang Dell lukis itu menjadi. Terasa sangat puas dan Dell akan menatapnya berhari-hari. Kalaulah Dell tahu yang Dell boleh melukis, dari dulu lagi Dell asah bakat ini.

So relaxing!




Serius Dell katakan, Dell rasa sangat gembira selepas Dell melukis. Malah, ada rasa hendak membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan penyelidikan sambil melukis peta minda yang ringkas. Kalau tidak, mood sebelum ini mesti 'slow'. Mungkin ianya disebabkan Dell bermain dengan warna selama beberapa jam.
Alat-alat lukisan Dell setakat ini...
Nampak tak berus yang besar tu? Akhirnya Dell jumpa berus yang dicari di kedai alat tulis di flat ikan. Itu pun tinggal satu batang je. Ada juga beberapa batang berus lukisan lain yang Dell beli di situ.

Dell telah membeli buku lukisan dan pensel yang sesuai untuk melukis 'sketch'. Apabila Dell dah mula melukis ini, baru Dell tahu berus mana yang benar-benar sesuai dengan jiwa. Ini Dell sertakan dua lagi lukisan yang sempat dilukis.

'Bagai pungguk rindukan bulan'

'Allah'


Sudah lama Dell tidak melukis. Rasanya dah lebih 15 tahun. Tak tahu mengapa, tiba-tiba Dell rasa gian sangat nak melukis. Akhirnya Dell membeli peralatan melukis pada Ahad lepas. Lega sangat selepas melukis. Hilang rasa tensen dan Dell rasa gembira sangat!

Alat-alat lukisan yang baru dibeli...
Karya pertama....
Karya kedua...
    Karya ketiga...





Semalam Dell berpeluang pergi ke Farm In The City bersama kawan-kawan di Prima Tropika Seri Kembangan. Tempatnya bersebelahan dengan Flea Market, belakang Giant Equine Park. 

Sebenarnya Dell dah lama dengar tempat ini tapi baru jumpa ketika bulan Ramadan lepas. Maklumlah tempat ini agak tersorok dari pandangan umum dan papan kenyataannya pun tidak banyak kelihatan.

Dengan bayaran masuk sebanyak RM48 bagi orang dewasa (tetapi Dell hanya bayar RM28 sahaja kerana ada kad Jaya Jusco), secara rasminya Dell bersama kawan-kawan dapat menjelajahi tempat ini. Lihatlah gambar-gambar yang Dell lampirkan di sini. 

Berkilat, kan kura-kura gergasi ini? Agaknya penjaga zoo ini 'polish' cengkerangnya kot? Hehehe...
Hati-hati, kambing gurun ni garang tau!
Beri makan rusa... suka tengok rusa seperti Bambi ni...
Setelah penat berjalan, mari kita berbuai dulu...
Beri makan kat Arkus yang comel ini...
Ish, boleh pula dia bercium kat sini... 18sx ni... hehehe...
Bangau oh bangau!
Berjaya juga si burung ini rembat setengah potong pisang dari genggaman Dell!

Pada pandangan Dell, tempat ini kemas dan bersih. Penjaga bagi setiap binatang pun jenis yang peramah dan baik melayan kerenah pengunjung yang datang. Tempatnya tidaklah sebesar mana, boleh dikategorikan sebagai mini zoo. Reka bentuk mini zoo ini ada iras-iras seperti zoo di Singapura.

Keunikan tempat ini ialah pengunjung boleh memberi makan hampir kebanyakan binatang di sini. Kira memang puas hatilah! Tempat basuh tangan pun ada di mana-mana, jadi tidak perlu risau tangan kotor.

Dengan membenarkan para pengunjung memberi makanan kepada binatang-binatang di sini menyebabkan para pengunjung rasa gembira. Malah ianya tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan. Pengunjung pun dibenarkan mengambil gambar bersama-sama binatang yang ada.

Tag masuk Farm In The City
Marilah datang ke tempat ini. Walaupun tempatnya kecil, binatang-binatang yang ada tidak mengecewakan. Percayalah!
Sempena hari persandingan sepupu pada 18 Ogos 2013, pakcik Dell pulang ke kampung dengan menaiki keretapi berseorangan kerana hendak mengelakkan kesesakan lalu lintas jika memandu kereta pulang ke ibu kota pada hari Ahad itu. Maklumlah, cuti sekolah berakhir pada hari Ahad tersebut. 

Selepas sepupu Dell bersanding, Dell menghantar pakcik ke stesen keretapi Kluang ditemani adik. Lebih 10 tahun Dell tidak menjejakkan kaki ke stesen keretapi ini. 

