Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

RUMAHku SYURGAku



By  Kakdell     Selasa, Januari 01, 2013    Labels: 
Sejak Dell bergelar pelajar sepenuh masa September 2012, kebanyakan masa Dell adalah di dalam rumah. Bila ada masa terluang atau waktu itu Dell sudah tidak boleh membaca buku atau menelaah apa sahaja bahan dek kerana otak sudah penuh, Dell akan mengemas barang-barang tidak pakai dan buang. Dah berguni-guni barang yang Dell buang. Ini pun masih dalam proses berperingkat-peringkat.

Antara sudut di rumah yang Dell amat tekankan adalah di ruang tamu. Lebih dari separuh 24 jam Dell berada di sini sehari. 

Disinilah Dell membaca dan menelaah buku, beristirehat dan menonton televisyen. Dell suka tidur di sini kerana kawasannya luas, fikiran pun terasa lapang (maklumlah rumah Dell kecil)... tambahan dengan bau wangi-wangian, terasa sangat selesa... :)

Inilah RUMAHku SYURGAku

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan