Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Darah seni



By  Kakdell     Ahad, September 15, 2013    Labels:,, 
Dell masih ingat beberapa tahun dahulu ada 'orang' kata Dell tidak tahu apa-apa kerana bukan orang seni. Dell tertanya-tanya, dari sudut mana mereka pandang pada seseorang itu sehinggakan boleh tahu bahawa orang itu tiada seni?

Sewaktu 'mereka' mengatakan begitu, Dell diamkan sahaja. Pada Dell, mereka bukan orang yang sebenar-benar layak untuk berkata demikian. Untuk mengetahui potensi kita sendiri, jumpalah dengan golongan yang benar-benar berkelayakan. Jika tidak, orang seperti itu akan membunuh semangat kita.

Salah satu cara Dell gunakan untuk mengetahui sejauh mana potensi Dell, Dell siapkan sesebuah karya kemudian Dell akan berjumpa mereka yang benar-benar pakar dan bertauliah di dalam bidang itu. 

Sebagai contoh, Dell pernah menghasilkan beberapa puisi secara spontan dan Dell tunjukkan puisi-puisi tersebut kepada Dr. Lim Swee Tin dan Dato' Kemala. 

Alhamdulillah, komen mereka membuatkan Dell tersenyum. Ingat lagi ketika mereka mengatakan tidak sangka Dell boleh mengarang puisi yang cukup baik bagi seseorang penulis yang tiada ilmu mengenai puisi. 

Mereka terus meminta Dell jangan berhenti menulis dan teruskan menulis kerana bakat itu sudah ada cuma perlukan banyak latihan dan belajar teknik-teknik untuk penambahbaikan.

Hal ini juga berlaku dalam bidang nyanyian. Bakat sudah ada cuma Dell perlu menggilapnya. Nyanyian tu hanya sebagai hobi Dell ketika lapang dan tidak pernah terfikir untuk menjadikannya sebagai kerjaya. Dan seperti biasa, Dell akan meminta pendapat daripada mereka yang pakar selain mereka yang berada disekeliling Dell.

Begitu juga dengan hobi terbaru Dell dalam bidang lukisan. Secara kebetulan, Dell mengenali seseorang yang memang mempunyai Diploma dalam Seni Halus dan Master dalam multimedia dan reka bentuk. Beliau merupakan pensyarah di salah sebuah IPTA di Perak. 

Letih melayan orang sebegini....

Dell tunjukkan lukisan Dell kepadanya petang semalam untuk meminta pendapat. Alhamdulillah, komen beliau turut membuatkan Dell tersenyum. Beliau juga turut memberi sedikit tips untuk melukis. Beliau kata Dell memang ada bakat melukis tapi perlu belajar teknik-teknik supaya lukisan akan jadi lebih baik.

Percubaan melukis gambar sepasang pengantin...

Jadi Dell tertanya-tanya lagi, dari sudut mana 'mereka itu' pandang pada seseorang itu sehinggakan boleh tahu bahawa orang itu tiada seni?

Dell berbincang juga isu ini bersama pensyarah tersebut. Beliau kata, "orang yang benar-benar mempunyai darah seni tidak akan sekali-kali mengatakan orang lain itu tiada seni." Dell teringat yang Dr. Lim Swee Tin turut menyatakan penyataan yang hampir sama dengan pensyarah ini beberapa tahun dulu.


Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa Dell memang mempunyai darah seni. Atok sebelah ayah Dell merupakan penyanyi ghazal dan pandai bermain alat muzik. Beliau bersama adik-beradiknya menubuhkan sebuah kumpulan muzik dan selalu membuat persembahan di sekitar Johor. 

Tidak hairanlah, kebanyakan sepupu Dell di belah bapa mewarisi kemahiran lakonan, nyanyian dan tarian. Yang benar-benar terserlah sepupu Dell iaitu Kumpulan Shiro Raja Lawak.

Manakala, moyang di sebelah ibu Dell pula pandai bertukang dan mengukir kayu. Maklumlah, beliau dari Minangkabau, Indonesia. Beliau ini Dell sempat jaga ketika hidupnya. Isterinya pula pandai berpantun dan bersyair secara spontan. Manakala, bapa kepada moyang pula pandai mengaji, seni bela diri dan seni perubatan Islam.

Seni ini ada pelbagai... Ada seni melukis, menyanyi, berlakon, menulis, perubatan, bertukang, menjahit, tarian dan sebagainya. Jadi siapa yang berani kata bahawa seseorang itu tiada seni? Siapa yang tahu bahawa seseorang itu tiada berdarah seni? 










Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Semua orang ada seni...cuma mungkin tak berbakat dan tidak digilap. Kalau berbakat semua orang akan jadi pelakon, penyanyi dll. Macam masakan ada juga seninya, kalau takde seninya maka tak masak lah orang pompuan hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu Ida. Semua orang ada seni masing-masing. Saya berasa sangat kesal berjumpa mereka yang memperlekehkan kebolehan orang lain sedangkan mereka sendiri bukan golongan pakar pun.

      Padam
  2. Saya rasa kak Dell bukanlah berdarah seni... tetapi berdarah sastera. (y) Sastera melukis dan menulis.

    p/s: Nanti apabila sudah hantar artikel ke penerbit, jangan lupa kongsi bersama di FB grup KPB. Kami menantikan tapak pertama permulaan kak. *thumbs up.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Sastera tu senilah cik adik... InsyaAllah :)

      Padam