Seperti yang kita sedia maklum, ada satu restoran di stesen keretapi Kluang ini terkenal dengan kopinya. Ini antara faktor mengapa bandar Kluang ini dikenali oleh orang luar. 

Sebelum keretapi sampai, kami semua lepak di restoren ini menikmati kopinya dan makan roti bakarnya. Restoren ini dibuka sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Restoren ini masih mengekalkan ciri yang asal. Nasi Lemaknya pun masih berbungkus dengan daun pisang.

Jika terlambat, boleh menikmatinya di dua buah cawangan restorennya yang terletak berhampiran dengan Kluang Parade dan satu lagi di bulatan menghala jalan ke Batu Pahat.

Dell bersama pakcik. Seperti biasa, pakcik dengan Kopi O panasnya dan Dell Kopi Ais.

Adik bersama pakcik
Sehari sebelum kami singgah di restoren Stesen Keretapi Kluang ini, kami cuba minum kopi Kluang di cawangannya yang baru dibuka di bulatan jalan nak menghala ke Batu Pahat tu. Tapi, kami rasa tak satisfied. Rasa kopinya tidak 'kaw' seperti di restoren yang asal.

Posing sekejap sementara keretapi sampai

Babai pakcik! Hehehe

Ish, dah macam dalam filem Hindustan pula ambil gambar sebegini... hehehe...
Seminggu selepas raya pertama, Dell membantu sepupu Dell menyiapkan 'goodies' untuk hari perkahwinannya pada 18 Ogos 2013. Kebetulan Dell bercuti lama di kampung. Tema 'goodies' sepupu ini ialah 'telur di dalam sangkar'.

Telur masin diletakkan di dalam kuih sarang semut
Diletakkan berhati-hati di dalam kotak kerana takut kotak koyak atau kuih sarang semut tu pecah
Pada hari persandingan sepupu, berpeluanglah kami berjumpa dengan sepupu-sepupu yang lain. Dell suka melihat dengan pelamin sepupu ini. Kecil dan ringkas. Sudah lama Dell mengikuti pelamin dari Andaman Sue di facebook. Tidak dinafikan Dell memang berkenan dengan sentuhan halus dari Andaman Sue ini. Menu dari Katering Zul memang sedap. Pulut Kuning yang tok busu buat juga sedap.

Bersama salah seorang sepupu Dell iaitu Liyana.
Salah seorang anak sepupu, namanya, Mya. Comelkan Mya bertudung?

Tidak melepaskan peluang 'posing' di pelamin yang comel ini.
Inilah pengantinnya, semoga kekal berbahagia hingga ke syurga.






Petrol naik 20 sen?

Ketika Dell dalam perjalanan pulang ke rumahku syurgaku malam tadi, tiba-tiba mama Dell telefon dari kampung. Terkejut juga, ingatkan ada apa. Rupa-rupanya, dia memberitahu bahawa harga minyak petrol akan naik sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi. Dia sudah isi awal-awal setelah melihat stesyen minyak di kawasan berdekatan dengan rumah di kampung sesak teruk. 

Dell bernasib baik dapat isi minyak penuh sebanyak dua kali tanpa tersangkut dalam kesesakan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung. 

Kenaikan harga minyak ini terlalu drastik tanpa diberitahu awal-awal kepada pengguna menyebabkan ramai pengguna tidak puas hati dengan perkhabaran ini. Pening juga Dell membaca status tentang isu kenaikan harga minyak yang memenuhi ruang wall fb Dell. 

Ini pengiraan secara kasar mengenai kenaikan minyak oleh pengguna. Banyak juga liter minyak yang kurang walaupun kenaikan hanya 20 sen.


Ada juga pengguna sudah buatkan kiraan isian penuh petrol untuk beberapa jenis kereta. Hmmm... Untuk kereta kancil takde ke?


Mujur Dell pandu kereta kancil. Kiranya masih mampu untuk mengisi petrol untuk perjalanan jauh beberapa kali. Inilah yang Dell fikirkan ketika mula-mula hendak membeli kereta pada tahun 2007. Sebab itulah Dell pilih kancil manual. Bila sudah bekerja gaji besar, barulah beli kereta yang besar sikit. Walau bagaimanapun, Dell tetap terasa bahang kenaikan harga petrol ini. 

Ada yang kata BR1M dapat membantu tetapi status siswazah biasiswa seperti Dell tidak dapat bantuan itu. Kami pun perlu menggunakan petrol untuk kenderaan kami. Semoga kami tabah menghadapi ujian kenaikan harga barangan ini. Amin.