Akhirnya, perancangan kami untuk ke Singapura tercapai pada malam 21 Januari 2013. Dell pergi ke sana bersama seorang sepupu dan tiga lagi orang kawan. Kali pertama Dell ke melancong di luar negara tanpa menggunakan agen. Kami buat Backpacker Trip. Ini idea sepupu Dell, si Masittah. Lebih mencabar katanya. Lagi satu cara begini dapat menjimatkan kos! Mat Salleh selalu guna cara melancong begini. Untuk melancong cara begini, kita kena kaji peta negara tersebut, banyakkan membaca mengenai negara tersebut dan perlu membuat banyak rujukan sebelum sampai di sana. Kalau tak, susah pula nanti.
Dah lama Dell tak menaiki pengangkutan awam ni terutamanya LRT dan komuter. Petang tu, Dell lepak dulu di rumah Mas di Bangsar kerana dekat dengan KL Sentral. Kami semua akan menaiki kereta api ke Singapura pada pukul 11.00 malam.
LRT Bangsar
|
Pada awalnya, ada dua cadangan pengangkutan yang mereka nak guna... kereta api atau kapal terbang. Dell memilih kereta api kerana teringin nak naik. Kali terakhir Dell menaiki kereta api adalah ketika Dell berusia 9 tahun. Itupun hanya ke KL dari Kluang, Johor.
Kami memilih katil, senang nak tidur. Lagipun, Dell teringin nak rasa tidur atas katil dalam kereta api ni. Jakun la katakan... hehehe... Dalam gerabak katil ni memang sangat selesa. Dell memilih katil di tingkat bawah walaupun mahal sedikit dari katil tingkat atas, takut gayat... Hehe..
Akhirnya pada pukul 7 pagi, kami tiba di Stesen Kereta Api Singapura.
Baca : Ketika Menjejakkan Kaki di Singapura - Bhgn. 2
Baca : Ketika Menjejakkan Kaki di Singapura - Bhgn. 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan